Cara semak Wang Tidak Di Tuntut Secara Online

Masih ana ingat lagi beberapa tahun lepas ketika sedang viral isu ramai rakyat Malaysia mendapat ratusan malahan ribuan ringgit telah berjaya diperolehi melalui tuntutan wang yang tersimpan yang tak pernah kita sedar pun kehadirannya. Inilah yang di namakan sebagai Wang Tidak Dituntut ( WTD ) yang tersimpan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia ( JANM ). Ketika itu hampir setiap hari orang ramai beratur panjang khasnya di Menara Maybank di mana adanya cawangan pejabat JANM yang beroperasi di sana. Masing-masing ingin menyemak sama ada mereka mempunyai baki WTD yang mungkin boleh diperolehi semula. 

Untuk bercerita tentang WTD ni bukanlah bidang ana, apa yang ana fahami ialah sejumlah wang yang berbaki sama ada di dalam akaun bank yang telah tidak aktif, atau pun mana-mana jenis simpanan yang tidak aktif lagi dikumpulkan kemudian selepas satu tempoh ia di simpan di JANM kemudian akan dikembalikan kepada pemilik akaun. Lebih kurang macam tu lah. Tapi ramai yang tidak mengetahui kewujudan WTD hinggalah ia menjadi viral dan berduyun-duyunlah yang mencuba nasib untuk menyemak sama ada mereka ada WTD atau tidak. 





Berbaris panjang berjam-jam, datang dari jauh pula tu, tiba-tiba tak ada pun WTD adalah sesuatu yang mengecewakan lah kan. Hinggalah baru-baru ini viral sekali lagi isu WTD bila di war-warkan kini telah boleh dilakukan semakan secara online sahaja. Mula-mula ana pun agak curiga juga sama ada ia benar ataupun link yang diragui. Selepas berjumpa dengan anak buah suami yang berkhidmat di JANM sendiri, bahawa ianya sahih, barulah berani nak semak dan nama ana memang tiada data. Maknanya tak adalah terselit mana-mana WTD semua dah habis di tuntut ataupun dah korek habis segala duit baki yang ada haha :) 

Cara semak Wang Tidak Di Tuntut Secara Online


Disini ana nak share lah dengan korang bagaimana cara untuk menyemak sama ada korang mempunyai Wang Tidak Dituntut atau pun tiada data macam ana ni secara online sahaja. Mudah dan tak perlu ke mana-mana serta beratur panjang bagai. 


JANM telah membangunkan portal untuk menyemak WTD secara dalam talian seawal tahun 2020, dan kini janji tersebut telah tertunai. Orang ramai kini boleh menyemak WTD menerusi portal eGUMIS. . Menurut JANM, carian untuk WTD di portal eGUMIS adalah untuk tahun kewangan 2006 sehingga kini sahaja, yang diserahkan oleh syarikat atau firma berkaitan. Portal ini juga hanya menyediakan perkhidmatan semakan. Untuk permohonan WTD jika ada, pemohon perlu menghantar permohonan melalui pos ke Pejabat Pendaftar, atau hadir sendiri ke Pejabat Pendaftar atau cawangan JANM Negeri berdekatan.




Jika korang pertama kali mengunjungi portal eGUMIS di https://egumis.anm.gov.my/, pelu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Pergi ke Tab Semakan dan klik pada Pendaftaran. Di situ, pengguna perlu mengisi semua maklumat peribadi yang diperlukan, bersama nama pengguna (username)  dan kata laluan (password) . Kata laluan di sini hanyalah untuk pengesahan sementara, kerana kata laluan sebenar perlu diletakkan selepas pendaftaran disahkan melalui emel.





Selepas mengesahkan pendaftaran menerusi pautan di emel, pengguna perlu memasukkan kata laluan sementara yang didaftarkan tadi bersama kata laluan sebenar yang ingin digunakan. Selepas selesai, barulah boleh mendaftar masuk ke sistem eGUMIS.




Di laman utama eGUMIS, untuk membuat semakan, klik pada KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT. Carian boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan lama/baru, nombor tentera, nombor polis, nombor pasport, nombor sijil kelahiran atau nombor pendaftaran syarikat/firma. Ambil perhatian, sistem eGUMIS hanya membenarkan dua carian dibuat sehari.

Jika carian WTD menunjukkan ada wang yang boleh dituntut, ia akan menyenaraikan semua dibawahnya. Tekan butang Cetak di bawah dan ia akan memaparkan hasil carian dalam dokumen PDF yang mudah disimpan dan dicetak.




Langkah seterusnya, adalah membuat permohonan WTD. Portal eGUMIS buat masa ini tidak menyediakan perkhidmatan ini, maka ia perlu dibuat sama ada menghantar permohonan melalui pos ke Pejabat Pendaftar, atau hadir sendiri ke Pejabat Pendaftar atau cawangan JANM Negeri berdekatan. Maklumat lanjut berkenaan WTD boleh di semak di ruangan Soalan Lazim WTD JANM.

Jadi korang hanya boleh meyemak sahaja sama ada mempunyai WTD atau pun tidak dan sebarang tuntutan kenalah pergi sendiri ke Pejabat Pendaftar atau cawangan JANM terdekat. Sebarang pertanyaan layarilah ke portal eGUMIS di pautan yang ana berikan di atas sana nun. Semoga berjaya.. 

Comments

  1. dah semak kak, sadis nya cuma boleh la nk beli ayam kfc 3 ketul hehehhe... tak pun dapat la 5 ketul yg alacarte je kak oi... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada gak tu dana, kak ana elekkk pocekkk hehe :)

      Delete
  2. Okay kita nak cuba lagi, dah berapa hari cuba, asyik tak boleh masuk ajee...

    ReplyDelete
  3. thanks sharing kak ana.. nak check jugak la..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. check dilah mana tahu ada rejekinya hehe :)

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian. sekarang jugak nak check. mana lah tahu, ada lebihan wang tidak dituntut. hehe

    ReplyDelete
  5. Dah semak, takde baki. yg suami ada la baki, nak makan nasi ayam lepas laa..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jadilah kan dari tak ada macam kak ana ni haa HH :)

      Delete
  6. Dah semak hehehe. Dalam BSN lama dulu dah kita pon dah lupa akaun tu .. rupa2nya ada lagi duit kat dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh rezeki tu lya kan ,lanjer kakak choki2 plisss hehe :)

      Delete

Post a Comment