Bubur sumsum gula melaka - resepi tradisional masyarakat Jawa

Kalau sebelum ini ana pernah terbitkan dua buah entri resepi bubur sumsum ni, kali ini resepinya berbeza dan tak sama macam sebelumnya di SINI . Ini kerana resepi bubur sumsum kali ini ialah dari perkongsian sepupu ana , Intan yang duk hantar kat group Piknik Jom kami. Haha bila tertengok gambar yang Intan hantar tu nampak punya lah sedap. Sekali tengok macam tauhu fa.

Kata Cik Intan, suaminya Salleh yang merupakan orang keturunan Jawa, inilah versi bubur sumsum orang jawa. Yang kami selalu buat kuah sirap merah tu dah macam bengkang, bengkang makan dengan sirap. Amboi Wak Leh bukan main perli naa. Hehe :) Sebenarnya kuih tradisional Melayu ni kadang-kadang berbeza rupa atau namanya mengikut suku kaum, ye tak.




Dah alang-alang nampak sedap tu ana mintalah resepi nya kat Intan. Berani dia tak nak bagi hehe. Intan pun bagi dan beberapa minggu lepas tu baharulah ana dapat try buat sendiri bubur sumsum versi gula merah resepi orang Jawa ni. Sedap, lembut sangat dan memang tak boleh nak potong macam bubur sumsusm yang selalu kami buat tu. Ia hanya boleh di ceduk ke dalam mangkuk dan tuangkan sirap gula melaka nya. Pada ana ia lebih sedap dari bubur sumsum kuah sirap merah tu. Pasti boleh lah terus gunakan resepi Cik Intan kita ni sahaja kalau terliur nak makan bubur sumsum. 


Resepi Bubur Sumsum Gula Melaka๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Bagi yang nak mencuba sendiri ana sertakan disini dan juga sebagai rujukan ana kemudian hari. Resepi dan cara masak bubur sumsum gula melaka 



Resepi Bubur Sumsum Gula Melaka๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Untuk sumsumnya : 
1 cwn tpg beras
2 sudu tpg jagung
2 cwn santan pekat
4 cwn air
garam
Kacau semua masak atas api perlahan sampai pekat dan berkilat.Sejukkan dalam petisejuk. 




Sirap gula melaka : 
1 buku gula melaka
3 sudu gula putih ( ikut manis masing2) 
3 cawan air
Sehelai daun pandan simpulkan.. Masak jadikan sirapnya




Sejukkan dua2 bahagian. 
Senduk kan dalam mangkuk tuang kuah makan lerr.. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Untuk melihat bagaimana kepekatan dan tutorial masak bubur sumsum ni ana terbitkan di Youtube di bawah :



Selamat mencuba menu yang sangat sedap di makan ketika cuaca panas atau pun kurang selera makan, In Shaa Allah. 
Bubur sumsum gula melaka - resepi tradisional masyarakat Jawa  Bubur sumsum gula melaka - resepi tradisional masyarakat Jawa Reviewed by Ana Jingga on October 08, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. sedap betul tengok bubur sum-sum akak ni, memang versi jawa johor macam gini bubur sum-sum nya...
    lembut lemak berkrim, sangaat sesuai di padankan dengan air gula tuh yg manis...

    dana tak pernah buat sendiri tkt tak jadi, tp kalau balik kg biasa jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa Dana, kak ana pun 1st time makan dan sedap sungguh lemak manis dengan gula melaka tu :)

      Delete
  2. bubur sumsum? pertama kali dgr ni..mkn mmg x pernah arr

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu makanan orang jawa ni JM :) ada kesempatan nanti cuba kay :)

      Delete
  3. Pernah makan masa kecik kecik dulu๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Nanti lah nak try resepi kat atas.

    ReplyDelete
  4. Alahai kak AJ. Terliur ana tgk. Dah boleh rasa lemak manis bubur sumsum ni.

    ReplyDelete
  5. Sedap betul tgk bubur sum-sum ni.. rasanya pernah makan masa duk Semenanjung dulu, kawan org Jawa buatkan..

    ReplyDelete
  6. saya rasa macam pernah makan. memang sedap lagi2 kalau bubur sumsum tu baru keluar dari peti ais

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sal kena letak dalam peti sejuk baru sedappp hehe :)

      Delete
  7. Replies
    1. hehe tak kenyang pun Zumal pencuci mulut je ni :)

      Delete

Powered by Blogger.