Terjumpa posting poster tips memilih kacang bendi yang muda di Facebook. Terfikir juga ana nak kongsikan semula di sini. Bukan apa, selalu ana lihat kebanyakan orang ke kedai runcit atau pasaraya suka sangat patah-patahkan hujung kacang bendi sebelum membeli. Depa ni nak cari bendi yang muda dan segar, sebab kalau bendi yang segar dan muda bila patah tu tak liat lah atau bukan bendi tua. Bendi kalau tua memang tak sedap nak masak, ia akan liat dan tak boleh nak makan. Kesian juga lah kat penjual bendi tu kan, dah rosak jualannya. 


kredit buat pemilik foto 


Tips memilih kacang bendi yang muda 



Jadi dari perkongsian poster ni adalah teknik yang betul untuk kita sama-sama memilih bendi yang benar-benar segar dan muda untuk di beli. Caranya mudah sahaja, cuma perhatikan pada tangkai kacang bendi tu. Sekiranya tangkai tidak berlubang seperti dalam gambar di atas tu, bermakna bendi tu masih muda dan segar. Sebaliknya jika terjumpa tangkai bendi yang dah berlubang tu bermakna ianya dah tua lah kan. Dah tak segar dan keras. 

Untuk ana sendiri, suka membeli kacang bendi yang bersaiz kecil dan kurus. Haa!! Sebab kadang-kadang ada juga jenis bendi yang besar-besar ni, walaupun muda tapi keras bila di masak. Bendi ni selalu ana suka masukkan dalam kari ikan, tak pun celur dan jadikan ulaman sahaja. Pernah juga ana tumis kan dengan sos tiram dan ikan bilis dan juga yang masak bendi bersambal. Ikutlah citarasa masing-masing. Kalau kat kampung dulu, mak panggil bendi ni kacang lendir sebab bendi kan berlendir di dalamnya bila kita pecahkan isinya. 

Ana pernah tanam kacang bendi ni tapi selalu nya dapat benih yang bersaiz besar-besar tu. Sudahnya sekali tuai je dah tak berapa menjadi. Agak tak serasi juga menanam bendi ni. Apapun ia salah satu sayur yang pastinya banyak khasiat dari khazanah alam. Setiap apa juga yang Allah swt jadikan itu pasti ada kebaikannya pada seluruh makhluk di muka bumi ni, sehinggalah berlakunya kerosakan dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Waallahu a'lam. 


20 Comments

  1. good info...selalu memang sejenis yg patahkan ujung bendi gak ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pas ni tak yah patah dah kan Sheila :)

      Delete
  2. Waaa...thanks for sharing kak Ana, SA bab ni suka sangat...banyak lagi kena belajar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA memang minat sangat bab masakan ni kan, sedap2 jer kak ana tengok menu masakan N9 SA tu :)

      Delete
  3. TQ for sharing info.. favourite sayur bendi ni....rebus ja & makan cecah sambal belacan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Atie kalau dapat yang muda sedap buat ulam kan :)

      Delete
  4. baru je masak kari bubuh bendi hari ni. sy sll beli bendi kepak dulu hujungnya. kalau patah bendi muda. kalau liat bendi tua la tu. mak yang ajar camtu kalau beli bendi. sayur bendi kat ciken rice shop pun sedap. tapi tak tau nak buat cam mana.

    Tq kak singgah blog ibulala. Jangan jemu singgah lagi ye.

    ReplyDelete
  5. bendi sedap wooo. antara sayur fav hehe

    follow sini #1093 https://supersagaaaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Sedap bendi muda.. Manis.. Celur cicah sambal asam.. Masak asam rebus campur tempe.. Betul Kak.. Bila belanja nak beli bendi mesti hujungnya dah di patah-patahkan..terima kasih kak tips yang dikongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe owh sedap ye PC masak asam rebus buh bendi ni :)

      Delete