Senang rupanya cara buat cili jeruk

Banyak pula cili hijau kat rumah, sebabnya ada ana beli 3 bungkus RM5 kat pasaraya baru-baru ni. Segar-segar cili hijau ni gemuk-gemuk pula tu. Cili hijau sedap buat masak taucu dengan ikan. Ada baki lagi teringat nak jadikan cili jeruk. Boleh simpan kat rumah, bila nak makan dah ada kan. Tak pernah buat cili jeruk ni, maka mencarilah cara dan bahan-bahan untuk buat cili jeruk ni dari internet. Rupanya senang sangat cara nak buat cili jeruk ni. Jom lah ana terbitkannya di sini untuk rujukan semula di lain kali bila nak buat jeruk cili. Sedap untuk di makan dengan kuew tiau goreng kan :) 




 Cara buat cili jeruk 


Bahan-bahan : 

Cili hijau
Cuka makanan ( ana guna Cuka Jalen )
Gula 
Garam
Balang kaca 

Cara buat cili jeruk 






1. Basuh cili hijau dan toskan sehingga kering. 

2. Hiris bulat-bulat tidak terlalu nipis dan tidak juga terlalu tebal. 

3. Tapiskan supaya buang biji-biji cilinya. 



4. Isi kan ke dalam balang kaca. 

5. Masukkan cuka Jalen sehingga tenggelamkan kesemua cili potong.

6. Masukkan gula sesuku botol dan juga garam agak-agak jangan terlalu banyak. 




7. Tutup botol kaca dan simpan selama dua hari di suhu bilik. 





8. Bila cili jeruk dah berubah warna tu kiranya dah boleh lah di makan. Kalau nak simpan dalam peti sejuk pun boleh dah lepas ia di jeruk.




Sedap kan buat makan dengan mee goreng, kuew tiau goreng dan makan dengan nasi bubur pun sedap sangat ada rasa pedas-pedas masam jeruk cili kita ni. Selamat mencuba :) 
Senang rupanya cara buat cili jeruk Senang rupanya cara buat cili jeruk Reviewed by Ana Jingga on December 16, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Oh! cenggitu cara buatnya.
    Mrs. A suka gak cili jeruk tapi tak pernah buat hehehe...
    Sedapnya cili jeruk kalau makan dengan mee goreng.

    ReplyDelete
  2. lahai! kite tak pernah tau cmner nak buat..tapi bab makan laju je hehe

    ReplyDelete
  3. Senang aje membuatnya ek
    Kalau makan menu2 mee, mesti cari lada jeruk ni

    ReplyDelete
  4. Fiza tak pernah lagi buat cili jeruk. Nanti bolehla try membuatnye.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Ana.. nak buat juga lah nanti..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap tapi takut nak makan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pedas Fara ni kak ana guna cili hijau je :)

      Delete
  7. memang senang pun.
    mak mertua aida buat sendiri.
    aida tukang amik bwk balik rumah :) ha ha ha ha...
    tak pernah pun buat sendiri. 'M' sgt aida ni.

    ReplyDelete
  8. Kena cuba ni. Husband suka sangat cili jeruk

    ReplyDelete

Powered by Blogger.