Cara gubah bunga orkid

Dah beberapa tempahan dan juga gubahan orkid yang telah berjaya ana siapkan. Memang minat menggubah bunga ni dari dulu lagi, dan kat rumah pun ana gubah sendiri. Gubahan ni memerlukan minat dan In Shaa Allah lama-lama akan terhasil juga satu hasil yang memuaskan hati. Buat lah apa sahaja mengisi masa lapang dan akhirnya memberikan kepuasan pada kita sendiri. 

Sebelum ini ana pernah terbitkan gubahan sepasu bunga orkid di SINI sehingga pernah di share semula di majalah ekeluarga. Kali ini ana nak kongsikan pula cara gubahan setangkai bunga orkid. Lagi simple dan mudah untuk di jadikan hadiah kepada seseorang khasnya kaum wanita lah kan. Wanita ni kebanyakannya cukup suka dengan bunga dan dekorasi. Jadi bila kita hadiahkan sepasu bunga orkid begini pastilah mereka akan suka.




Setangkai bunga orkid merah di dalam pasu ini ana hadiahkan buat kawan sekolah ana, Puvaneswary sempena birthday nya baru-baru ni.. Bila ana posting di status bunga-bunga orkid yang ana gubah pasti Puva akan respond,  " it's beautiful, dear". Jadi ana rasa dia akan suka kalau ana hadiahkannya, maka terhasillah gubahan setangkai orkid merah buatnya sebagai hadiah hari lahir. Dan she loves it so much sampai dia bagitau, "I'm speechless .. sooooo nice of you ".  Yeay!! 

Bagi yang tercari-cari tutorial cara gubahan bunga orkid setangkai meh lah ana terbit sekali lagi di sini. Walaupun ana menerima tempahan untuk gubahan orkid , namun ana masih ingin berkongsi ilmu yang sedikit ini kepada mereka yang ingin menggubahnya sendiri. Semoga ia bermanfaat, In Shaa Allah.

Cara gubahan bunga orkid setangkai di dalam pasu



Bahan-bahan yang diperlukan untuk gubahan bunga orkid :


1 tangkai bunga orkid ( ana pilih jenis latex kali ini ) 
1 tangkai daun orkid
Span bunga kering
Lumut kering
1 batang buluh kecil
pokok hiasan 
1 buah pasu ( ikut saiz bunga dan pasu biar seimbang )
gam PVA
dawai pengikat 
pemotong dawai ( cutter )
pisau nipis ( untuk potong span bunga )





1. Isikan span kering ke dalam pasu. Potonglah mengikut saiz yang diperlukan mengikut permukaan pasu sehingga penuh. 




2. Letakkan gam PVA ke atas span serata yang mungkin untuk melekatkan lumut kering.




3. Isikan lumut sehingga menutupi span sepenuhnya dan tekan sehingga benar-benar lekat. 




4. Sukat panjang mana batang orkid yang ingin kita pacakkan di dalam pasu dan potong. Sapukan gam PVA di hujung batang sebelum mencucuk kepada span agar bunga tidak akan tercabut atau bergerak. 




5. Pacakkan batang bunga orkid di tengah-tengah pasu. Kemudian potong buluh kecil rendah sedikit dari batang orkid dan sapukan juga gam PVA sebelum mencucuk kannya ke dalam pasu. Buluh kecil ini berfungsi sebagai pemegang batang orkid kita supaya ia tegak dan tidak akan tumbang. Ikat keduanya dengan seutas dawai pengikat. Hat ni yang selalu orang gunakan untuk mengikat hantaran atau goodies bag tu, ada jer jual kat kedai bunga atau kedai hantaran. 





6. Di bahagian dasar pasu , cucuk kan pula daun bunga orkid betul-betul di sebelah batang bunga orkid kita tadi agar nampak natural pokok orkid dengan daun dan bunga nya. 




7. Cantikkan gubahan dengan meletakkan pokok atau daun hiasan kecil mengikut kesesuaian saiz dan gubahan masing-masing.Gunakan  kreativiti masing-masing naa :) 




8. Lenturkan dahan bunga orkid mengikut kreativiti masing-masing, mengikut ruang mana yang ingin kita letakkan pasu ini. Jika di sudut biarlah bunganya melengkung ke arah keluar sudut dan jika hiasan meja di tengah ruang bolehlah tegakkan dahan bunganya. Terpulang naa :) 

Ia sebenarnya adalah asas gubahan bunga orkid dan jika nak letak setangkai, dua tangkai malah bertangkai-tangkai pun sama jer kekdahnya, cuma gubah kan mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba dan semoga ia bermanfaat buat kita semua, Aamiin. 
Cara gubah bunga orkid Cara gubah bunga orkid Reviewed by Ana Jingga on January 28, 2020 Rating: 5

20 comments:

  1. macih share kak, harapnya kalau dana try nanti menjadilah cantik gini hehehe...

    ada kawan dana gubah bunga orkid gini sampai ratus-ratus sepasu, dia guna orkid latex dan cotton... sebab nampak lain betul dia punya corak dan warna tuh... dana ingat orkid kat kedai romantika dah mahal ada yang mahal lagi rupanya huhhuhi... tapi mmg lawo lah akak gubah

    ReplyDelete
  2. simple n nice..tapi un tak pandai..hahhaa

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhh cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaa! sy pon suka jugak bunga jenis artificial gini. takyah risau dia mati hehe

    ReplyDelete
  4. cantik sgttttt.. kalo dh minat sume jd..

    ReplyDelete
  5. Kawan yang terima hadiah gubahan ini mesti happy.

    ReplyDelete
  6. cantikkk bunga orkid tu..my mum suka la gubahan bunga orkid ni

    ReplyDelete
  7. naik sangat warnanya memang cantik
    mak sy suka ni orked.. memang unik..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.