Buntu dah fikir nak masak apa untuk sarapan pagi ? Tak pun tak ada idea nak masak apa untuk bekalan anak ke sekolah? Dah macam iklan la pula.. Tak kisah lah, hari ini ana nak share dengan korang satu resepi mudah tapi sedap di makan bersama keluarga dan kanak-kanak pun pasti menyukainya, In Shaa Allah. 

Apalah yang special sangat tu ana weii, roti sosej je pun hehe :) Tapi roti sosej ana buat ni special sebab dia ada taburan telur atas tu. Kira mengambil inspirasi dari menu coneydog A&W tu, cuma hat ni kita buatkannya sempoi, buh sahaja telur hancur atau scrambled egg gantikan mince meat yang ada pada coneydog tu. Haa!! Pepagi ye tak, masa terhad sangat nak masak beriya bagai, kita sajikan menu yang simple, tapi sedap dan mengenyangkan. 




Roti sosej telur hancur




Roti tu ana beli sahaja bun hotdog sebab tak pandai lah nak buat roti sendiri. Kalau korang yang pandai buat homemade roti tu bestlah kan. 

Bahan-bahan roti sosej telur hancur


Roti hotdog
Sosej - di goreng atau rebus ikutlah citarasa masing-masing
2 biji telur rasakankan garam di dadar dan hancurkan ( scrambled egg )
Margerin
Tomato dan timun di hiris halus , gaul dan sapukan mayo
Sos cili atau tomato ikut selera masing-masing

Cara buat roti sosej telur hancur 


1. Belah kan roti dibahagian tengah, sapukan margerin.

2. Letakkan sayur dan mayo dibahagian paling bawah,

3. Alaskan dengan sebatang sosej goreng. Kalau nak letak sos pada sosej ni boleh sahaja ikut selera masing-masing kan.

4. Akhir sekali letakkan telur hancur di bahagian paling atas, limpahkan sos. 




Cara dalam video tu mudah lah nak ikut, jangan lupa subscribe naa 😊😊 Siap dah roti sosej bertelur kita. Mudah ya amat kan. Boleh lah korang nak belah dua ke, nak ngap terus macam tu okay jerr. Selamat mencuba lah ye. Kita bertukar-tukar idea masakan sahaja sebenarnya walaupun menu tu simple dan mudah kalau tak ada idea tak jadi juga kan. Balik-balik menu yang sama, nanti anak-anak complain pulak :) 

16 Comments

  1. Memang kegemaran anak-anak ni K.Ana heheehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann mrs a, anak2 suka makan roti sosej ni :)

      Delete
  2. menyelerakan betul la kak ana...

    p/s : jemput join giveaway nieyl https://seindahcerita.blogspot.com/2020/01/giveaway-bersama-nieyl.html

    ReplyDelete
  3. Nanti Kakak balik cuti boleh lah buat nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Betul tu Ana, wpun simple tapi kalau takde idea..mmg buntu jugak. Bagus share gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah ujie kita kongsi2 idea je sebenarnya :)

      Delete
  5. walaupun simple compom sedap nih, kenyang pun iya jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayyan suka tak dana , nanti ajak ayyan buat naa :0

      Delete
  6. saya suka macam ni tapi anak2 tak suka. haha :D

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. kacang jer ni alisa pun boleh buat mommy weii :)

      Delete
  8. tq tq tq...
    ada idea nak buat pe utk anak2 sarapan sok pagi.
    terasa sgt sedap ni.
    sosej. telur gitu tu. wow!

    ReplyDelete