Scam kini guna whatsapp pula untuk perdaya mangsa

Amat-amat menakutkan bila setiap kali bercerita tentang scammer ni. Mereka ni memang jahat dan licik serta mempunyai pelbagai taktik untuk memperdaya mangsa. Selepas taktik menelefon secara direct kepada mangsa kini macam dah tak jalan, itupun setelah banyak pendedahan demi pendedahan di lakukan oleh mangsa berkongsi pengalaman mereka sehinggakan ramai yang alert akan taktik penipuan ini. Kini mereka beralih dengan taktik lain pula, menghubungi mangsa melalui aplikasi whatsapp.



Ana pun tahu taktik terbaharu ni bila membaca komen dari salah seorang mangsa wanita yang lesap RM600 dari akaun simpanan beliau. Pasti sedih sangat apa tidaknya RM600 bukanlah jumlah sedikit bagi marhein seperti ana ni lah. Senang-senang lepas ke tangan si scammer durjana ni.



Scam melalui whatsapp 





Bila ana baca komen demi komen yang di papar kan di salah sebuah page yang turut berkongsi tentang scammer ni, ana teliti dan fahami rupanya ia memanupulasi mangsa dengan menghubungi mangsa melalui whatsapp dengan menyatakan tersalah menghantar nombor top up kredit dan meminta mangsa mengembalikan kepadanya melalui langkah demi langkah yang akan di screen cap semula kepada si scammer.Dalam masa itu rupanya mangsa di perdaya dengan menghantar nombor TAC transaksi yang membolehkan mereka akses dan tranfer sejumlah wang yang ada ke akaun scammer.


mangsa menerima whatspp sebegini daripada scammer 


penjelasan mangsa menerusi ruang komen di page FB 



penjelasan seterusnya dari mangsa 





komen dari salah seorang FB yang memberikan sedikit penjelasan 


Satu lagi pendedahan taktik scammer melalui whatsapp yang memperdaya mangsa puluhan ribu ringgit boleh korang baca di SINI


Bila ana war war kan dalam group keluarga, rupanya anak ana sendiri pernah menerima whatsapp yang meminta dia memulangkan sejumlah top up yang kononnya tersalah hantar. Mujurlah Kak Long tak layan dan delete je terus dan block whatsapp tersebut. Alhamdulillah. Begitulah pelbagai taktik mereka memerangkap mangsa untuk mendapatkan wang. Sampaikan pesanan ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar kita semua tidak menjadi mangsa scammer. Semoga bermanfaat buat semua dan peka serta berhati-hati dengan sebarang panggilan atau pun mesej dan chat dari mereka yang tak di kenali. 
Scam kini guna whatsapp pula untuk perdaya mangsa Scam kini guna whatsapp pula untuk perdaya mangsa Reviewed by Ana Jingga on October 09, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Ya Allah...makin menjadi2 taktik scammer ni kan AJ..takut sgt.. senang2 ja nak tipu duit orang.. kesian sgt kat mangsa.. kena ingatkan ahli keluarga sllu...moga kita semua dijauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu atie kena lebih alert sekarang ni

      Delete
  2. takut jugak yek, kadang kita ni mudah percaya dan kesian tp rupanya... hampeh betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa bila dah tahu ni kena waspada kan dana :)

      Delete
  3. every alternate day memang akan ada scammer yg telefon handphone ni. Dulu ammi pasang truecaller...tp skrg ammi uninstall sebab rasa seronok je layan scammer ni.

    Ada sorang tu siap marah ammi "bodoh" sebab ammi tanya dia banyak soalan sambil buat drama2. hahahha..mcm2 hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ammi macam2 depa ni mengarut je tapi sekarang tak call guna taktik lain pula

      Delete
  4. Scammer skrg ni secanggih teknologi...
    kena lebih berhati-hati kita semua ni..
    nieyl pun klu no x dikenali..mmg xkan layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Nieyl , kita kadang-kadang kena jawab gak sebab ada pr, client atau pun courier call kan, tapi bila bukan berkenaan putuskan je pastu block

      Delete
  5. macam-macam ye orang nak buat jahat. kita ni kena hati2 la.

    ReplyDelete
  6. block terus number tu dari log number dan apps wasap takut clone phone anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye selalunya kak ana block terus Naim , terima kasih atas peringatan :)

      Delete
  7. Alahai semakin menular scammer ni. Moga kita semua terselamat

    ReplyDelete
  8. HATI2 Semua scammer mmg semakin berani dan bijak. dan skrg mereka berani masuk terus dr wasap jer

    ReplyDelete

Powered by Blogger.