Kebun laksa ?? Tanam laksa ke ?? Eh!! Dak aihh!! Laksa tu buat dari tepung beras nak tanam kut mana pulak dah hehe :) Kejadiannya berlaku secara tak di sengajakan, pokok bunga kantan ni selalu ana update kisahnya di blog lah kan, tapi bulan lepas masa balik kampung arwah mertua kat Kuala Lipis, abang ipar ana bagi benih daun kesum dan serai ya amat lah banyak. Sebab di sekitar rumahnya memang berperdu-perdu pokok serai hidup subur, begitu jugalah dengan pokok daun kesum, membiak dengan jayanya menjalar dah jadi rumput dah belakang rumah abang ipar ana ni. 




Bawa balik, ana potong-potong kan dahan yang tua ana cucuk je dalam dua biji pasu, selebihnya saja try cucuk kat atas tanah yang agak lembab belakang rumah. Alhamdulillah, pokok daun kesum nampaknya dah hidup dan mula berdaun baru, lebar-lebar daunnya. Semoga akan terus hidup subur berpanjangan hendakNya.. Aamiin. Begitu juga serai yang pernah ana cerita di SINI dahulu pun dah mula bercambah helaian daun baharu. 


Cara tanam pokok daun kesum


pokok daun kesum 


Kebetulan ana teduhkan lah pokok daun kesum tu di bawah pokok bunga kantan. Sebelahnya pula pokok limau kasturi pun tengah galak berbuah dan berbunga. Bila suami turun nak bersihkan rumput pagi semalam, selamba je dia kata ..Wah!! Ada kebun laksa lah yang :) Haha!! Kena sangat lah kan, ada bunga kantan, daun kesum, serai dan buah limau kasturi. Tinggal nak beli laksa dan ikan kembung sahaja lah lepas ni ye. Dan ana namakanlah kebun kami ni kebun laksa. Itu jer nak cerita sebenarnya. 


pokok bunga kantan 


Begitulah, kalau hati dan jiwa kampung ni, kat mana berada pun suka sangat nak bercucuk tanam. Pokok-pokok subur pun satu terapi juga buat ana dan suami. Musim panas kami akan pastikan siram air setiap petang di kebun sekangkang kera belakang rumah ni. Adalah menjadi amanah bila pokok yang kita tanam untuk kita jagai dan siram secukupnya. Seronok sebenarnya bila melihat hasil kebun menjadi. Bila nak makan je petik di belakang rumah dah ada.


pokok limau kasturi 


Semalam baru sahaja petik pucuk ubi buat masak lemak dengan ikan bilis. Bukan apa, bila beli pucuk ubi kat kedai Acheh tu, seikat daun ubi yang banyak, pucuk dapatlah 5-6 urat sahaja. Sebab tu ana tanam juga batang ubi belakang rumah Man , jiran sebelah . Dah minta izin kat dia sebab depa tak ada masa nak berkebun suami isteri bekerja dan ada baby lagi kan. Ana patah-patah kan batang ubi, cucuk je belakang rumah, Alhamdulillah dah merasa petik pucuk ubi nya untuk di makan. Nak tunggu ubi berisi tu lambat lah lagi agaknya, kita makan daun pucuk ubinya dahulu. 


26 Comments

  1. kolin nasib rumah flat, kalu idak penuh berkebun juga hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mana tahu ada rezeki Kolin duk rumah teres pas ni boleh berkebun nanti kan :)

      Delete
  2. Seronok berkebun bila tengok semua hidup dan hijau😁😁

    ReplyDelete
  3. Beriye ingat kebun Laksa hahaha...tapi betullah, benda ini lah yang kena ada kalau nak masak laksa, kadang satu takde, nak ke kedai, alahaiii malasnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. gituew ler SL, lengkap dah rasanya nak masak laksa buat masa ni hehe :)

      Delete
  4. seronoknya bila berbudi pada tanah..ada hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah Anum mudah nak masak dah kan :)

      Delete
  6. Untung kan kalau rajin menanam. Petik tepi rumah ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ana lagi minat kebun bunga kak Mala hehe :)

      Delete
  7. cantik daun kesom kak ana.. Sha try tanam, tak menjadi.. sedih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni nampak menjadi Sha, pernah gak tanam lama2 dia pupus juga :)

      Delete
  8. Bestnya kak ada laman boleh cucuk tanam. Boleh buat laksa selalu lah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruang tak besar mana pun AS tapi semua benda kak ana nak tanam situ :)

      Delete
  9. Sejuk tangan kak AJ ni, tanaman subur je. Sy tanam pokok kesum kurus je daunnya hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, kadang-kadang ada juga yang tak berapa nak menjadi PH :)

      Delete
  10. Wah, memang complete set bahan nak buat laksa semua ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa Zumal kena beli laksa dengan ikan je lagi kan hehe :)

      Delete
  11. Nnti kak shima dtg umah yea bila nk buat laksa.seronok aiih bila nk masak, petik je kat belakang umah 😘

    ReplyDelete
  12. seronoknya bila apa yg kita tanam ni menjadi. best la rumah ada tanah.

    ReplyDelete