Ikan bakar Semporna tapi di Metro Kepong, KL

Selalu ana dengar lah kan, kalau orang kita melancong ke Sabah ni, depa paling suka makan makanan laut atau seafood. Ada yang kata murah dan segar serta macam-macam pilihan. Ana, sehingga ke hari ni belum diizinkanNya ke Sabah lagi jadi tak tahu nak cerita apa. Tapi kan, siapa sangka rezeki sangat bila jiran kami, Man dan Ida dengan baby Raisha bawa ana, suami dan Adik Ika merasa makan menu original orang Sabah tetapi hanya di Metro Kepong, Kuala Lumpur ni sahaja. 

Habis melawat pameran di PWTC, kebetulan kami pi satu kereta je petang tu, lepas Maghrib , Man ajak ke Kepong. Jom makan ikan bakar Sabah katanya. Kami pun pii je lah ikut panduan dari waze walaupun ini kali kedua Man dan Ida ke sini. Sampai lah ke Restoran Ikan Bakar Semporna yang terletak di corner lot deretan rumah kedai yang di usahakan oleh orang Melayu Sabah kita. Ramah tuan kedai ni dan sempatlah bertanya dari mana dapatkan hasil laut segar dari Sabah ni. Menurut beliau ( lupa pula nak tanya nama ), ia di ambil dua kali sehari menerusi kargo udara dan latok pula di ambil 2 kali seminggu terus dari Semporna tempat kelahiran beliau. 




Ikan Bakar Semporna di Kepong, Kuala Lumpur 


Haa..!! Apa yang unik yang ana nak kongsikan dengan korang ialah menu-menu yang ada di sini memang menu original makanan orang Semporna. Dari ikan yang jarang-jarang kita makan hingga lah ke latok dan masakan mereka yang asli. Ada yang tak pernah tengok dan tahu pun menu-menu yang di tawarkan di Ikan Bakar Original Semporna ni. Meh !! Korang tengok lah sendiri dan ana percaya kalau korang yang pernah ke Semporna tu pastilah dah pernah makan dan nikmatinya kan. 




Antara menu yang unik yang kami cuba malam tu adalah seperti Ikan Balawis , ikan Uji Rashid ( ikan mata besar warna merah ) sekali tengok macam kerisi pun ada tapi lain sikit sebab kulitnya keras dari kerisi, ikan Ayam ( ikan tau bukan ayam, nama jer ikan ayam ) , latok atau anggur laut , kerabu kolegen, kerabu ikan, sotong masak hitam ( di ambil dari dakwat sotong tu ) , gulai pari versi orang Semporna dan sebagainya. Turut di jual seperti udang harimau bakar dan kepak ayam bakar. 




Mula-mula kita kena pilih dahulu ikan segar apa yang nak kita makan nanti pekerja restoran akan membakarnya. Ida lah yang pilih ikan ayam, ikan uji rashid dan ikan balawis ni sebab Ida kan dah pernah makan. Ida juga ambil beberapa cucuk udang harimau untuk di bakar. Kemudian kami ke meja menu pula untuk memilih hidangan rare Sabah seperti gulai ikan pari, sotong masak hitam, kerabu kolegen dan kerabu ikan. Menu di hidangkan dalam piring-piring kecil berserta sos pencicah yang juga agak unik pada ana sekeluarga. 


kerabu ikan bersama mangga 


kerabu mangga 


sotong masak hitam dari dakwatnya 



Alhamdulillah kesemua menu yang kami order ni sedap-sedap semuanya walaupun pertama kali mencubanya sendiri. Cuma Adik Ika tak boleh nak makan sotong masak hitam tu sebab dia takut pula dengan dakwat sotong, tapi ana cuba sedap. Lemak dan tak ada pula rasa hanyir sotong atau dakwatnya. Kalau kita ke Pantai Timur pun ada sahaja menu masak ink sotong ni kan, cuma ini pertama kali ana mencubanya dan sedap.

Kesemua menu ni di makan dengan nasi putih lah sambil meratah-ratah lah menu yang banyak ni. Dan inilah pula tiga jenis ikan bakar yang Ida pesan tadi. Serius semuanya segar-segar dan sedap sangat di makan dengan pencicah-pencicah yang di berikan. Ada sambal kicap, sos ala Thai tu dan juga air asam belacan kalau tak silap ana. 


ikan uji rashid 

ikan ayam bakar 


ikan balawis 

Dalam tiga-tiga ikan ni, ana paling suka ikan ayam tu. Lemak manis isi dia pun tebal tapi kulit ikan ni pun tebal gak di bakar garing dan di tuang sos siap-siap dah. 



latok rumpai laut Semporna 


Dan inilah pula latok sejenis rumpai laut makanan tradisional masyarakat Semporna Sabah sana katanya. Pertama kali juga memakannya, agak masin tapi lemak di dalamnya. Di makan cicah dengan sos atau makan terus pun boleh. Bila makan macam ada letusan kat dalam mulut, senang cite lebih kurang makan telur ikan lah lebih kurang. Sedap, ana dan Adik Ika suka makan ni. Satu set dalam satu bekas ni berharga RM10. 



kepak ayam panggang 


udang panggang Semporna 


Dua menu di atas ni paling sedap lah tak yah nak cite. Kepak ayam panggang dan udang harimau panggang dia maveless sangat weii!! Sos tu lah yang heaven sangat tu. Ratah macam tu sahaja. Korang kena cuba sendiri baharu boleh nikmati keenakannya. 

Dari segi harga pula bagi ana agak murah berbanding makan menu ikan bakar di tempat lain, kesemua menu di atas yang kami makan tak sampai RM200 pun termasuk air dan nasi putih untuk kami berlima, sebab baby Raisha tak makan pun hehe :) Terima kasih lah kat Man dan Ida belanja kami makan malam tu dan merasai keenakan dan keunikan ikan bakar Semporna, Sabah ni. Tuan kedai pun ramah mesra orang nya dan jangan risau sebab restoran ni ada surau kalau nak solat. 






Dari perkongsian di FB Ikan Bakar Semporna FIFY SALLEH di nyatakan restoran di buka dari jam 11 pagi  petang hingga lewat malam. Kalau nak info-info terkini korang pi je lah ke link FB di atas naa. Jadi kalau teringin nak makan menu ikan bakar Semporna Original ni boleh je ke Metro Prima , Kepong. Waze jer lah nanti sampai lah korang. In Shaa Allah. 



Image may contain: one or more people and people sitting
kredit foto FB Ikan Bakar Semporna 


Ikan bakar Semporna tapi di Metro Kepong, KL Ikan bakar Semporna tapi di Metro Kepong, KL Reviewed by Ana Jingga on September 10, 2019 Rating: 5

4 comments:

Powered by Blogger.