Roti sosej special idea sarapan pagi yang sedap
Buntu dah fikir nak masak apa untuk sarapan pagi ? Tak pun tak ada idea nak masak apa untuk bekalan anak ke sekolah? Dah macam iklan la pula.. Tak kisah lah, hari ini ana nak share dengan korang satu resepi mudah tapi sedap di makan bersama keluarga dan kanak-kanak pun pasti menyukainya, In Shaa Allah.
Apalah yang special sangat tu ana weii, roti sosej je pun hehe :) Tapi roti sosej ana buat ni special sebab dia ada taburan telur atas tu. Kira mengambil inspirasi dari menu coneydog A&W tu, cuma hat ni kita buatkannya sempoi, buh sahaja telur hancur atau scrambled egg gantikan mince meat yang ada pada coneydog tu. Haa!! Pepagi ye tak, masa terhad sangat nak masak beriya bagai, kita sajikan menu yang simple, tapi sedap dan mengenyangkan.
Roti sosej telur hancur
Roti tu ana beli sahaja bun hotdog sebab tak pandai lah nak buat roti sendiri. Kalau korang yang pandai buat homemade roti tu bestlah kan.
Bahan-bahan roti sosej telur hancur
Roti hotdog
Sosej - di goreng atau rebus ikutlah citarasa masing-masing
2 biji telur rasakankan garam di dadar dan hancurkan ( scrambled egg )
Margerin
Tomato dan timun di hiris halus , gaul dan sapukan mayo
Sos cili atau tomato ikut selera masing-masing
Cara buat roti sosej telur hancur
1. Belah kan roti dibahagian tengah, sapukan margerin.
2. Letakkan sayur dan mayo dibahagian paling bawah,
3. Alaskan dengan sebatang sosej goreng. Kalau nak letak sos pada sosej ni boleh sahaja ikut selera masing-masing kan.
4. Akhir sekali letakkan telur hancur di bahagian paling atas, limpahkan sos.
Cara dalam video tu mudah lah nak ikut, jangan lupa subscribe naa 😊😊 Siap dah roti sosej bertelur kita. Mudah ya amat kan. Boleh lah korang nak belah dua ke, nak ngap terus macam tu okay jerr. Selamat mencuba lah ye. Kita bertukar-tukar idea masakan sahaja sebenarnya walaupun menu tu simple dan mudah kalau tak ada idea tak jadi juga kan. Balik-balik menu yang sama, nanti anak-anak complain pulak :)
16 Comments
Memang kegemaran anak-anak ni K.Ana heheehe...
ReplyDeletekann mrs a, anak2 suka makan roti sosej ni :)
Deletemenyelerakan betul la kak ana...
ReplyDeletep/s : jemput join giveaway nieyl https://seindahcerita.blogspot.com/2020/01/giveaway-bersama-nieyl.html
in shaa allah nanti kak ana join niely :)
DeleteNanti Kakak balik cuti boleh lah buat nie.. hehehe..
ReplyDeletejomm ajak kakak buat sue :)
DeleteBetul tu Ana, wpun simple tapi kalau takde idea..mmg buntu jugak. Bagus share gini.
ReplyDeletetu lah ujie kita kongsi2 idea je sebenarnya :)
Deletewalaupun simple compom sedap nih, kenyang pun iya jugak
ReplyDeleteayyan suka tak dana , nanti ajak ayyan buat naa :0
Deletesaya suka macam ni tapi anak2 tak suka. haha :D
ReplyDeletelaa ye ke UN hehe :)
Deletekak nanti buat bagi aku hehehehe
ReplyDeletekacang jer ni alisa pun boleh buat mommy weii :)
Deletetq tq tq...
ReplyDeleteada idea nak buat pe utk anak2 sarapan sok pagi.
terasa sgt sedap ni.
sosej. telur gitu tu. wow!
yeay!!! sukaaa sukaa :)
Delete