Amat-amat menakutkan bila setiap kali bercerita tentang scammer ni. Mereka ni memang jahat dan licik serta mempunyai pelbagai taktik untuk memperdaya mangsa. Selepas taktik menelefon secara direct kepada mangsa kini macam dah tak jalan, itupun setelah banyak pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh mangsa berkongsi pengalaman mereka sehinggakan ramai yang alert akan taktik penipuan ini. Kini mereka beralih dengan taktik lain pula, menghubungi mangsa melalui aplikasi whatsapp.



Ana pun tahu taktik terbaharu ni bila membaca komen dari salah seorang mangsa wanita yang lesap RM600 dari akaun simpanan beliau. Pasti sedih sangat apa tidaknya RM600 bukanlah jumlah sedikit bagi marhein seperti ana ni lah. Senang-senang lepas ke tangan si scammer durjana ni.



Scam melalui whatsapp 





Bila ana baca komen demi komen yang di papar kan di salah sebuah page yang turut berkongsi tentang scammer ni, ana teliti dan fahami rupanya ia memanupulasi mangsa dengan menghubungi mangsa melalui whatsapp dengan menyatakan tersalah menghantar nombor top up kredit dan meminta mangsa mengembalikan kepadanya melalui langkah demi langkah yang akan di screen cap semula kepada si scammer.Dalam masa itu rupanya mangsa di perdaya dengan menghantar nombor TAC transaksi yang membolehkan mereka akses dan tranfer sejumlah wang yang ada ke akaun scammer.


mangsa menerima whatspp sebegini daripada scammer 


penjelasan mangsa menerusi ruang komen di page FB 



penjelasan seterusnya dari mangsa 





komen dari salah seorang FB yang memberikan sedikit penjelasan 


Satu lagi pendedahan taktik scammer melalui whatsapp yang memperdaya mangsa puluhan ribu ringgit boleh korang baca di SINI


Bila ana war war kan dalam group keluarga, rupanya anak ana sendiri pernah menerima whatsapp yang meminta dia memulangkan sejumlah top up yang kononnya tersalah hantar. Mujurlah Kak Long tak layan dan delete je terus dan block whatsapp tersebut. Alhamdulillah. Begitulah pelbagai taktik mereka memerangkap mangsa untuk mendapatkan wang. Sampaikan pesanan ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar kita semua tidak menjadi mangsa scammer. Semoga bermanfaat buat semua dan peka serta berhati-hati dengan sebarang panggilan atau pun mesej dan chat dari mereka yang tak di kenali.