Dah lama dah Amy bagi tahu kat ana selepas majlis pertunangan nya dahulu yang dia nak jemput ana ke majlis perkahwinannya. Amy Syeera salah seorang travel blogger di amysyeera.com yang ana kenali ketika bersama EFG dahulu lagi. Amy ni dah bagai kan anak sendiri malahan Amy panggil ana pun ibu. Alhamdulillah jalinan ukhuwah dari alam maya ni kemudiannya berterusan hingga ke alam nyata. Begitulah keunikan kami blogger Malaysia ni, walaupun jarang-jarang juga dapat bersua wajah, namun selalu berhubung melalui whatsapp dan media sosial, namun keakraban itu bagai dah lama mengenali. Hadirnya kasih sayang dan ukhuwah di jiwa. 




Raikan Cinta Amelia dan Syafiq 


9hb November 2019, tarikh yang di nantikan. Ana awal-awal dah chat dengan Mommy Irra ( blogger Irrayyan.com ) adik blogger yang juga merupakan founder EFG ( Echangce Feed Group)  yang kini dikenali dengan nama AFB ( Auto Feed Blog ) , untuk sampai sama di majlis resepsi Amy nanti. Alhamdulillah selepas beberapa minit ana sampai ke Dewan Rafflesia, U16 Shah Alam, Irra sekeluarga pun sampai. Dan hadir sama ialah salah seorang lagi sdik blogger Ain Haris dari aimnub.com . Dah bagaikan mini reunion pula kat wedding Amy ni dapat jumpa adik-adik blogger yang di rindui ketika ana masih bersama mereka dahulu. 




Kami sampai, Amy sedang bersanding di pelamin di atas pentas. Selesai makan dan borak-borak dengan Irra dan Ain, Amy pula selesai majlis makan beradapnya . Menuju je meja untuk acara memotong kek pengantin. Sempatlah ana ke hadapan meja dan ambil gambar Amy dan suami. Jadilah buat bukti yang ibu ana hadir di majlis Amy, hehe :) 




Ana tak sempat nak tunggu lama kerana ada tujuan lain selepas ini. Jadi tak sempat lah nak berjumpa dengan Amy kerana lepas acara potong kek, Amy dah naik semula ke pelamin untuk sessi bergambar bersama keluarga. Faham sangat kan, pengantin macam tu lah terikat dengan acara majlis yang di aturkan. Kalau nak jumpa pun kena tunggu juga lah. Irra dan Ain sahaja yang tunggu dan dapat lah depa jumpa Amy dan bergambar kemudiannya. 




Menu makan tengahari pun sedap-sedap seperti nasi minyak nya ana suka sangat cukup lembut dan lemak, ayam masak merah, daging masak itam kalau tak silap, gulai lemak ikan masin dan nanas serta ulam-ulaman. Adik dan Kak Long pula duk ulang ke meja candy buffet makan aiskrim, desserts dan coklat serta mushmellow sementara ana ke meja Irra dan Ain berbual mesra seketika. 





On the way nak keluar dari dewan selepas bersalaman dengan mama Amy dan dapat goodies, sempat juga kami singgah ke photo booth dan catatkan di buku autograf Amy sebagai coretan kenang-kenangan kehadiran kami hari tu. Ada satu frame comel yang kita boleh tulis pada satu kayu kecil berbentuk "love" dan masukkan dalam frame nya. Menarik pula probs ni, kan. 



Sekadar coretan buat Amy, 

Ibu ingin mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan buat anak ibu, 
Amy Syeera dan suami, Syafiq. 
Semoga kalian saling menyayangi dan mencintai hingga ke akhir hayat dan 
menerima seadanya setiap kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing. 
Sabar dalam setiap liku perjalanan perkahwinan yang tidak sentiasa indah grafnya. 
Ujian pasti akan hadir dan sandarkan kepada Allah swt 
sebagai kekuatan dan tempat memohon perlindungan. 
Ibu doakan semuanya akan di permudahkan buat Amy dan Syafiq.. 
Aamiin.

Love, 

Ibu ..

14 Comments

  1. Seronokkan kak, ukhuwah di alam maya membawa ke alam nyata. Tahniah utk mempelai ❤️

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt jumpa geng blogger.. seronok..

    selamat pengantin baru buat amy n pasangan! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain dari jumpa kat event, sesekali jumpa kat kenduri pula kan ezy :)

      Delete
  3. Seronok tgok Amy dah kahwin kan kak Ana...semoga bahagia hingga ke jannah...sama cantik sama padan

    ReplyDelete
  4. Selain menghadiri majlis kahwin, sempat kak ana bereunion dengan blogger lain ye.. Meriahnya.. semoga ukhwahnya berkekalan.. selamat penganti baru juga buat sis amy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Sha jumpa geng2 blogger sekali sekala memang meriah dan mesra sangat :)

      Delete
  5. dah lama juga tak makan nasi minyak..

    tengok orang kahwin seronok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. MH, cuti sekolah nanti ni banyak la undangan kan hehe :) boleh pi makan nasi minyak

      Delete
  6. bagus la idea kayu kecil berbentuk "love" dan masukkan dalam frame nya tu.. Menarik pula nak di jadikan idea untuk majlis kawen..

    ReplyDelete