Bagi lah agar-agar apa pun, memang kesukaan ana. Sejuk je masuk dalam tekak kan, nak-nak lagi sebagai pencuci mulut bila kenduri kendara. Sedap ya amat. Dapat agar-agar sirap merah yang penuh nostalgia tu pun dah suka sangat. Tapi sekarang ni ada pelbagai menu resepi agar-agar terkini. Macam-macam versi ada. Sedap-sedap pula tu. 

Baru-baru ni ana singgah rumah kakak ipar di Bentong, anak buah kami, Suzie hidangkan agar-agar gula merah. Sedap sangat siap tanya resepi sebab agar-agar Suzie ni tak berkepala dia sekali masak pastu kepala bahagian santannya naik sendiri selepas di sejukkan. Sebelum ni jika ana buat agar-agar santan ana akan buat dua lapisan. Satu lapisan bawah keraskan kemudian baru tuang lapisan santan nya pula. Resepi yang Suzie ajar ni, senang ya amat, tuang kan sahaja semua bahan, didih dalam periuk dan sejukkan. 


agar-agar santan gula melaka 


Meh la nak kongsi kan juga resepi nya di sini, senang esok-esok nak buat boleh lah cari semula kat sini kan. Resepi ni boleh di gunakan untuk agar-agar santan pandan atau pun agar-agar santan gula melaka yang macam kami buat ni. Sedap korang... 

Resepi agar-agar santan gula melaka 

Bahan-bahan nya :

2 biji telur
1 buku gula melaka
1/2 cawan gula putih
2 cawan santan pekat
1 peket agar-agar tali
5 cawan air
1/2 sudu teh esen vanila
secubit garam
sehelai daun pandan




Cara masak agar-agar santan gula melaka :





1. Telur pecahkan terlebih dahulu di dalam mangkuk kecil dan kacau perlahan hingga hancur agar tak jadi telur rebus bila di didihkan nanti. Masukkan esen vanila untuk menghilangkan bau telur. 

2. Gula melaka pecah-pecahkan kecil-kecil atau hancurkan sedikit agar cepat larut. 

3. Masukkan agar-agar tali, air, telur, santan, gula melaka, gula putih, garam secubit dan sehelai daun pandan ke dalam periuk. 

4. Kacau sebati seketika kesemua bahan dan didihkan di atas api perlahan. 

5. Kacau selalu dan jangan tinggalkan di atas api kerana bila menggelegak ia akan melimpah keluar. Terus kacau dan biarkan mendidih seketika , baharu lah mati kan api. 

6. Keluarkan daun pandan, bolehlah tuang kan ke dalam loyang atau acuan yang di kehendaki. 


agar-agar santan gula melaka 

7. Sejukkan seketika, nanti bila di potong bahagian gula melaka akan berada di bahagian bawah dan santan akan timbul di bahagian atas, gituew.




agar-agar santan gula melaka 


Senang kan, rasanya pun sedap lebih kurang rasa kuah cendol hehe :) . selamat mencuba :) 


10 Comments

  1. Suka jugaakkkk. selalu suruh mak buatkan. hehe dpt makan sejuk2 mmg tak tgok org lain dah hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. nak nak lagi time panas-panas ni kan Wak :)

      Delete
  3. Fevret Zumal ni tapi tak pernah buat selalu beli atau makan di rumah orang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni zumal try buat sendiri senang jer,kak ana dah bagi resepi tu hehe :)

      Delete
  4. sedap ni..boh dalam peti sejuk dulu..kemudian baru makan sejuk2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan Yati kena sejuk baru sodap di telan hehe :)

      Delete