Buntu nak sediakan sarapan pagi untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah ni? Haa! Usah risau , ana ada idea untuk mak-mak semua. Apa kata kita sajikan menu sardin gulung untuk anak-anak. Tapi itupun kalau anak-anak kita suka makan sardin lah kan. Kalau tak tu korang cari lah idea lain yer :) 

Sardin gulung ni ana sediakan untuk sarapan anak-anak ana masa depa cuti hujung minggu lepas. Memandangkan stok sardin dari Ayam Brand masih ada di atas petiais, tiba-tiba dapatlah ilham nak jadikannya sardin gulung. Sedap juga sekali sekala makan sardin gulung ni. Cuma resepi ini ana gunakan roti Gardenia sahaja bukan pastri untuk bahan gulungnya. Lagilah senang kan. 




Resepi sardin gulung 



Bahan-bahan 

1 tin sardin - Ana gunakan sardin Ayam Brand
1 biji bawang besar - hiris dadu
Cili padi atau cili merah - ikutlah tahap kepedasan masing-masing
Mayo
Roti Gardenia 
Marjerin
2 biji telur
Serbuk roti - boleh beli di kedai bakery 
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Garam



Cara buat sardin gulung 


1. Roti Gardenia- nipiskan dengan roller untuk mudah menggulungnya nanti.

2. Sardin - campurkan dengan hirisan bawang dan cili, rasakan dengan mayo dan garam. 

3. Sapukan marjerin pada roti dan letakkan inti sardin di satu bahagian hujung roti. Gulung kemas-kemas. 

4. Dadar telur . Golekkan gulungan roti ke dalam telur dan biarkan melekat sempurna. 

5. Golekkan pula ke dalam serbuk roti. 

6. Panaskan minyak secukupnya. 

7. Masukkan sardin gulung dan goreng sehingga nampak garing. Balik-balikkan gulungan roti dan api bair kecil sebab roti ni cepat hangus, jadi goreng sekejap sahaja naa :) 

8. Siap dah satu menu mudah yang boleh juga di jadikan bekalan untuk anak-anak ke sekolah nanti kan. 

Selamat mencuba. 

32 Comments

  1. Tentu sedap.
    memang selalu pilih sardin ayam brand

    ReplyDelete
  2. Mengenyangkan ni Kak Ana.Suka sangat.

    ReplyDelete
  3. wahhh , sedap tu . makan satu confirm tak cukup .

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. pii beli sardin Pastu buat lah Nieyl hehe :0

      Delete
  5. sedap nih kak, dah lama dana tak buat sardin gulung gini... dah lama tak masak sardin hehehhe

    ReplyDelete
  6. sedap nya!!!
    feveret ni, AJ. tapi tu la. kerajinan tak brape nak mari lah :) ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tunggu mood rajin maii nanti boleh lah buat Aida :)

      Delete
  7. lama tak pekena sardin gulung bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  8. feveret sy & adik2 jugak ni! hehehe

    ReplyDelete
  9. sedapnya makan musim hujan ne

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaaaa... ala nk buatlah nnti

    ReplyDelete
  11. Lama giler tak buat... nanti nak buat jugaklah

    ReplyDelete
  12. Sedap 😋

    Lama sgt dah tak buat menu roti dan sardin nih.

    ReplyDelete
  13. kalau namanya sardin ni.. memang semua pun jadi fav saya..

    ReplyDelete
  14. Fav Nani ni roti sardin gulung. Sedapnyaa!

    ReplyDelete