Taman lah sangat ye, tak lah taman apa pun sebenarnya. Sekadar secebis ruang di hadapan parkir rumah yang ana serikan dengan pelbagai bunga-bungaan berwarna warni. Kebanyakannya pun ana tanam dalam pasu sahaja. Tapi begitulah, kerana minat sangat pada bunga ros, ana kumpul perlahan-lahan dan Alhamdulillah dengan izinNya dua hari lepas berbunga-bunga rasa hati bila melihat hampir ke semua pasu bunga ros ana berbunga serentak. Maknanya kembang sekali setiap pasu, sebab sebelum ni berbunga satu-satu pasu sahaja. 




Bunga-bunga ros yang ana tanam ni ada dalam 6 pasu. Dua pasu yang sering berbunga ialah warna pink cair pemberian mak dari kampung , dua pasu lagi hasil tanaman keratan batang yang jiran ana , Letchumy bagi berwarna pink pekat. Kedua-dua nya jenis ros kampung yang memang wangi sangat haruman ros nya. Satu pasu ros merah hadiah dari sepupu ana dari Cameron Highlands dan satu lagi ros kuning yang ana beli di nurseri Sungai Buloh tak lama dulu. 



bunga ros kampung pink pekat 


bunga ros pink cair , pokok ros kampung 


Petua subur kan pokok bunga ros lebat berbunga 



Mulanya dah macam tak berapa menjadi juga pokok-pokok ros ni bila musim panas terik yang lalu, tapi ana tak putus asa, hampir selang sehari ana akan siram dengan air basuhan ikan yang di campur dengan air bilasan beras. Kemudian, rajin cantas dahan-dahan nya dan In Shaa Allah petua ni akan menghasilkan banyak tunas dahan baharu dan ia akan berputik serta terus berbunga. Cuba lah petua ni, bagi mereka yang minat dengan tanaman pokok bunga ros di rumah. 


bunga ros merah Cameron Highlands 


berputik bunga ros merah Cmeron Highlands 


Cara penjagaan pokok bunga ros dari Cameron Highlands 


Ramai orang kata pokok ros dari Cameron ni tak menjadi bila di bawa turun, tapi Alhamdulillah nampaknya masih bertahan dan banyak naik tunas baharu serta terus berbunga. Cuma bunganya tak lah sekembang semangkuk ketika di tanah tinggi. Faktor cuaca dan baja agaknya tapi tetap cantik berbunga dan sekarang ni ada 5 kudup yang bakal mekar sehari dua lagi. Tapi korang kena teduh kan nya dan jangan kena pada terik pancaran matahari terus. Letaklah bawah teduhan sikit dan juga jangan siram terlalu banyak air pun akan rosakkan pokok serta mati. Tengok pada cuaca kalau panas terik, siram lah kalau mendung je selang sehari pun okay dah. 


bunga ros kuning 


bunga ros kuning 


Pokok-pokok bunga ni sebenarnya terapi minda lah pada ana. Kadang-kadang jiwa kita ni down juga bila di uji dengan pelbagai ujian yang tak pernah berakhir. Bila dapat memandang keindahan ciptaanNya ini, damai dan tenangnya jiwa. Betapa kagumnya kita pada setiap ciptaan Allah swt yang setiap satu pasti ada asbab kejadiannya. Subhanaallah.