Kerabu sare' rumpai laut dari Kelantan

Pernah lah sekali ana try buat kerabu sare' ni. Tapi tak menjadi hehe 😊😊. Dia jadi keras lengkung. Rupanya salah buat. Rugi pula kan sebab sare' ni kak Ida jiran kami bagi bawa dari Kelantan. Banyak pula tu. Sejak tu serik dah nak buat kerabu sare' ni. Baiklah makan je kalau ada yang bagi atau pun belah mertua ni orang Kelantan, selalu kalau ada kenduri kahwin ada je menu kerabu sare'.


kerabu sare'


Hat ni yang cun lembut bersih putih ni, pemberian jiran ana Zura. Zura yang buat kerabu sare' ni. Malu aihh kita ni menantu ore Kelate' tapi tak pandai buat, tapi Zura ni orang negori pandailah pula buat dan menjadi. Dah memang terre masak Zura ni macam-macam menu dia try. Sare' ni Zura dapat dari Ida jiran kami juga yang dibawa dari Kelate'. Agaknya sare' ni memei dapat kat sana jer kan. Jarang dapat kat daerah lain. Kalau ada pun tak sama lah macam yang ana makan di Ikan Bakar Sempurna dulu tu lain jenisnya. Ia di panggil latuk. Latuk ni sama je dengan sare' sejenis rumpai laut juga.

Zura bagitau, sare' ni nak masaknya kena rendam 12 jam sampai lembut. Tapi sedap hat yang Zura buat ni, lembut dan bersih. Rumpai laut ni risau ada berpasir jer kan. Bahaya gak kalau di makan, takut ada kesan sampingan di masa hadapan. Zura buat kerabu ni dengan gaulkannya dengan udang, bawang dan cili padi. Tak pedas tak lah masin sangat. Sekali sekala makan tak salah lah kan, In Shaa Allah. 

Comments

  1. sedap kerabu sare ni k.ana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann cik nor kalau orang yang suka makan tu sedap sangat ni :)

      Delete
  2. dana pernah nampak orang jual kat kedai makan kelantan, atau masa time puasa memang banyak orang jual kat kedai-kedai siam...
    dana tak pernah rasa, tapi kawan-kawan opis yg org kelantan kata mmg sedap, hehehhe... dana je tak pernah cuba lagi heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia masin2 sikit dana, kalau pandai buat sedap dana :)

      Delete
  3. xprnh mkn kerabu sare.. aritu ms kwn sy kawen ade menu ni.. hehe.. tp xtry rs plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak berani nak makan ler tuew ezy yer :{

      Delete
  4. Tak pernah makan lagi kerabu sare :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti jumpa try tengok sedap ke idak pada Pya hehe :)

      Delete
  5. sedap ni. jarang dapat jumpa klau kat sini

    ReplyDelete

Post a Comment