Raikan Cinta Anis & Hafiz - 21 Disember 2019
Memang dah minta suami mohon cuti awal-awal untuk tarikh 21hb Disember 2019 tu untuk hadir ke majlis perkahwinan sepupu ana, Anis. Anis ni anak kepada ibu saudara ana, iaitu adik abah yang bongsu yang kami panggil Acu Normah dan Acik Ali. Walaupun malam pernikahan tu ana tak sempat hadir sebab Jumaat tu suami kerja sampai pukul 8 ada event yang perlu di uruskannya. Jeles sangat bila dalam group keluarga duk share gambar-gambar sekitar majlis dan ramai juga sepupu sepapat serta abah dan adik ana, Lan pun ada kat sana. Tak apa lah kan, esok pagi Sabtu tu kami lepas solat Subuh dah bertolak balik Teluk Intan.
Raikan Cinta Anis & Hafiz
AJ bersama pasangan pengantin dan sepupu sepapat tersayang |
Sampai kat rumah mak dalam kul 9 pagi lebih kurang sebab singgah sarapan kat Sungkai. Duk lepak kejap sementara tunggu anak-anak gegadis berdua tu bersolek. Pukul 11:30 kami dah gerak ke Taman Karentina ke rumah Acu. Alhamdulillah dapat parkir kereta dekat sikit sebelum tetamu lain sampai sebab mak tak larat nak jalan jauh.
Terjumpa Ena blogger cantik Inaainaa.com dan baby Yusuf |
Sampai kat khemah lepas jumpa Acu dengan Acik, serta Mak Uda dan Pak Uda di depan pintu, boleh pulak ternampak adik blogger yang juga Instafame Ina Aina dengan suaminya Yazid dan baby Yusuf. Ana pii laa dekat Ena, rupanya Anis ni kawan sekelas Ena masa belajar kat UIA, Kuantan dulu. Ena singgah ke majlis Anis dalam perjalanan nak bercuti ke Ipoh. Kecil kan dunia, kadang-kadang tak terduga jer nak jumpa kawan-kawan atau sedara mara ni. Dapatlah jumpa baby Yusuf yang comel tu, sebab last jumpa Ena masih pregnant kat event launching di Bukit Sentosa beberapa bulan lepas.
Sesuatu yang ana nak kongsikan di sini ialah kemanisan ukhuwah bila dapat hadir ke majlis-majlis perkahwinan saudara mara ni. Masa ni lah kita dapat mengeratkan silaturrahim di antara saudara mara terdekat. Masa ni jugalah anak-anak nak kenal pak sedara mak sedara sepupu sepapat sebab biasa lah kan dulu masa generasi kami kecil-kecil boleh di katakan semua tinggal dan membesar di Teluk Intan ni. Tapi bila generasi kami ni dah mula bekerja dan berumahtangga, masing-masing berhijrah ke serata tempat.
sepupu dan adik2 ipar perempuan |
Peringkat anak-anak ni dah kian renggang tak seakrab kami dahulu. Jadi seboleh upaya ana akan cuba balik ke kampung bila ada majlis-majlis perkahwinan sebegini untuk bertemu semula sepupu-sepupu, ipar duai dan mak pak sedara mahupun jiran-jiran dan kawan-kawan lama. Bila sekali sekala berjumpa tu meriahnya sakan ler kata orang Perak. Indahnya kemanisan ukhuwah kan.
Berbalik pada majlis perkahwinan Anis dan Hafiz, di kesempatan ini, kak Ana ucap kan selamat pengantin baharu buat kalian berdua. Selamat menempuhi prasa baharu dalam pelayaran kehidupan yang baru sahaja bermula. Serikan rumahtangga dengan kasih sayang dan bajai benih cinta agar kekal harum mewangi. Terimalah pasangan seadanya dan jangan cari kesempurnaan kerana fitrah kita tidak akan ada kesempurnaan tetapi biarlah kita sebagai pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Aamiin.
suami dan adik bersama sepupu ana Edi, Remy, KoE dan Kojek |
Cantik manis sangat Anis dalam busana perkahwinan berwarna biru turquoise di sulami warna pink. Satu padanan warna yang cukup soft dan romantik. Sampai sahaja rombongan pengantin lelaki selepas waktu solat Zohor, terus mempelai menuju ke meja makan. Dah lapar ye tak, makan lah dulu hehe :) Ana sempat ambil gambar Anis & Hafiz kat meja makan beradap nampak comel lahai pasangan pengantin baharu kita ni.
maa long AJ bersama Aniq Iffat |
Kemudian pasangan merpati dua sejoli masuk ke ruang tamu rumah untuk sessi persandingan dan memotong kek. Dan pastilah time tu sessi photography sedang berlangsung. Kami duk kat luar ni sempatlah di hiburkan oleh anak buah ana, penyanyi dan pelakon remaja yang sedang hit dalam lakonan terbaharunya siri SMK di Astro Ceria tu, siapa lagi kalau bukan Aniq bekas bintang Ceria Popstar tu lah. Dah besar dah Aniq sekarang ni, remaja gituew :) Aniq mempersembahkan lagu Cinta Luar Biasa dan sebuah lagi lagu duet dengan ayahnya Remy Sani lagu Wings kalau tak silap. Lupa dah maa long, Aniq weii .. banyak makan semut lah katanya..
Hampir selesai majlis dalam jam 3 lebih ana bawa mak dan abah balik ke rumah sementara anak-anak ikut pak usu dan mak usu serta Haris ke bandar Teluk Intan. Kan main depa pi makan ayam winner dan mee jawa kat Padang Speedy. Boleh pulak hantar gambar je kat group whatsapp, cerr laa bungkus bawa balik kan ke bagus :)
AJ bersama Acu Normah ( mak pengantin ) dan sepupu2 |
Alhamdulillah selesai dah majlis resepsi perkahwinan Anis dan Hafiz, pasti dah boleh tidur lena Acu dan Acik kan. Meriah sangat, menu makanan pun sedap-sedap dengan pencuci mulut bubur kacang, agar-agar serta penambah selera makan laksa. Majlis yang cukup sederhana namun sempurna dan meriah dengan kehadiran saudara-mara jauh dan dekat, jiran serta sahabat-sahabat lama Acu dan Acik sekeluarga.
My beautiful SIL Julia Alisya |
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair
10 Comments
tahniah buat pengantin...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
ReplyDeletewahh seronok jumpa Ena kat majlis saudara mara mcm ni...teruja kan
tuu lah boleh pulak terjumpa Ena rupanya classmate Ena sama belajar kat UIA dulu Fuzy :)
Deletesemoga mereka berbahagia
ReplyDeleteaamiin terima kasih etuza :)
DeleteAlhamdulillah. Tahniah pengantin baru 😘
ReplyDeleteterima kasih UN :)
Deletetahniah buat mempelai
ReplyDeleteterima kasih wak :)
DeleteAlhamdulillah tahniah buat mempelai
ReplyDeleteCantik pelamin tu kak, simple tapi menarik.
terima kasih PH :)
Delete