Resepi viral sekarang ni boleh di katakan ye tak ? Sana sini orang tengah makan makanan-makanan Korea. Anak-anak ana kalau bab resepi viral depa suka sangat try di rumah. Bila balik cuti jer, ada sahaja yang nak dicuba. Seronok depa main masak-masak kat dapur. Kalau sebelum ni macam-macam menu Korea dah depa try yang terbaharu ni depa try buat corn dog ni pula kat rumah. Tak lah susah sangat, bahan pun tak banyak. Puas lah makan sebab dapat banyak juga, sampai hantar jiran sebelah .




Corn dog ni menu cheese yang depa tarik-tarik tu. Cucuk-cucuk kat lidi sosej selang-selang dengan mozzarella, celup dalam adunan tepung, golek atas serbuk roti dan goreng. Bila dah masak, ngap pastu tariiiikkkkk panjang-panjang cheese nya tadi. Haa! Itulah dia corn dog viral tu :) Korang nak cuba meh ambil resepi kat bawah ni, kalau malas pi beli jer banyak orang jual merata laa ni .. 

Resepi dan Cara buat Corn Dog 



Bahan-Bahan Corn Dog :

Keju Mozarella
Sosej
Lidi Sate
1 Cawan Tepung Gandum
2 Sb Gula
2 sk Serbuk Penaik
1/2 sk Garam
1 Telur
3/4 Cawan Susu Segar Sejuk
Serbuk Roti 
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara membuat Corn Dog:





1. Potong sosej dan mozzarella cheese mengikut saiz yang sesuai untuk korang cucukkan selang seli pada lidi. 

kredit foto myrasa

2. Cucuk pada lidi sate selang seli seperti dalam gambar di atas yang ana pinjam dari myrasa sebab gambar kami terpadam sebelum sempat nak posting di sini:) Sejukkan sosej yang di cucuk tadi ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.




3. Sementara itu, gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam. Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.


credit photo owner 


4. Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung.


serbuk roti boleh beli di bakery shop 


5. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan padatkan supaya kemas. 




6. Panaskan kuali dan goreng sosej di dalam minyak yang panas sehingga garing. Balik-balikkan selalu sebab ia mudah garing. 




7. Angkat dan toskan minyak. Siap dah homemade corn dog yang bila korang nak makan boleh je tarik panjang-panjang mozzarella cheese nya. Kalau boleh tarik tu kira jadi dah tu hehe :) 




8. Boleh sahaja di hidangkan bersama sos cili dan mayo jika korang suka atau nak makan terus macam tu pun sedap dah kan sebab ada rasa cheese dan juga sosej di bahagian dalam dan salutan tepung lemak manis serta rangup di bahagian luarnya. 

Selamat mencuba bersama anak-anak time cuti sekolah ni. Pasti seronok dan puas makan banyak-banyak sebab berbaloi lah dari nak beli sorang secucuk ye tak :) 


30 Comments

  1. Dah simpan dah resepi corn dog ni...
    tapi x terbuat-buat lagi... :)
    sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. tak pernah rajin nk buat lagi kak, tapi tengok orang share macam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti ajak lah ayyan buat dana have fun dengan anak hehe :)

      Delete
  3. menarik ni, AJ.
    aida ada simpan resepi dah.
    buat jer belum. anak-anak suka makan ni.
    kebetulan kat gerai dekat dgn umah ada jual, AJ.

    ReplyDelete
  4. anak saya yang expert buat benda ni. tp x la secantik yg kat kedai tu. tp rasa not bad. kat rumah asik beli cis petak la pulak. dah la rm67 seketul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mahal tu IL, kak ana beli yang dah siap potong kat bakery tu je dapat lah dalam belas2 ringgit je :)

      Delete
  5. senang je kan nak buat. kadang tu hairan jugak dah kenapa ada yg letak harga mahal jugak la. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mozzarella cheese tu mahal gak UN harganya :)

      Delete
  6. ada tgk resepi tp blum cuba lg buat sdiri tp baru je makan corndog kt hotel weekend aritu..sodapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sodap kan MT hehe tambah hat hotel punya :)

      Delete
  7. Sedap tapi Fiza ni asyik bertangguh je nak membuat.

    ReplyDelete
  8. Tq perkongsian resepi. Suami dah lama mintak buatkan, belum menyempat lagi takut xjadi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena buat tu Faizah suami dah request tu :)

      Delete
  9. makanan sedap2 kenapa ada nama 'dog' pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada hotdog dalam tu wak, sosej kan omputih panggil hot dog :)

      Delete
  10. Sedapnyaa nampak kak Ana. Dah lama save resepi ni tapi tak sempat lagi nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  11. Cheese melimpah ruah. Ya ampun sis ta kuad 😅

    ReplyDelete
  12. ammi belum ada rasa nak mencuba buat ataupun beli. ntahlah...tak terliur pulak

    ReplyDelete