Nikmati hidangan Thai Asli di Chapayom Cafe , Central i-City , Shah Alam
Bila mula sahaja sessi pengajian anak-anak di kampus, hampir setiap minggu lah berulang-alaik ke Shah Alam. Cuma ini kali kedua ana singgah ke Central i-City , mall yang baharu di buka di Shah Alam ni. Sebelum ni singgah saja jalan-jalan cuci mata tengok mall baru, tapi kali ni ana datang malam pula kebetulan nak hantar Adik Ika balik kolej, singgah Maghrib kat sini. Adik Ika mengadu nak makan dahulu sebelum masuk kolej tapi nak makan yang ringan-ringan jer buat alas perut sebab sebelum keluar rumah tadi dah makan nasi.
Pusing-pusing kat area food court tu, ternampak lah cafe Chapayom di bahagian tengah-tengah mall ni. Tengok menu-menu dia boleh tahan gak lah, mengetengahkan menu asli utara Thailand. Tekak pun tak berapa nak elok ni macam nak makan yang masam-masam dan pedas. Awal-awal lagi terliur nak makan somtam betik muda bila terbaca menu Thai ni.
Chapayom Cafe - Central i-City , Shah Alam
Kami ke kaunter dan buat pesanan dari paparan menu. Adik Ika bukan excited nak makan sangat pun, dia nak minum boba tea Thai kat sini jer sebenarnya. Meh lah korang tengok apa yang best kami makan di Chapayom Cafe , Central i-City Shah Alam ni. Cop!! Sebelum terlupa, kami dah tanya siap-siap dah makanan Chapayom halal ke tak ? Dan dijelaskan oleh penyelia cafe, kesemua menu di masak dengan bahan-bahan halal yang di bawa dari Thai. Ermm.. gituew. Perkataan Cha itu bermaksuh Teh dan Payom pula Pokok Bertuah (Fortune / Lucky Tree) .
Chapayom Thai Milk Red Tea |
Menu utama di Chapayom ni dan menjadi kesukaan ramai beratur panjang nak beli ialah minuman Thai Tea Premium mereka yang pelbagai pilihan. Adik Ika ambil Thai Milk Green Tea dan ana pula mencuba Thai Milk Red Tea Chapayom. Sedap cukup pekat, kurang manis dan terdapat juga boba pearl di dalam minuman teh Thai original ini. Memang padu, patutlah ramai yang menggemarinya. Teh Thai Chapayom di hasilkan dari daun-daun teh premium wilayah utara Thai dan Cha tu bermaksud Teh dalam bahasa Thailan. Korang boleh jer nak pilih sama ada add on pearls, special grass jelly, sour jelly atau pun red bean. Kami pilih boba pearls tu je lah kan. Tengah trend sekarang ni .
Chapayom Thai Milk Green Tea |
Sebab awal-awal tadi dah mengidam nak makan somtum, ana pesan lah Papaya Somtum atau pun somtam betik muda. Memang sedap, cukup rangup parutan betik muda bersama mangga, adunan sos Thai yang agak pedas, dah nama somtam mestilah pedas kan dan adun pula dengan kerangupan kacang tanah tu. Krup! Krup! Kunyah makan rasa masam-masam pedas somtam asli Thai. Rupanya kat Chapayom ni ada juag somtam mangga dan juga somtam jagung, lain kali kita maii try pulak.
Chapayom Papaya Somtum |
Haa!! Adik Ika yang nak makan ringan-ringan sahaja tadi tu kan, dia mencuba Thai Imported Noodles ni. Sekali tengok macam mee segera pun ada, tapi kuahnya lemak-lemak masam pedas gitu. Sekali rasa macam kuah asam pedas pun ada juga, tau. Mee Thai ni juga di datangakan terus dari negara Thai dan di letakkan bebola ikan dan juga jejari ketam. Sedap, tak terlalu pedas dan kena lah dengan selera ana, Adik Ika yang habis kan semuanya. Lapar la tu :)
Chapayom Thai Imported Noodles |
Kalau korang selalu ikuti ana di blog ni pasti tahu kan ana ni penggemar pulut. Dan kalau pulut dari Thai ni pastilah yang premium punya kan, macam pulut susu tu. So ana cuba lah pulut mangga atau Mango Sticky Rice feveret ana sebab ana tak makan pulut durian kan hehe :) Dan Adik Ika pula nak try makan pulut nangka atau .Jackfruit Sticky Rice . Haa!! First time makan pulut nangka ni, tak pernah lagi dengar pun sebelum ni.
Chapayom Mango Sticky Rice - Pulut Mangga |
Chapayom Jackfruit Sticky Rice - Pulut nangka |
Kedua-dua pencuci mulut ni di makan dengan santan pekat. Sama lah kan macam korang makan mana-mana pulut mangga atau pulut durian. Cuma pulut nangka tu agak rare bagi ana pertama kali tahu nangka boleh makan dengan pulut. Pulut dia agak manis lah pada ana, ala-ala macam makan wajik gitu. Tapi manis pada pulut tu sahaja tak ada lebih sangat sebab mangga tu dah manis-manis buah di campur dengan lemak santan. Kena sangat dah kan. Dah makan pedas kena lah hilangkannya dengan pencuci mulut yang lemak manis.
Chapayom telah mula beropersi dari secara kecil-kecilan sejak 7 tahun lepas, dan kini berkembang sehingga membuka cawangan ke Indonesia, Australia, Myanmar dan terkini di Malaysia dan bakal menerokai pasaran Singapura dan Brunei. Bukan setakat itu sahaja, CHAPAYOM yang berasal dari perkataan CHA yang membawa maksud TEH dan PAYOM yang membawa maksud POKOK BERTUAH (FORTUNE TREE/LUCKY TREE) ini bakal membuka cawangan mereka di Singapura dan Brunei juga.
Kalau korang teringin nak mencuba sendiri menu-menu asli dari Thai ni singgah lah ke Chapayom Cafe yang terletak di LG K01, Central i-City Mall, Shah Alam, Selangor . Boleh sahaja layari ke Facebook : Chapayom CIC atau pun Instagram : @ChapayomCIC .
12 Comments
sedap kan
ReplyDeletehaah Anum dah pi kan :)
Deletemcm sedap je..Xsabar nk try
ReplyDeletepii la Nad bawa anak-anak :)
Deletemenggodanyaaaaaaa
ReplyDeletesungguhhh kan :)
Deletewow semua makanan nampak menyelerakan…
ReplyDeletekalau suka menu Thai boleh lah pi Aneez :)
Deletehuhu..sedapnya.
ReplyDeletesedapppp :)
Deleteterlilur pula menengoknya :-)
ReplyDeleteBoleh try ni, bila la nak pergi. Hehe
ReplyDelete