Untuk blogger khasnya yang mengambil terbitan paid review mahupun advertorial di blog macam ana ni, media sosial lain juga adalah pautan kepada kempen-kempen yang kita terbitkan. Kadang-kadang pelanggan atau PR memerlukan kami untuk shared artikel di Facebook, Instagram atau pun Twitter lazimnya. Ini juga salah satu cara untuk kita mendapatkan pengunjung atau pun pageview ke artikel terbitan. Malahan di Facebook dan Twitter kita terus boleh beri back link ke url terbitan yang lebih memudahkan capaian ke blog. 





Namun Facebook sekarang ni agak ketat dengan pelbagai tatacara sehinggakan boleh menghalang atau banned link website kita sendiri daripada di letakkan di mana-mana feed termasuklah di akaun Facebook, Page mahupun untuk kita copypaste di mana-mana group FB. Ini banyak telah berlaku di kalangan sahabat blogger ana dan baru-baru ini, akaun Facebook ana sendiri telah mengalaminya di mana tidak langsung di benarkan sebarang pautan ke blog. Malahan posting-posting sebelum ini yang meletakkan backlink ke blog juga di keluarkan dari feed. Adoi.. Lebih parah lagi, ana bakal ada task yang mengkehendaki shared link di FB dan Page. Mahu tak gelabah. 




Ana teringat beberapa sahabat blogger yang pernah share permasalahan yang serupa dan terus teringat untuk bertanya kepada adik blogger Jueliza Jamani dari MamaJue.com . Alhamdulillah, Jue mengajar kakaknya ni cara untuk report siap bagi template ayat rayuan lagi untuk membuat laporan kepada FB. Di samping itu, ana juga membalas semua notification yang di hantar FB yang menyatakan link tersebut di sekat dengan klik pada review report yang mana kita minta mereka review semula tindakan tersebut. Maknanya jangan terus mengiyakan notifikasi yang di hantar. Respond untuk minta di review kerana kita tidak melakukan posting yang menyalahi peraturan comunity standards yang diperlukan. 

Cara report sekatan link blog di Facebook 


Disini ana nak kongsikannya semula untuk rujukan akan datang, manalah tahu kena laluinya sekali lagi kan. Facebook ni kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu apa salah kita tapi terus kena sekat dan sebagainya. Mereka cuma menyatakan kita melanggar ketetapan syarat mereka sahaja melain kan berkaitan isu copyright itu lain cerita lah kan. Memang kita salah pun dalam hal-hal sebegini. 


1. Bila kita di sekat atau banned dari meletakkan link blog atau website akan dihantar notifikasi dan klik pada notifikasi tersebut serta minta untuk di review semula tindakan tersebut. Ana tak sempat pula nak screencap notifikasi tersebut kerana ia hilang selepas kita menjawabnya. 

2. Langkah kedua ialah hantar report kepada Facebook menyatakan masalah yang kita hadapi. Caranya pergi ke profile dan cari bi bawah tu Icon Help & Support. Klik dan pergi pautan Report a Problem






3. Akan keluar arahan seterusnya di sana dan klik pada pautan Something isn't working seperti dalam gambar di bawah :




4. Disinilah korang kena pilih apa permasalahan yang korang hadapi. Pilih mana yang berkaitan. Contoh macam yang ana alami ialah di bawah pautan Status Update kerana kita di sekat untuk update apa-apa status berkaitan back link ke blog . 






5. Bila sampai ke sini ruang " What Happened " tuliskan komen apa yang sedang kita hadapi. Terima kasih Jue sebab siap bagi template ayat yang harus di taip pada ruang di sediakan untuk di ambil tindakan seterusnya oleh FB.




" Hello, Facebook.

With due respect, I would like to inform you my website URL have been blocked on Facebook. Recently I got know my website URL has blocked on Facebook and prohibited me to share my website links over my pages and my timeline.

I didn't go against your policies. I apologize if I have broken any Facebook policy by any mistake.

It is requested please unblock my website URL and enable its links. I thank Facebook Team for making it a safe place for all.

Please unblock my website.

URL: [URL BLOG]

Thanks in advanced.


6. Klik butang SEND dan siap dah hantar report korang. Untuk pengetahuan korang juga, FB tidak akan menghubungi kita melalui sebarang notifikasi ataupun email sekiranya ia tidak lagi banned link blog kita. Kita kena alert sendiri dan posting yang sebelum ini di sekat akan muncul semula di feed dan try & error untuk paste blog url kita di feed. Sekiranya sekatan telah di buka , maknanya url link kita akan posting di feed FB. Maka selesailah masalah. 

Alhamdulillah, url blog ana cuma di sekat selama 3 hari sahaja dan di benarkan semual untuk posting. Ada juga di kalangan rakan blogger yang terpaksa stop posting selama 3 bulan dan sebagainya. Serius ana tak tahu kenapa ia disekat atau mungkin kah ada yang report, Waallahu a'lam. Malas nak fikir banyak di usia yang kian meninggi ni baik kita selesai kan sahaja dan habis cerita. Terima kasih sekali lagi buat adik blogger yang hebat Jueliza Jamani dari www.mamajue.com atas perkongsian ilmu dan bantuan penyelesaian. Semoga terbitan ini kelak dapat membantu mereka yang senasib dengan kita kan, Jue , In Shaa Allah. 


18 Comments

  1. Thanks share. Berguna tips ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan boleh lah nanti buat rujukan kalau tiba2 terjadi kat kita :)

      Delete
  2. terima kasih. sambil baca terus buat. hehehhe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sama2 ezy nanti boleh lah cari balik kan kalau kena block dengan FB hehe :)

      Delete
  4. oh terima kasih sangat sharing. sebelum ni penah jadi macam ni tapi sebab tak tau, abaikan ja la. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Itulah masalah saya sampai buat semula blog baru. Report ke fb berkali-kali tetap kena blocked lebih dari 3 bulan. So sad.

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk perkongsian...kita dan hampir 2 minggu kena blok ni...dah cuba hantar laporan beberapa kali tapi may b ayat tak proper...tiru ayat ini ye..harap menjadi...terima kasih untuk tips..

    ReplyDelete
  7. TQ info.. saya dah try juga submit dekat fb sbb link blog saya kena block sejak bln MAC 2020. harap2 okla lepas ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dpat membantu AST dan dapat kan semula link blog di fb

      Delete
  8. Hi, dah terjadi kepada link blog sayaaaa...Aduh, pening ler..ni dah try report dua kali, saya tunggu dalam masa tiga harini, tengok acano..Thanks info...

    ReplyDelete
  9. Tq kak ana share nie .. yana pinjam ya ayat tu .. yana baru kena block jugak

    ReplyDelete