Dah lama dah ana ada channel youtube ni cuma tak lah seaktif blog dan media sosial lain seperti Instagram dan Facebook. Cuma sebelum ni jika ada task yang memerlukan video untuk di masukkan di dalam entri blog nak tak nak kena upload ke youtube terlebih dahulu kemudian share semula di blog. Tapi kebelakangan ni youtube dah menjadi salah satu trend untuk kebanyakan task dalam penerbitan review dan iklan. Dengan sebab itu lah ana aktif semula dalam penerbitan di youtube dan mudah-mudahan boleh juga menjana pendapatan bila tiba masanya nanti.

Ana bukan pandai dalam vlog ataupun tak layak bergelar youtubers pun. Sekadar suka-suka sahaja dan video pun kisah makanan dan resepi sahaja lah. Tak lari mana pun niche lebih kurang blog juga. Semoga perkongsian idea dan resepi-resepi ni ada manfaatnya buat sesama insan, Aamiin, In Shaa Allah. 


Image result for youtube"



Baru-baru ini, banyak diperkatakan tentang peraturan baharu youtube yang menjaga privasi kanak-kanak iaitu COPPA yang bermaksud Undang-undang Privasi Anak-anak ( Children's Online Privacy Protection Act of 1998 ) . Ianya untuk melindungi privasi kanak-kanak dan terbitan penyiaran tanpa kebenaran penjaga kanak-kanak dan sebagainya. Silalah cari di internet dari sumber yang jelas mengenai peraturan COPPA ini. 


Image result for coppa youtube"
credit foto youtube.com



Apa yang ana nak kongsikan disini hari ini cuma cara-cara untuk setting pengesahan bahawa content terbitan video di channel youtube kita mengkelasifikasikan sama ada ia sesuai untuk tontonan kanak-kanak atau pun tidak. Ia perlu di lakukan kerana jika tidak sekiranya terdapat kelibat kanak-kanak di dalam video tetapi kita tak declare " content for kid ", beberapa tindakan bakal di kenakan ke atas channel youtube kita antaranya :

1. Ruangan komen akan di disable kan

2. Bell Button Notification di Off kan

3. Tiada lagi Personalised Ads

4. Tiada lagi Live Chat dan sebagainya... 

Bermakna untuk yang menjana income melalui youtube ni akan menghadapi masalah lahkan, melainkan youtube sekadar hobi tu kira okay jer.

Jadi langkah yang perlu di ambil ialah declare lah video kita sama ada terdapatnya content untuk kanak-kanak atau pun tidak. Mudah sahaja untuk setting dengan langkah-langkah yang ana buat sendiri di bawah hasil dari penerangan tutorial dari youtube sendiri juga beberapa youtuber lain di internet. 

Cara setting peraturan COPPA ( Made For Kids Update ) di youtube 


1. Mula-mula pastilah kena log in ke youtube channel masing-masing. Dan untuk setting ni ana hanya boleh lakukan dari laptop atau desktop sahaja, kalau guna smartphone memang tak jumpa Youtube Studio untuk setting ni. Tak pasti sama ada ia memang begitu atau sebaliknya.

2. Disudut atas kanan di bawah sign in akaun klik lah pada Youtube Studio .



3. Pergi ke pautan di sebelah kiri dan klik pada  Setting  .




4. Disebelah kiri ada pilih pautan Channel - Advance Setting 

5. Pilih daripada 3 pilihan untuk setting content video kita sama ada : 

. Yes, set this channel as made for kids. I always upload content that's made for kids 

. No, set this channel as not made for kids. I never upload content that's made for kids

. I want to review this setting for every video

Pilihlah mana yang sesuai dengan content video kita atau pun set kan manual pilihan ke bawah sekali tu di mana kita perlu review setiap kali nak upload video. 

6. Akhir sekali SAVE lah di bawah tu. Dan selesai. 


Selamat mencuba naa :) Upload yang baik-baik sahaja okay agar kita terpelihara di dunia dan akhirat dan mendapat keberkatan rezeki dari Nya, Aamiin, In Shaa Allah. Jemputlah ke channel ana dan subscribed 😉😉 www.youtube.com/anajingga 


4 Comments

  1. betul tu kak ana rule utk youtube dah makin ketat, lebih lagi bila libatkan budak2 ni. mungkin ramai di luar sana yg suka guna reused content , cedok hasil kerja orang lain untuk kaut kueuntungan sendiri. bg yang tengah jana income memang kena patut hati2, better upload video sendiri nampak lah susah penat nak buat video.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann Wani, ataupun mungkin untuk pastikan kandungan sesuai dengan kanak-kanak sebab laa nii kanak2 ramai layan youtube

      Delete
  2. bagus ada features baru ni.. smoga dapat kawal benda yang tidak2.
    kat utube tu macam2 boleh dapat..

    ReplyDelete