Cerita kebun belakang rumah di awal tahun

Lama ana tak cerita kisah kebun belakang rumah ni kan. Pertengahan bulan Disember lepas gigihlah membersihkan rumput-rumput yang naik meliar selepas musim hujan. Pokok-pokok masih sama seperti sebelum ni cuma ada lah beberapa pokok baru yang kami tanam semula. Ada juga yang dah pupus pokoknya, macam pokok serai serumpun yang telah pun membekalkan serai untuk masakan harian ana, kini dah pupus dah habis mati kering. Lama sungguh rumpun serai ni hidup dalam tayar lama tu. Tapi nasib baik jugalah ada back up 4 rumpun yang sedang naik. Mungkin sebab musim hujan baru lepas ni ada yang ana tanam tak berapa nak subur, ada yang makin subur. Serai ni tak boleh kalau basah sangat kan, ia hidup dalam persekitaran tanah yang kering meriahlah ia.


pokok kunyit 


Berkebun belakang rumah 



Pokok kunyit pun pupus last2 tinggal sebatang je kian kurus , dah kini suami beli benih baharu dan nampaknya makin menjadi. Daun-daun bertunas baru dan lebar-lebar. Seronok tengok, bukan apa senang lah nak masak lemak ke rendang ke tak payah lah nak ke kedai Acheh beli daun kunyit atau isi kunyit. Kunyit, serai, lengkuas ni keperluan sangatlah dalam menu masakan orang Melayu ni. Begitu juga pokok kantan, masih ada dan tak berhenti juga berbunga, cuma baru-baru ni ana cantas pokok-pokoknya sebab tak nak merimbun sangat. Kantan ni kena kawal kalau di biarkan nanti jadi rimba pula belakang rumah, nyamuk pun membiak dengan jayanya, sebab tu ana selalu sahaja buang batang-batang yang tak diperlukan biar terang dan di sinari matahari.

Sama juga pokok daun kari, kalau kita tak trim bahaya, boleh jadi kian besar dan meninggi. Takut nanti terkena kabel telefon kan naya, nak cantas pun kalau dah besar sangat bukan kerja mudah. Sebab tu ana dan suami akan sentiasa cantas dahan-dahan bila dah kian meninggi. Lagipun makin kita cantas makin naiklah tunas dan cabang baru nanti.


pokok terung


Yang baharu kami beli hujung tahun 2019 ni ialah pokok terung panjang. Dah merasa dah pun dua biji terungnya walaupun tak lah berapa panjang hehe :) Nampak subur je waktu ni. Sebelum ni suami tanam dalam tanah tapi bila dah berbuah ia macam rendah sangat hingga terkena tanah dan buah bergulung, suami alihkan semula ke dalam pasu. Baru lah nampak tinggi dan kalau berbuah nanti tak lah cecah bumi ye tak ?

Ulam raja ni generasi kedua selepas benih yang mak bagi dari kampung dulu. Dari biji benihnya ana taburkan dan Alhamdulillah dah boleh petik dah buat kerabu. Lepas petik nampak dah naik cabang dan tunas baru dan kian berkembang. Sedap ana suka sangat makan ulam raja ni, buat kerabu atau sambal nyok.


pokok ulam raja 

Pokok beri pun beranak pinak dah dan baru sahaja Kak Long tuai hasilnya. Setiap kali lepas berbuah ana akan cantas lah dahannya, kalau tinggi sangat nanti payah nak petik dan dahan yang agak tua, ana cucuk kembali ke tanah dapatlah pokok baru.


pokok beri 


Pokok pandan ni juga baru lepas kena trim. Tinggal serumpun sahaja. Memang tak nak biarkan ia merimbun sangat risau juga ada makhluk yang menumpang teduh bawahnya. Rumah ana ni ada anak-anak kucing, malam-malam depa2 ni tidur di luar belakang rumah yang berbumbung tu, risau juga kan ada binatang berbisa macam ular ke duk dalam rumpun pandan, jadi kami trim selalu. Cukup sekadar kegunaan sekali dua kami sekeluarga tak yah biarkan dia merimbun lebat.


pokok pandan

Ini pula anak pisang, mak ana kata pisang bantan, tapi ana tengok macam serupa je dengan pisang mas. Tiga pokok dah selesai berbuah dan dah pun di tebang dan kini nampak ada tiga pokok anak pisang naik. In Shaa Allah ada rezeki merasa lah lagi pisang ni nanti. Sedap pisang bantan ni manis lemak macam pisang mas je saiz dan rasany, sebab tu ana panggil pisang mas je , rupanya masa bawa balik kampung hari tu, mak dan pak sedara ana kata ni pisang bantan bukan pisang mas, pun bolehhh :)


pokok pisang bantan 

Pokok sirih masih wujud dan kami trim jugalah selalu. Tak ada lah nak guna pun cuma baru-baru ni anak jiran nak bertunang depa mai lah ambil nak buat sirih junjung. Ni sirih Melayu bukan sirih India warnanya pun lain. Kakak jiran ana tu kata sireh Melayu ni pedas dari sirih India, ye lah kut sebab ana tak pernah hayat pun makan daun sireh ni hehe :)


pokok sireh 

Pokok limau kasturi pun tak berhenti berbuah sepanjang tahun. Ni lepas berbuah kami cantas terus dahannya dan selalu ana siram dengan air basuhan beras atau air basuhan ikan. Ada sahaja berbunga dan tak lama nanti berbuah lah. Baru-baru ni kami ke nursery Sungai Buloh semua duk tengah jual pokok limau kasturi yang sedang berbuah oren sempena Tahun Baru Cina.


pokok limau kasturi 

Kisah pokok betik ni agak sedih juga lah. Ini merupakan kali pertama semaian betik kami menjadi dan membesar dengan jayanya. Ada dua pokok asalnya tapi satu tu dah tinggi tiba-tiba mati. Hat satu ni dah berbunga dan berputik tapi masih tak lekat, bila dah besar segenggam ia jatuh macam kecut je buah dia. Kempunanlah nak makan buah betik :(


pokok betik 


Pokok belimbing buluh baru nampak naik bunganya musim panas ni, harap-harap banyak semula lah buahnya boleh lah di kongsikan bersama jiran-jiran kan.


pokok belimbing buluh 

Hat ni semaian benih tomato ana. Ana semai dari buah yang ana beli di pasaraya. Menjadi pula tengok anak benihnya naik dah berusia dua minggu. Rasa macam nak tunggu sebulan baru nak alihkan ke pasu. Manalah tahu menjadi projek kebun tomato ana pasni , Aamiin.


anak benih tomato 


Pokok kucai ni pun lama dah bertahannya dari Raya Aidil Fitri dahulu benihnya dari rumah mak su ana di Ipoh sampai ke hari ni masih terus hidup subur. Dah banyak kali juga kami ambil buat masakan. Memang berbaloi tanam kucai ni.


pokok kucai 


Akhir sekali pokok daun kesum, Alhamdulillah masih subur di dalam pasu. Hat yang ana tanam atas tanah tu masih ada tapi nampak macam tak berapa nak membiak sangat. Tak sesuai agaknya sebab pokok kesum ni perlukan air yang lebih untuk hidup subur kan.


pokok daun kesum 


Begitulah coretan kisah kebun belakang rumah ana. Masih bertahan dengan pokok herba dan kegunaan harian kami. Waktu ni harga bawang yang tengah mahal ya amat sampai di sini mencecah RM13 sekilo bawang merah kecil tu. Nak masak pun cermat-cermat lah guna bawang. Agak-agak kita try tanam bawang boleh hidup tak ye hehe :) 

Comments

  1. Allahu pokok ulam-ulam tu. Terasa nak amek buat ulam makan tengahari terus. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa UN hehe :) kalau dekat datang je :)

      Delete
  2. Bestnya dapat berkebun macam nie. Sue pun belakang rumah buat tanam sayur dengan ulam. Nanti nak mintak lah sikit pokok sireh tu ya Ana.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan sue, meh laa datang ambik nanti tau

      Delete
  3. Waahh! sejuk mata memandang bila tengok banyak pokok-pokok kat umah. bestnya umah ada tanah, boleh tanam banyak pokok

    ReplyDelete
  4. aida ada try tanam bawang, tak jadik! ha ha ha ha ha :)
    baru semlm alihkan beberapa pokok ke tanah dari pasu.
    sambung lagi beberapa weekend nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama lah aida, hari tu tengokkat youtube nak juga try tanam bawang tak jadi gak hehe :)

      Delete

Post a Comment