Mekar juga bunga misteri

Misterilah sangat kannn... Kisahnya macam ni, ada dua pokok yang menjadi teka-teki ana sehari dua ni bila ia mula berputik. Satu pokok bunga ros yang ana beli dari Sungai Buloh hari Ahad lepas, satu lagi putik bunga raya yang dah lama ana tanam di dalam pasu di laman rumah ni. Kisah nya berbeza tapi cerita nya sama. Ana berteka-teki tentang warna apakah dan bentuk apakah yang bakal berkembang nanti. 


putik bunga raya 

Kita mula dengan kisah bunga raya ni dulu. Pokok bunga raya dalam pasu ni ana tanam dari keratan batang yang di berikan oleh jiran kami, Lachmy. Ana pun tak tahu apakah warna bunga raya ni, bagaimanakah bentuk juga pun tak tahu. Dia bagi ana cucuk dalam pasu dah Alhamdulillah hidup dan baru beberapa hari lepas nampak dah berputik. Wahhh!! Tertanya-tanya lah juga dalam hati ni apakah warna bunga raya ni dan bagaimana pula corak atau bentuknya. 


bunga raya oren 

Bunga raya berwarna oren 


Dan.. Tadaaa!! Pagi semalam ia telah mekar berkembang dengan jayanya dan Subhanaallah... Berwarna jingga atau oren perlahan dan berbuntuk dalam lapisan kelopak bunga raya yang cantik sangat. Besar pula tu kembangnya. Cantik sungguh. Harap-harap akan banyak lagi akan berkembangan nanti, aamiin. Tambahlah koleksi pokok bunga raya ana menjadi tiga jenis dan berbeza warna sebab sebelum ni ana dah ada yang merah serta pink yang juga kelopak berlapis. 



putik bunga ros

Pastu satu lagi teka-teki tentang bunga juga kali ni bunga ros pula. Ketika ke Sungai Buloh hari tu memang nak sangat cari pokok bunga ros warna putih. Dah dua kali rasanya bulan lepas ke nursery Sungai Buloh belum lagi dapat bunga ros warna putih. Minggu lepas pergi dengan suami, nampaklah anak pokok bunga ros yang belum lagi terbuka bunganya, makna nya masih dalam putik. Sekali pandang memang nampak macam warna putih. Di sebabkan harganya cuma RM10 dan ada 4 batang pokok dalam satu pasu tu, ana pun belilah dan bawa balik dengan harapan ia adalah bunga ros putih. 




Tup Tup!! Pagi semalam bila dah mula berkembang bunganya, meleset lah tekaan ana. Pokok bunga ros ni berwarna soft pink rupanya. Dan yang paling best tu, dalam satu pasu ada dua warna pokok ros yang ana dapat. Nun sepokok tu berwarna kuning. Masyaa Allah rezeki lah kan dengan harga RM10 dapat dua warna pokok ros. 



bunga ros pink 


Cantik sangat soft pink ros ni walaupun bukan putih. Cuma ini pokok ros benih tanah tinggi atau orang panggil bunga ros Cameron Highlands, penjagaannya agak cerewet jugalah dari bunga ros kampung yang kian meninggi di halaman rumah ana ni. Bunga ros Cameron ni tak boleh terlalu terdedah pada cahaya panas dan tak boleh juga terlebih siraman airnya. Sama seperti ros merah dan ros kuning yang sebelum ni yang ana tanam masih lagi hidup dan berbunga, kena rajin lah trim setiap kali lepas berbunga agar terus hidup dan bercambah. In Shaa Allah. 


bunga ros kuning 

Beginilah hobi ana di masa lapang, kalau bukan cerita masakan, anak kucing dan pokok bunga atau kebun belakang rumah lah kisahnya. Dah kian berusia ni kan, benda-benda macam ni lah yang dijadikan hiburan dan terapi sebenarnya. Dekat dengan alam, kagum dengan kebesaran Allah swt. 

Comments

  1. keindahan bunga jadi terapi mata dan minda.

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Teringin nak tanam bunga juga tapi tula tangan ni tak pernah menjadi tanam apa pun. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa cuba jer faizza in shaa allah menjadi nanti rajin2 siram dan baja naa

      Delete
  3. Subhanallah cantik dua-dua bunga tu. Kenapa lah sy ni belum ada kerajinan nak tanam bunga macam kak Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kak ana doakan PH diberikan kerajinan berkebun bunga, aamiin:)

      Delete
  4. cantiknya kak, bunga rose tu colornya lembut je...
    bunga raya tu jenis berlapis ye kak, cantik... geram tengok hasil tanaman akak semua lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Dana cantik warna nya soft jer, bunga raya pun surprise sangat kaler jingga tu hehe

      Delete
  5. Hehehhee... misteri sangat ni k.Ana.

    Cantik color oren cair bunga kebangsaan tu. Cantik bunga ros k.Ana tu subur berkembang mesti bau wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Mrs A seronok kak ana tengok

      Delete
  6. rajinya cucuk tanam. lawa2 pula bunga yang keluar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hobi masa lapang Ummi selain blogging ni :)

      Delete
  7. Menjadi semua bunga kakna. Cantik-cantik semuanya :)

    ReplyDelete
  8. Cantiknya la bunga rose ni...
    Bunga raya tu pun cantik bila kembang....
    skrg ni dah jarang nampak bunga raya ni...
    dlu kawasan umah nieyl banyaklah sebab arwah nenek rajin tanam...

    ReplyDelete

Post a Comment