Mencari homestay di Teluk Intan ?
Nak buat apa homestay kat Teluk Intan, kalau dah memang kampung halaman sendiri 😎😎 Eh!! Copp!! Bukan ana nak cari homestay , tapi kut kut lah ada yang sedang mencari homestay di Teluk Intan, apa kata korang baca entri kali ini. Haa!! Nindiaa!! Ana ada sebuah homestay yang cantik, cozy dan selesa bertaraf lima bintang untuk korang stay seisi keluarga kalau ada urusan di Teluk Intan ni.
Walaupun Teluk Intan bukanlah destinasi pelacungan utama, tapi tetap ada tarikan dan mercu tandanya, tak lain tak bukan Menara Condong kami tu lah. Sekarang ni kalau ada urusan melibatkan keluarga, pasti kita akan memilih untuk menyewa homestay daripada menginap di hotel. Banyak jimatnya dan jauh lebih selesa bila berada di bawah satu bumbung. Contoh kalau ada urusan pertunangan, majlis perkahwinan, graduasi dan sebagainya, di Teluk Intan, korang bolehlah sewa The Premier Homestay, Teluk Intan ni.
The Premier Homestay, Teluk Intan |
The Premier Homestay, Teluk Intan
The Premier Homestay, Teluk Intan merupakan sebuah rumah teres setingkat yang terletak di Taman Desa Bahagia, Teluk Intan. Kira-kiranya tak jauh lah dari pusat bandar Teluk Intan sahaja hanya 6 km sahaja dan 4 km daripada Hospital Daerah Teluk Intan. Sekitarnya pula terdapat institusi pengajian tinggi yang utama di sini seperti cawangan kampus fakulti perubatan UiTM, UKM dan Kolej Komuniti. Kalau nak ziarah anak ke, hantar masuk pengajian ke dekat lah kalau stay sini.
Dilengkapi 3 bilik tidur yang mempunyai 3 katil queen dan 1 katil single , kan selesa sangat dah tu nak sewa seisi keluarga. Ketiga-tiga bilik juga dilengkapi penghawa dingin, idak ler hangat memalam kata komer.. 😊😊. Sebuah sofa bed juga di letakkan di ruang tamu. Kelengkapan dapur pun serba moden dan lengkap, kalau teringin nak masak udang galah yang masyur di Teluk Intan ni,boleh sangat yong 😉😉 Pi jer ke pasar semua keperluan ada di jual kalau rajin bolehlah masak, kalau malas singgah je restoran udang galah di beberapa lokasi di pekan Teluk Intan, nun.
Lupa pula nak tunjuk betapa cozy dan modennya dekorasi ruang tamu The Premier Homestay Teluk Intan. Ana minat sungguh dengan tatarias gaya moden kontemporari dengan perabot kayu serta sentuhan soft touch gaya Scandinavian sedikit di sudut tertentu. Cukup mendamaikan pandangan dan pasti kita dapat mendiaminya dengan selesa, In Shaa Allah.
Cozy kan, menarik sangat. Jadi kalau korang tercari-cari homestaydi Teluk Intan,pastikan booking awal The Premier Homestay Teluk Intan ni awal-awal kerana selalunya fully booked kalau hujung minggu atau peak season, cuti umum atau cuti sekolah misalnya. Di bawah ini ana senaraikan semula serba sedikit info lengkap untuk rujukan yang berminat. Kalau onzzz cepat-cepat klik link di bawah dan book naa!!
THE PREMIER HOMESTAY | TELUK INTAN
🏡 Rumah Teres 1 tingkat
🏡 Lokasi di Taman Desa Bahagia, Teluk Intan, Perak.
Homestay dilengkapi dengan perabot moden, bersih dan selesa untuk tujuan percutian, menghadiri majlis perkahwinan, menghadiri kursus / seminar jabatan dan sebagainya.
🚗 Berdekatan dengan:
✅6km ke bandar Teluk Intan
✅4km ke Hospital Besar Teluk Intan/Kolej Komuniti/Kampus Perubatan Uitm dan UKM
✅2km ke Dewan Kampung Bahagia
✅500m ke Speed Mart/ Petrol Station
🏡Kemudahan yang disediakan :-
🛌 3 bilik tidur ( 3 bilik katil Queen + 1 katil single )
🚿 3 bilik Air
❄ 3 Bilik Aircond
🌞 Hot Shower
📺 Televisyen
❄ Kipas Syiling
❄ Peti Sejuk
🍽 Meja Makan
🍚 Microwave Oven
🍚 Periuk Nasi
👕 Sterika & iron board
👕 Mesin basuh
🛋 Sofa bed di ruang tamu
✅ Check in: 3.00 petang, Check out: 12.00 tengahari
✅ Harga Penginapan : RM280/Jumaat-Sabtu, RM250/ Ahad-Khamis
💰Harga boleh dirunding jika menginap lebih dari 2 malam.
💵 Security deposit RM100 bagi pengesahan booking.
👍 Laman Facebook : https://m.facebook.com/thepremierhomestaytelukintan
☎ Untuk Tempahan sila hubungi : 0195744261 atau 0195530223
Whatsapp : ( Klik Sini 👉 ) https://www.wasap.my/60195744261
6 Comments
masa nieyl pergi teluk Intan last year...
ReplyDeletestay dkt hotel bajet je..hehehe...klu tahu ada homestay cantik mcm ni...boleh try la nanti kalau ke sana...cantik , bersih...
haah nieyl mana tahu akan datang ada nak ke teluk intan lagi boleh search homestay ni kay :)
Deletesimple n menarik homestay nih.. selalu wak x tdo teluk intan..: p
ReplyDeleteowh wak balik hari jer ye :)
DeleteSaya dan keluarga bercadang nak ke Teluk Intan pada 16/12/2022 (Jumaat). Masih kosong lagikah homestay berkenaan?
ReplyDeleteCikgu sila hubungi nombor yang saya serta dalam entri di atas untuk keterangan lanjut atau ke FB mereka ya..
Delete