Awal bulan Januari lepas, , minggu akhir pengajian anak-anak di kampus. Kak Long dah final paper dan adik pula dah habis sem 3. Macam biasa duk kena ke Shah Alam angkut barang anak-anak keluar dari kolej. Kak Long angkut habis dah lah berakhir pengajian degree nya , Adik pula bawa balik barang sementara cuti sem ni kena kosongkan kolej. Mudah-mudahan sem akan datang masih ada rezeki adik untuk terus tinggal di kolej kediaman agar mudah urusan pengajiannya dan jimat perbelanjaan harian. Aamiin.



Kedai makan pecal lele Padang Jawa, Shah Alam


Dah selesai semua urusan serah kunci, perut pun lapar. Shah Alam ni memang syurga tempat makan lah kan. Macam-macam menu ada, kali ini Adik ajak makan pecal lele dan ayam penyet kat Padang Jawa. Dia dah pernah makan dengan kawan-kawan nya, saja nak bawa ayah dan ibu makan sini pula. Kami ke sini dengan panduan dari Adik. Sampailah ke kedai makan Ayam Penyet Padang Jawa atau pun juga di kenali dengan nama Pecal Lele Padang Jawa.




Rupanya femes gak tempat makan ni. Ramai pengunjung datang makan di sini. Kedai makan ni dalam suasana kampung Melayu. Damai lah tak lah sesak dengan kenderaan lalu lalang dan tutut di sediakan parkir kenderaan yang agak luas. 



Sampai kaunter Adik lah yang tolong order menu. Kami bertiga nak makan pecal lele, dan Adik jerr yang order ayam bakar. Ayam penyet tak nak pula sebab dah jemu kan. Dah order menu dan air, terus bayar di kaunter. Kami ke meja makan dan kat sini nasi, kuah dan sambal kena ambil sendiri di satu sudut yang disediakan. Ada kuah lemak kuning, sup dan kari ayam. Seorang boleh ambil satu mangkuk kecil kuah dan nasi ikutlah banyak mana nak isi. Kira satu set lah kan. Ikan keli dan ayam bakar nanti ada yang akan hantar ke meja.




Bila sampai sahaja ikan lele ni, terkejut juga ana sebabnya di berikan seorang dua ekor ikan keli goreng tepung. Berbaloi sungguh dengan harga, sebab sebelum ni ana makan di foodcourt sebuah mall juga di bandaraya Shah Alam ni, punya lah kecil dan kurus ikan keli yang sampai. Harga lebih mahal dari pecal lele Padang Jawa ni. Dah lah ada pilihan kuah untuk kita ambil, ada sambal dan ulam timun dan kobisnya pun besar-besar hirisannya. Cuma tak ada tempe dan tauhu goreng seperti kebiasaan menu set pecal lele atau ayam penyet. Memang kenyang makan satu set menu pecal lele Padang Jawa ni. Harga satu set menu pecal lele Padang Jawa ni cuma RM6 sahaja. 




Kalau korang nak ke sini guna waze sahaja lah, taip Ayam Penyet Padang Jawa. Lokasinya melalui jalan masuk ke Padang Jawa, kena naik jambatan dan ia di sebelah kanan. Gerai pun bersih dan ana suka makan dalam suasana tenang walaupun ketika itu cuaca sedang panas lit-lit. Memang ramai pengunjung tetapi meja makan depa banyak. Jadi kalau teringin nak makan pecal lele berbaloi dengan harga, dihidangkan panas-panas dan garing macam keropok, maii laa ke kedai makan Ayam Penyet Padang Jawa ataupun Pecal Lele Padang Jawa, Shah Alam, ni naa. Pastilah milik orang kita yang halalan toiyiban. 

20 Comments

  1. Belum pernah lagi makan pecal lele. Tengok ni macam nak cuba lak

    ReplyDelete
  2. sedapnya terus rasa lapar ni. huhuh

    ReplyDelete
  3. pecal lele ni belum pernah makan. kat kedai orang jawa kat kampung ni, ada bakso/ayam penyet ja :D

    ReplyDelete
  4. Wow murah...RM6 siap dpt 2 ekor ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa ikut saiz ikan agaknya ujie kalau kecil dia bagi lah dua kan :)

      Delete
  5. gila murah kak, aduhai terliur lah nengok... macam best je kalau dapat cuba nih... cuma tulah macam jauh jugak nk ke shah alam semata nk cuba makan sini tp tulah shah alam mmg syurga makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiba-tiba sesat ke shah alam boleh lah singgah sini dana :)

      Delete
  6. Replies
    1. kan ummi sodap rangup lak tu makan panas2 :)

      Delete
  7. SEDAPNYA LAUK PAUK DIA TERLIUR TENGOK

    ReplyDelete
  8. Padang jawa memang terkenal dgn tempat makan sedap2 kak AJ.

    ReplyDelete