Boleh di katakan tiap pagi kalau tak hujan, ana akan turun ke belakang rumah untuk melihat-lihat kebun sekangkang kera kami ni. Biasanya lepas Dhuha, turun bawah nak basuh kain tu, bagi anak-anak bulus sarapan dahulu, kemudian barulah tinjau-tinjau kebun kejap. Sekarang ni musim hujan, rumput pun bukan main subur naik. Tunggu lah sikit masa nanti, In Shaa Allah baru nak bersihkan semula rumput yang naik. 

Pagi tu tengok ada sekuntum bunga kantan sahaja yang tinggal dan hampir kembang. Sayang kalau tak ambil nanti dah terlalu kembang tak sedap pula nak di makan. Buah limau kasturi banyak juga yang dah matang dan sebiji limau nipis yang dah kekuningan. Dalam merayap keliling kebun tu dalam kepala dah terfikir dah menu apa nak masak untuk tengahari ni. Haa!! Sampai dalam kebun pun memikirkan bab menu kan kalau dah mak-mak ni. 




Terlintas di fikiran nak masak asam pedas ikan keli buh bunga kantan. Sedap tuu .. Petik juga lah daun kesum boleh masukkan dalam asam pedas nanti. Terpandang pula buah pelam telur Zura bergayutan kat pokok. Zura dan suaminya abang Yahya memang dah pesan awal-awal suh ambil je buah pelam muda tu sebab depa ni kurang makan masam-masam. Ana petik lah 5 biji cukup lah untuk makan berdua. Dah terfikir nak jadikan kerabu mangga. Jadi, menu tengahari kami hari tu asam pedas ikan keli dan kerabu mangga dengan bahan dari kebun belakang rumah sahaja. Eh! Lupa serai pun ambil dari kebun juga tau hehe :) 


asam pedas ikan keli 


Pergi kedai Acheh, beli lah ikan keli 4 ekor. Kat kedai Acheh ni ikan keli dia hidup-hidup lagi depa jual buh dalam bekas tong berisi air . Dah ikan hidup mestilah kena isi dalam air ya tak ?! Depa tangkap dan siang dulu. Ana pula bila bawa balik mesti simpan sekejap dalam freezer sebelum nak bersihkannya. Bukan apa, bagi ia betul-betul mati, sebab pernah lah bawa balik dah siap siang pun masih bergerak lagi ikan keli tu. Allahu.. Jadi kalau simpan kejap dalam freezer tu dalam 1 jam sebelum nak bersihkannya sah-sah lah ia dah mati kan. 


kerabu mangga 


Dua hari lepas suami dah tebang pokok pisang emas di bawa belayar kat belakang tu yang dah masak dah pun di pokok sesikat dan di ambil tupai. Biarlah rezeki sang tupai lah kan walaupun kami dah balut dengan kain. Ada yang terjulur tu di ambil sang tupai, dah memang makanan dia lah kan. Ana peram hat yang belum masak tapi dah cukup matang, tengahari tu dah boleh di makan, dijadikan pencuci mulut. Sedap sangat pisang emas antara pisang kegermaran ana. 


pisang emas muda


Maka tersajilah dua menu yang sedap pada selera kami suami isteri, ikan keli asam pedas dan juga kerabu mangga rangup. Pencuci mulut pula pisang emas segar dari kebun. Alhamdulillah rezeki yang di syukuri. Selera kampung tekak Melayu macam kami ni menu-menu macam ni dah cukup sedap dah kan. Inilah keseronokan bila bercucuk tanam ni kan. Hanya mereka yang sama minat sahaja yang memahaminya.. 


pisang emas


16 Comments

  1. Sedapnya menu kak ana. Bila ada kebun sendiri ni, nak makan petik je kan hihi. Kitorang punya tak matang lagi. Kena beli kedai acheh lagi jawabnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Yop pun minat bertanam ni kan Kinah, in shaa allah sikit masa nanti boleh lah menuai :)

      Delete
  2. Menu ikan keli tu kesukaan Sis juga...pisang tu pun, alahaii sedapnya, kupas kulitnya bau pisang tu wangi segar!!!

    ReplyDelete
  3. seronoknyaaa ada kebun sendiri walaupun kecik . Hasil tanaman yang memuaskan . Kalau rumah taman nie susah la nak dapat tanah untuk bercucuk tanam . Semua kena tanam dalam pasu atau beli dekat pasaraya .

    Kerabu mangga dengan asam pedas tu menyelerakan betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Suhana ada sedikit ruang untuk kak ana berkebun belakang rumah. :)

      Delete
  4. Bestnya... Hari tu SA share petik sayuran keliling rumah, Ni Kak Ana pula jelous tau nak ada tanaman juga keliling rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Haah Bonde ada gak singgah entri SA hari tu pun kisah kebun keliling rumah kan :)

      Delete
  5. Bestnya bila segalanya ada di sekeliling rumah saja

    ReplyDelete
  6. Seronok rumah ada kebun, petik belakang rumah je nak makan apa. Haih ngeri plak pengalaman ikan keli masih hidup tu.. mau melompat dalam gulai

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha idaklah hidup sampai dalam gulai SAL :)

      Delete
  7. Begitulah kalau berbudi pada tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mala lah inspirasi saya dalam bab bertanam ni kan :) terima kasih sangat atas perkongsian kak mala

      Delete
  8. berbakti pada tanah insyallah ada hasilnya walau sekangkang kera =)
    puas hati dapat tuai hasil tanaman kan..

    ReplyDelete