Romantika - khas buat kaki deko rumah dan bunga hiasan
Jumaat lepas, ana hantar Kak Long untuk ambil salah satu kertas final examnya di Shah Alam. Ada dua jam lah juga kena tunggu dia habis paper. Nasib baik datang dengan suami, lepas hantar Kak Long ke fakulti, kami ke Plaza Alam Sentral sebab suami cadang nak repair laptop Adik Ika yang terkupil covernya. Pusing-pusing survey kat sekitar pusat repair komputer tu, kami naik minum di medan selera aras atas sekali. Sunyi je Plaza Alam Sentral kalau bukan musim raya ni kan.
Turun dari medan selera ternampaklah Romantika. Laju je ana masuk . Memang tak ada cadang nak beli apa-apa pun. Sekadar nak ronda-ronda tengok barang-barang dekor Memang cantik-cantik lah kan kalau dah masuk Romantika ni. Bukan sekadar peminat dekorasi bertema Inggeris sahaja, pelbagai yang terkini boleh korang jumpa kat Romantika ni. Dari produk dekorasi ruang tamu, ruang makan, dapur sampailah ke bilik tidur, macam-macam ada. Pandai-pandailah nak mix and match kan dengan gaya tema hiasan dalaman masing-masing.
Ana paling berkenan hiasan lampu meja kat atas tu, kalau letak kat ruang meja makan sepasang kiri dan kanan cantik sangat kan. Tapi suami tak bagi lah pulak nak beli, sebabnya dalam rumah ana sendiri dah banyak sangat letak hiasan serta bunga-bunga ni. Sat lagi dah sama macam kedai Romantika atau Kaison pula, perli ler tu 😎😎 . Sebagai isteri yang taat, kita ikut je lah yer, tak ada lah ana beli apa-apa pun walau pun dalam hati macam ada jer yang berkenan hehe.
Romantika Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Tapi sebagai blogger ni kan, benda-benda yang best macam ni mesti rasa nak kongsikan dengan pengunjung blog. Ana snap lah beberapa sudut pameran ruang di Romantika ni kut-kut korang berkenan pi lah ke mana-mana kedai Romantika berhampiran dan cari naa. Harga kat Romantika ni masih mampu beli lah untuk kita marhein ni nak berdekorasi ruang dalaman rumah. Kualiti pun boleh tahan kalau korang pandai memilih untuk di gaya kan di ruang rumah pasti nampak mewah dan elegan. Jom cuci mata sat kat sini sambil tengok apa yang berkenan di hati.
Plag gantung-gantung dengan bunga dan buahan ni cantikkan kalau letak kat dinding bilik atau dapur. Comel lahai geram nengoknya.
Tin-tin comel ni pun buat ana geram. Sesuai untuk mereka yang suka dengan dekorasi gaya Inggeris boleh lah buat koleksi. Teringat masa ana buat reunion sekolah beberapa tahun lepas, tin-tin comel ni lah antara yang ana belikan sebagai goodies bag, bukan main suka lagi kengkawan maklumlah kami kan girls school, semua pelajar perempuan, dapat benda-benda macam ni habis hati lah kan .
Koleksi kucing-kucing tu pun comel sangat. Beg atau raga tu pun lawa kalau kita pandai gayakan dengan hiasan dalaman rumah. Ermm.. rambang mata sangat kalau masuk ke Romantika ni.
Bagi yang sedang mencari pokok hiasan dalam rumah yang bertema kan tropika, di sini pun ada banyak pilihan sama ada keladi, palma,helicornia dan sebagainya. Senang kalau pilih pokok hiasan ni tak yah siram air dah, rajin-rajinlah lap habuk ye dak .
Haa.. tuu kusyen, langsir , pinggan mangkuk, talam monstera pun semua adalah kat sini. Sebab tu ana kata tadi dari ruang tamu sampai ke dapur boleh mendeko ikut tema pilihan masing-masing. Harga pun murah-murah jer kan.
Amacam.. berbunga-bunga tak kat hati tu. Masuk sahaja ke bahagian bunga ni memang mak aii!! Lawa-lawa dan pelbagai pilihan bunga hiasan ada kat sini. Korang nak buat bunga hiasan dalam rumah ke, bunga dalam pasu ke, bunga majlis perkahwinan ke, bunga untuk hantaran ke,sini lah tempatnya. Harga murah, pelbagai jenis, pelbagai warna.. pendek kata semua adaaaa .
Pastu ada satu seksyen ni khas untuk peminat bunga orkid. Laa nii kan trend hiasan bunga orkid dalam pasu tu. Korang yang nak buat sendiri meh la cari di Romantika, semua jenis dan warna ada untuk di pilih. Harga pun dalam belasan ringgit sahaja setangkai. Cuma ia bunga orkid fabrik lah ye,bukan jenis latex. Kalau latex di lagi mahal sikit dari jenis fabrik, boleh lah ikut bajet masing-masing. Kalau pandai menggubah, mesti nampak cantik punyalah.
Okaylah kalau nak spam gambar kat sini bermuka-muka lah entri ana kali ni sebab semua nya cantik-cantik dan boleh sahaja di suai padankan dengan tema dekorasi ruang masing-masing. Kalau nak cari barang deko atau bunga hiasan, pii la kat mana-mana Romantika. Raya pun dah dekat ni, dah boleh plan awal-awal kan..
18 Comments
boleh menggila masuk sini :D hahaha
ReplyDeletehaha kann fyqah :)
Deletecantiknya
ReplyDeletekann semua cantik :)
DeleteRambang mata kalau masuk sini. 🤤🤤
ReplyDeleteTengok itu nak itu
Tengok ini nak ini
Hahahaha
Kak Ana, ruby selalu pergi kat plaza angsan punya kalau balik jb.
Tak tahu pulak ada jugak kat shah alam rupanyaaa. Alahai
kan ruby memang masuk sini payah nak jumpa jalan keluar hehe :)
Deletedana kalau ke romantika kt aeon au tuh mmmg rambang mata kak oi... semua rasa nak beli..
ReplyDeletekalau cakap kat edy nk masuk kejap je mau 30minit pun tak kuar lagi dok membelek2. semua cantik, bunga dia pun ada macam-macam harga berpatutan sangat...
tu laa dia Dana, boleh sesat duk dalam tu :)
Deletealahaiiii ini kalau sy masuk konfem tak jumpa jalan keluar dah ni. haduhhhhhh pokok-pokok tuuuuuu~
ReplyDeletehaha sama lah kita ana boleh geng ni :)
Deletesebelah opis i kak oi..hahahah memang naya hahah
ReplyDeletehaha kan teringat kolin masa kak ana pii sini hari tu :0
Deletebagi yang rajin mendeko memang boleh `hilang pedoman' masuk tempat macam ni. Rambang mata jadinya. Cantik-cantik semuanya, hargapun berpatutan.
ReplyDeletehaah azi sampai tak tahu sebenarnya nak letak tang mana beli je dulu hehe :)
DeleteRomantika ni salah satu tempat yang nieyl suka pergi kalau tetibe nak cari barang deko rumah...
ReplyDeletecantik-cantik semuanya...yang penting duit nya hehehehe
kira murah lah lagi kan nieyl kalau compare dengan kedai deko hat lain tu :)
Deleteaida ni ahli Romantika.
ReplyDeleteada je benda nak beli.
alas kaki. langsir aida pun di Romantika.
harga ok,berpatutan.
kann aida ada member lagi lah special tu :)
Delete