Bila singgah ke nursery Sungai Buloh ..
Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor semalam seharian duk kat rumah sampailah dapat perkhabaran staff suami di masukkan ke wad di Hospital Sungai Buloh. Memandangkan suami cuti, dia ajak lah ke hospital untuk ziarah. Kami pula sampai awal dari waktu melawat. Walaupun cuaca dah mendung tapi masih belum hujan. Ana ajak suami ronda-ronda kat nursery belakang hospital sementara waktu melawat.
Nurseri Sungai Buloh
Awalnya ronda-ronda dalam kereta sahaja. Pusing-pusing sampai masuk ke kawasan belah kiri ke dalam sikit tu. Kat sana selalunya ana beli pokok-pokok bunga. Saja lah suruh suami parkir kat tepi tu nak ambil gambar bunga. Dalam hati sebenarnya teringin juga nak cari sepokok dua nak tambah koleksi. Ana sekarang ni minat nak tambah koleksi bunga ros dan bunga raya sahaja. Suami pula suruh tanam pokok puding. Senang nak jaga katanya.
benih bunga ros ni RM12 sepokok |
Dalam hati dah set dah kalau jumpa bunga ros putih atau oren memang nak beli. Masuk dua tiga nursery tak ada lah jumpa pokok idaman. Ada juga ros putih tapi bukan ros biasa tu dia macam pelik pula sebab kembang selapis je dan tak berbau wangi. Risau juga beli nanti tak menjadi pula kan. Yang ada pun ros kuning, pink dan merah. Hat ni ana dah ada pun pokok nya.
cantik-cantik pokok bunga raya |
Bunga raya pun banyak tapi macam tak ada hati pula nak beli masa tu, tak tahu kenapa. Tup tup !! Suami nampak pokok terung. Bukan main sihat dan gemuk pokok-pokok terung kat nursery tu. Laju je suami tanya berapa sepokok, harganya RM10. Orang lelaki ni kalau membeli macam tu lah, berkenan terus beli. Kita ni kadang-kadang tu teragak-agak sudahnya tak jadi beli, kan.
beli pokok terung panjang ni RM10 |
Jalan ke depan sikit suami kata nak cari pokok kunyit sebab pokok kunyit kami dah mati benih. Tak berapa menjadi dah daunnya. Beli lah juga kat wak Indon tu sepokok RM4, kami beli dua pokok. Pas tu, suami pusing sampai hujung kat surau tu dia singgah nak solat Asar dulu katanya. Lepas solat, terus jalan menuju hospital ziarah staff nya dan juga jiran kami, abang Arif.
selamat dah tanam pokok kunyit belakang rumah |
Dalam 6 petang macam tu kami balik. Terus tak beli dah pokok bunga ros ana, huhu :( . In Shaa Allah lain kali lah kut kami pergi nanti beli. Gitu lah ceritanya. Setiap kali singgah ke kawasan nursery Sungai Buloh ni ada sahaja yang nak di beli. Tapi lain yang di hajati lain yang di beli penyudahnya. Bertanam ni sebagai hobi masa lapang sahaja. Isi masa yang terluang. Seronok sangat bila pokok-pokok menjadi. Tak kira lah pokok bunga atau tanaman herba belakang rumah.
18 Comments
cantiknya
ReplyDeleterambang mata dah Anum kalau kak ana maii sini :)
Deleteterapi ni...suka tapi xder masa nak jaga
ReplyDeletebetul tu UN kena ada masa gak kalau nak berbunga2 ni :)
Deletebestnya kalau pergi ke nursery, dahla ka sungai buloh tu banyak betul nursery bunga... besar lak tu
ReplyDeletedana dari aritu pesan kat edy carikan tanah gambut untuk menanam kat rumah tapi asik lupa je dia... tanah yang ada sekarang ni jenis padat, bila lama-lama dia macam je keras dan kalau hujan akan menakung air
beli je Dana tanah bakar tu campur tanah hitam boleh lah bercucuk tanam In SHaa Allah :)
DeleteRambang mata jadinya.
ReplyDeletebetul sangat PC :)
DeleteBunga raya tu cantik kak..biasa la kak ana..org lelaki kalau beli pokok mmg beli yang boleh buat makan atau kuarkan hasil..kita ni orang perempuan nak yang cantik2 je..
ReplyDeletekann hehe depa nak yang boleh makan je kita ni suka yang cantik2 hehe :)
DeleteSuka bunga raya tu nampak subur dan cantik
ReplyDeletetu la Mein rasa macam nak tanam koleksi bunga raya lak pas ni :)
Deletesaya tertarik kat bunga raya tu. menyerlah sangat.
ReplyDeletetanam pokok ni memang terapi jiwa, tapi kalau tak menjadi..boleh jadi sakit jiwa jugak mikir apa la yang silap. hahaa
kann Ujie lawa2 bunga raya sekarang ni :)
Deletesekarang ni aida sedang membela rose jepun, AJ.
ReplyDeletelom lg menjadik. semua masih baby :)
rose jepun ni lagi lah aida memang kegilaan kalau dah menjadi cantik sangat kan macam2 warna ada sekarang ni :)
Deletewah cantik sekali kelihatan bunga2 itu
ReplyDeletesampai sini memang rambang mata etuza :)
Delete