Inilah cikgu-cikgu saya

Menerima sekeping gambar yang cukup menggamit kenangan silam kira-kira 30 tahun yang lalu. Allahu.. begitulah putaran waktu yang telah meninggalkan kita yang tak mungkin dapat di ulangi semula. Yang mampu untuk kita kenangi adalah bait-bait kisah silam yang masih bermain di fikiran. Hari-hari yang di lalui meninggalkan jejak coretan kehidupan yang kini kian jauh meninggalkan realitinya. Andai masih ada kesempatan usia pinjaman dari Nya, masih ada lah rentetan kisah untuk di imbas. 

Deretan wajah yang terpapar di bawah ini adalah wajah insan-insan mulia yang banyak mendidik ana erti kehidupan yang harus di lalui. Mereka adalah barisan guru-guru di awal kami melangkah ke alam sekolah menengah. Ya, tertulis di suratan kehidupan ana menuntut di SM Horley Methodist , Teluk Intan selama 7 tahun sehingga ke peringkat STPM. Pelbagai kisah yang telah ana coretkan memorinya di sini dan pastilah semuanya yang berbaki adalah kenangan yang indah-indah sahaja. 


Guru-guru SM Horley Methodist , Teluk Intan sekitar 1980-90an 

Terima kasih cikgu .. 


Cikgu-cikgu ini lah yang telah memberikan ilmu pelajaran dan contoh tauladan dalam melayari kehidupan di masa akan datang. Banyak jasa bakti mereka kepada kami murid-murid malahan ramai yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing. Mereka lah yang mengajar Matematik , Sains, Bahasa Inggeris yang kami guna pakai hari ini, Bahasa Melayu sehingga ana bisa menulis setiap hari di catatan tanpa suara ini, Sejarah mengenal peradapan masa silam, Geografi mengenal rupa bentuk muka bumi dunia, Agama Islam yang mengajar erti kenal dosa pahala, Lukisan walaupun ini bukan lah bidang ana sama sekali, Sains Rumahtangga belajar asas masakan dan jahitan dan pastinya Pendidikan Jasmani subjek kegemaran ramai untuk bermain di padang. 


credit photo : Rotary Club of Teluk Intan



Kemudian bila tamat peperiksaan SRP, kami melangkah ke pengajian menengah atas ( high school )  dan ana duduk dalam kelas aliran Sains. Belajar pula Matematik Tambahan yang sampai hari ini ana tak faham apa sebenar kehendaknya kerana untuk SPM ana drop kan subjek ni, Fizik, Kimia dan Biologi menerokai alam sains yang penuh formula dan ujikaji. Gigih lah cikgu-cikgu mencurahkan ilmu yang sama saban hari silih berganti murid datang dan pergi. 

Di akhir pengajian ana menduduki kelas tingkatan enam hingga tamat STPM barulah tahu inilah jiwa ana sebenarnya. Aliran Sastera mendalami ilmu penulisan dalam Bahasa Melayu, Sejarah di kaji hingga ke peringkat dunia, Geografi lebih mendalam kajian ilmu alam nya , Pengajian Am mengetahui percaturan pentadbiran negara dan Ekonomi subjek kegemaran yang mengenai sistem ekonomi negara dengan keluk-keluk penawaran dan permintaannya. 




Terima kasih cikgu, terima kasih atas segala budi jasa cikgu yang bakal kami bawa hingga ke akhir hayat. Guru satu kerjaya yang amat mulia dalam menabur ilmu yang bermanfaat dengan pahala yang berpanjang buat guru-guru Muslim Muslimah. Hanya Allah swt sahaja yang dapat memberikan ganjaran pahala yang berpanjangan buat cikgu dan ana yakin ramai di antara mereka di dalam gambar di atas sudah tiada lagi di alam ini. Tahun 2017, ana berkesempatan kembali masuk ke SM Horley Methodist dan coretannya ana kongsikan di SINI . 

Maafkan kami cikgu, jika dahulunya kami degil tak dengar kata, kami ingkar dengan peraturan sekolah, kami nakal menggelar cikgu dengan pelbagai nama, kami membuatkan cikgu stress setiap hari.. Ini kerana kami tidak matang waktu itu dan belum kenal erti sebalik kehidupan ini yang hakiki. Emosi remaja begitu kuat memberontak, namun tidak sekali-kali kami berniat sedemikian rupa. Semua tu belakang cikgu sahaja dan bila cikgu lalu kecut perut masing-masing kerana kami hormati dan sayangi guru kami. Zaman itu bukan zaman viral, jadi setiap kesalahan sendiri lah yang bakal mengadap guru-guru. Mengadu pada mak abah, siap lah kami balik yang bakal di marahi kerana kepercayaan ibu ayah waktu itu 100% pada cikgu-cikgu. 

Ana bariskan beberapa nama yang masih ana ingati dalam barisan gambar di atas yang pernah menjadi guru ana ketika itu. Terima kasih buat Cikgu Mutalib, Mr Mohan, Cikgu Azmi, Mr Jimmy Cheong, Cikgu Hedzir, Ustaz , Cikgu Latiff Bajuri, Ms Molly Teh, Ms Wong, Ms Lim, Cikgu Razali Shahid ( guru kelas tingkatan 1 ) , Cikgu Wan Wahab, Cikgu Hassan Ali, Mr Cheong Yoke Wah, Cikgu Haji Khairi ( guru displin ), Mr Subramaniam ( GPK ) , Mr Teh dan semua lah yang ana dah tak berapa nak cam lagi nama-nama mereka. Thank you so much teacher. Salute!! 


Alumni Ansonian HMSSTI 
Inilah cikgu-cikgu saya Inilah cikgu-cikgu saya Reviewed by Ana Jingga on October 10, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. kenapa ada gambar cikgu yg diblurkan tu? hahaaaaa tu mesti kes geram dgn cikgu tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha eh tak lah ammi, gambar tu guru muslimah yang free hair, kak ana cover untuk tutup :)

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu acik terlalu banyak jasa mereka dalam mendidik

      Delete
  3. tanpa mereka jadi apa lah kita ni kak.... walaupun ada yang garang , mana yg kaki cubit, mana yg suka rotan tapi semua untuk masa depan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dana bila kita dah lepasi alam persekolahan baharu lah kita faham kenapa mereka bertindak begitu, waktu sekolah kadang-kadang jiwa muda memberontak juga kan :)

      Delete
  4. jasa guru dikenang selamanya.. yg memberi ilmu :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. terima kasih Nina. anak kak ana yang buatkan hehe :)

      Delete

Powered by Blogger.