Buat oden di rumah
Orang yang ditakdirkan lahir bulan Januari ni memang tak berapa syoknya umur cepat sangat naik kan hehe 😎😎. 15hb Januari lepas adalah hari lahir ana, dah warga emas to be ni malas dah nak celebrate dengan kek semua tu. Alhamdulillah dapat makan-makan dengan anak-anak dan suami pun syukur sangat dah rasanya. Beberapa hari ni pun agak sibuk dengan pelbagai urusan di luar, sehari sebelum tu ada event, setengah hari dah keluar. Esoknya pula 16hb tu nak ke Shah Alam, angkut barang-barang anak-anak dari kolej kediaman. Kak Long dah habis pengajian, Adik pula cuti sem. Kena lah angkut keluar semua barang dari kolej.

Cara buat oden di rumah
Balik dari event, terus beli barang-barang kat pasaraya. Teringat lah Adik nak makan oden kat rumah. Ana dan suami ambil lah beberapa barang yang sesuai nak di oden kan di rumah untuk makan malam. Bawa balik anak-anak lah yang siapkan oden, ana cuma didihkan kuahnya sahaja. Kebetulan kami nak gunakan periuk steamboat tu, bersihkan sekali udang boleh di gril di bahagian gril periuk steamboat kami tu. Tak sempat nak buat brown sos, cicah je lah dengan sos thai dan sos cili. Sedap juga bukan tak sedap.

Oden nya, ana belilah beberapa jenis fish cake, fish ball, sotong ball, tauhu kering dan dua tiga jenis lagi yang boleh di cucuk-cucuk pada lidi. Susun lah kan selang-seli baru lah macam oden kat pasaraya tu. Kemudian kuahnya ana didihkan pes tomyam merah bersama pes asam pedas. Nak sedap rasa tomyam tu, ana masukkan sebatang serai yang di ketuk. Barulah ada aroma serai dalam tomyam dan asam pedas tu. Kemudian panaskan semula di dalam periuk steamboat, celup-celuplah oden cucuk-cucuk kita tu. Kan mudah.

Di bahagian gril tu Kak Long grilkan udang dan sosej. Letak sikit planta dan bakar sampai masak sambil balik-balikkanlah. Seronok makan sekeluarga sesekali menu macam ni. Alhamdulillah, nikmat yang di syukuri selalu. Apa dia ?? Kat mana nak beli set steamboat tu ? Haha !! Ana beli secara online di Shopee sahaja. Masa beli tu cuma berharga RM60 lebih kurang. Tapi korang kena baca review produk tu terlebih dahulu supaya tahu mana yang okay dari segi saiznya. Jangan silap order dapat hat kecil kan naya 😦😦

Apa sahaja yang kita nak beli secara online ni kena sangat siasat betul-betul, macam-macam scammer sekarang ni kan. Sikit sebanyak pun duit kita juga lah kan. Dah ada set steamboat ni kat rumah, boleh lah nak buat steamboat and grill ke tak pun buat oden macam kami ni haa. Berbaloi sangat makan sekeluarga sampai kenyang. Semua tu boleh di beli di mana-mana pasaraya bahagian makanan frozen. Jemput makan oden versi anajingga dot com naa 😍😍
22 Comments
Happy belated birthday K.Ana semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam umur yang berkat.
ReplyDeleteWah! moments indah bersama keluarga syukur alhamdulillah :-)
tq mrs a, aamiin
DeleteSA pun prefer buat kat rumah berbanding beli...kalau buat kat rumah mewah skit makan...leh letak pelbagai pilihan kan..
ReplyDeleteya SA puas hati kan :)
Deleteselamat hari lahir ^_^
ReplyDeletealhamdulillah makan kat rumah puas hati jugak ^_^
tq UN :)
DeletePuas makan ni kak Ana.
ReplyDeleteAlhamdulillah PC
Deletewahhh bday kak ana 15januari haritu ye? happy belated bday utk kak ana! bestnyaaa buat sendiri je oden kat rumah kan puas makan skeleuarga ha hehehe
ReplyDeletetq ana :)
DeleteHbb Ana
ReplyDeleteBaru tau tu namanya oden
terima kasih wak, haah oden namo yo :)
Deletewaaahhh sedapnya oden! buat sndiri puas hati makan.. =)
ReplyDeleteHB kak ana.. =)
tq ezy :)
DeleteHappy Birthday
ReplyDeleteMakan sambil sembang sembang best kan.
tq mein :0
Deletepewittt. menariknya. pan nak buat jugak nih. Nak ajak anak anak buah datang makan. sedap weh makan ramai2.
ReplyDeletesyiok tu ,jomm buat reramai :)
Deleteselamat ulang tahun..
ReplyDeletesedapnya oden..
terima kasih HH :)
Deletesedapnya!
ReplyDeleteterkenang oden familymart ha ha ha ha :)
buat sendiri, muai makan ramai2, kan.
tuu laa dia aida nak muai kita home made je kan :)
Delete