Nak juga ber Wanpaku Sandwich

Benda-benda viral yang akan ana ikuti pastilah bab makanan sahaja lah, bab-bab lain tu sekadar baca dan tahu sudah. Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadi kan sempadan dan tauladan. Nak komen nak ulas pun bukan ada manfaat pun ye tak. Tapi bab makan, resepi haa banyak manfaatnya selain dari yang utama pastilah kenyang dan sedap. Kali ni ana dan anak-anak dah pun mencuba sendiri sandwich Jepun viral satu dunia ketika ini iaitu Wan Paku Sando. 

Mula-mula dulu ingat kan apa benda lah  Wan Paku yang di sebut di sana sini dalam dunia sosial media. Ingat kan adalah orang yang bernama Wan Paku duk jual sandwich sampai viral satu Malaya. Rupa-rupanya nama sandwich berlapis-lapis. Tapi hat yang kami buat ni tak lah sebesar dan segemoks orang lain. Kami buat tiga lapisan sahaja dan gunakan Tuna dan Telur. Kalau yang asli tu depa guna kepingan isi ayam kan. Belum berpeluang nak cuba hat versi tu. Ada rezeki nanti kami try. In Shaa Allah. Meh la ana kongsikan cara atau versi Wanpaku Sando yang kami buat minggu lepas. 






Resepi dan cara buat Wan Paku Sandwich 





Bahan-bahan yang ana gunakan :

Roti Gardenia
1 tin Ayam Brand Tuna Flakes in Water
Telur Ayam ( ikut berapa keping sandwich yang korang nak buat tu )
Marjerin
Mayonnaise
Lada sulah
Salad
Tomato - Hiris bulat
Lobak merah - di parut kasar
Timun - dihiris nipis
Kepingan cheddar cheese
Plastic wrap - untuk membalut

Cara menyediakan wanpaku sandwich : 

1. Goreng telur mata kerbau tapi pastikan bahagian merahnya benar-benar masak dan keras. Ini supaya nanti nak potong tak lah meleleh kuning telur dah tak cantik kejadiannya. Ketepikan . 




2. Buka 1 tin Ayam Brand Tuna Flakes in Water ni dan buangkan airnya. Korang juga boleh gunakan Ayam Brand Tuna Mayonnaise. Campurkan bersama satu besar mayo, rasakan dengan secubit garam dan lada sulah. Gaul sebati. Ketepikan. 




3. Sediakan bahan-bahan sayuran tadi dan kepingan cheese dalam satu pinggan untuk memudahkan proses penyusunan lapisan sandwich kita. 




4. Langkah pertama sapukan kepingan roti dengan marjerin.




5. Letakkan roti di atas plastic wrap untuk mudah membungkusnya. Lapisan pertama alaskan roti dengan salad dan letakkan adunan tuna kita tadi. Gambarnya ana ter delete pula sebab tu tak ada langkah lapisan tuna ni hehe :) 




6. Alas dengan sekeping lagi roti yang disapu mentega dan kali ini, letakkan sayuran di bahagian pertama seperti lobak merah, timun dan tomato. Di ikuti pula dengan lapisan telur mata kerbau. Dan akhir sekali sekeping cheese. 




7. Tutup sandwich dengan lapisan ketiga roti dan bungkus ketat-ketat dengan plastic wrap. Guna kan pisau bergerigi atau pisau roti untuk memotong sandwich supaya kemas dan tidak comot.



Dan terhasillah seketul Wan Paku Sando versi anajingga dot com untuk santapan kami sekeluarga malam tu. Alhamdulillah seketul pun dah kenyang, kena cuba sendiri baru tahu rasanya macam mana. Tapi kan rasanya sama lah macam korang makan sandwich tuna dan telur dalam satu masa, gituew. Tutorial video boleh lah korang tengak kat youtube di bawah ni, rajin-rajin subscribe laa ye :) 




Nak juga ber Wanpaku Sandwich Nak juga ber Wanpaku Sandwich Reviewed by Ana Jingga on November 27, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. SA beli je kak Ana tadi...kononnya nak makan untuk sarapan pagi..sekali orang tu lambat..boleh la sesekali makan..x leh selalu...mahal..buat sendiri ok kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal eh SA, agaknya isi dia lagi banyak kut hehe :)

      Delete
  2. First time jumpa yang versi telur goreng . Banyak resepi diorang guna telur rebus . Sedap tak , saya selalu tengok resepi je tapi tak pernah try buat dan rasa lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa sandwich je la Sue hehe , haah nak try telur rebus tapi macam susah nak potong kan hehe :)

      Delete
  3. mula2 dgr aritu pun ingat benda apa la wanpaku..haha
    rupanya sandwich byk lapis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann KAk Ana pun ingat kan nama orang Ujie hehe :)

      Delete
  4. Kenapa nama dia wan paku sandwich

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bahasa Jepun tu IL hehe Sando tu sandwich lah agaknya dekat2 jer bunyi nya kan :)

      Delete
  5. menariknya kak, cantik bila ada macam-macam sayur dalam tu...
    dana tak pernah cuba lagi kak, takat sandwish biasa ada lah cuba... yang wanpaku ni tak pernah try lagi kak... ehheehh
    almaklum yang makan nya 2 orang je itu yang malas nk buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga Dana bila berlapis-lapiskan rasa intinya kan kak ana pula suka makan sayuran mentah macam tu kena sangat dah :)

      Delete
  6. mmg tgk juga aritu bila rmi yg buat..tgh viral kan..tk try lg ..tgk la kalo kerajinan dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa sama lah dengan kak ana MT, bila datang angin rajin baharulah jadikk hehe :)

      Delete
  7. Wah kak AJ pun dh terjebak buat. Tp lg berbaloi buat sendiri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi sangat lah AS buh selagi muat kan hehe :)

      Delete
  8. kena cuba buat ni.. tq share kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ajak princess berdua cuba naa Fara hehe :)

      Delete

Powered by Blogger.