Teluk Intan ni bagi penduduk nya lah memang mempunyai banyak menu-menu makanan yang lejen. Untuk ana sendiri yang di lahirkan dan dibesarkan di daerah Hilir Perak sehinggalah akhir tamat sekolah menengah, setiap kali balik kampung ada sahaja yang di idamkan untuk di nikmati semula. Bila ana perkenalkan pula kepada anak-anak makanan sedap kat Teluk Intan, anak-anak ana pun pasti dah ada wish list nak makan apa bila balik kampung tok dan opah. 


kredit foto IG hanafi_1996


Kalau menu paling terkenal kat Teluk Intan ni pastilah mee rebus dan rojak Mastan Ghani. Kemudian ada kacang rebus Menara Condong, apam balik Malindo, gado-gado Bumbung Biru dan satu lagi yang lejen dan unik ialah air bandung tarik Teluk Intan. Sehingga ke hari ini, ana belum pernah lah jumpa air bandung tarik sesedap yang di kampung halaman ana ni. Dah kampung ko kan, mesti lah itu je yang paling sedap bagi ko ana weii hehe :) 





Tapi serius air bandung tarik Teluk Intan ni sangat unik rasa dia. Dia panggil bandung tarik kerana setiap kali ada pembeli, peniaga nya akan mengunakan sejenis bekas aluminium bertutup dan ada satu pam yang akan menarik air bandung dari dalam bekas ke dalam plastik atau pun cawan. Air bandung nya pula memang tak ada ais batu dalam gelas atau plastik, memang betul-betul kaw , pure air bandung yang lemak manis pekat paduu. Inilah keunikan bandung tarik Teluk Intan pada ana. 

Ana dah minum air bandung tarik ni sejak dari remaja lag lah. Kalau dulu ada di jual di stesen bas seorang pakcik yang jual dengan teknik yang sama atas basikal beroda tiga tu. Air tu pula di tuang ke dalam gelas kaca dan kena minum di sana sahaja. Rasanya selepas pakcik tu dah tiada, perniagaan di ambil alih oleh ahli keluarga mereka. 


kredit foto IG gnomemohd 


Selalunya ada di jual di beberapa lokasi sekitar Teluk Intan, kalau di tengah bandar ana selalu beli di Pasar Besar Teluk Intan di bahagian belakang dekat dengan seksyen peniaga ayam sana nun. Tak pun kalau malam minggu ada di jual di pasar malam berhadapan Menara Condong. Dan kalau lokasi paling dekat dengan rumah kami ialah di deretan kedai kuih muih di Kampung Bahagia pada sebelah petang. Itu pun kena cepat sebab selalu lambat memang kempunan lah jawabnya, habis cepat jualannya, Alhamdulillah. Dan kalau bulan puasa pula memang wajib beli lah kalau kami ke bazar Ramadan Teluk Intan. 




Air bandung tarik ni harga nya pun tak banyak berbeza dari dahulu. Pernah ana terbitkan sebuat entrinya di SINI pada tahun 2014 masa tu harga segelas ialah RM1.20 dan sekarang ni 2019 untuk gelas kecil berharga RM1.50 sahaja . Untuk bawa balik dan bungkus pula RM2.50 boleh minum 3 orang. Ia nya memang air bandung tanpa ketulan ais batu sebab tu ianya sedap dan pekat. Tapi sejuk lah kan air nya di dalam bekas alumunium tu sebelum di tarik. Haa!! Nak tahu resepi keasliannya kena lah tanya tokeh nya naa :) Ada yang kata ia di buat dengan santan sawit, Waallahu a'lam. Secret resepi lah kan tapi keaslian rasa tak banyak berubah dan masih sama setiap kali ana menikmatinya. 




Kalau korang kebetulan berada di Teluk Intan ni, jangan lupa pi cari bandung tarik dan rasai keenakannya sendiri. Tak percaya cuba cari di internet rata-rata menyukai kesedapan padu bandung tarik Teluk Intan yang lejen ni. 

8 Comments

  1. Ni yang rasa nak gii teluk intan cari ni. Haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomm SAL, ikut kak ana balik kampung nak :)

      Delete
  2. Belum pernah sampai teluk ansun lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang lah WP, kampung halaman saya ni hehe :)

      Delete
  3. Macam nak kena revisit Teluk Intan ni... Nak cari air bandung & rojak Mastan Ghani :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena datang semula ni PH ada lagi menu2 sedap ni kat Teluk Intan :)

      Delete
  4. Bandung tarik yang legend.. Sha pernah beli masa bazaar ramadhan beberapa tahun dahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sha sekali dah rasa mesti teringat selalu bandung tarik Teluk Intan ni kan :)

      Delete