Pokok pasu yang sesuai di ruang teduh

Selalu ana post gambar-gambar pokok bunga rose dan pokok bunga warna-warni di halaman ataupun pokok di kebun belakang rumah jer kan. Hari ini nak share dengan korang pokok-pokok hijau yang ana letakkan di ruang porch , parkir kereta berbumbung di hadapan rumah ni. Tak banyak pasu pun sebab ruang yang agak terhad, kereta lagi nak masuk kan, dapat lima enam pasu jer. 

Ana pilih pokok-pokok berdaun hijau sahaja untuk ruang berbumbung ni sebab kalau letak pokok berbunga tak berapa nak menjadi sebab pokok berbunga ni memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Pokok-pokok berdaun hijau ni lebih sesuai dan ana juga pilih pokok yang tak gugur daunnya. Kalau jenis yang gugur daun tu, jenuh lah nak menyapu laman setiap masa, yer tak 😊😊

Pokok pasu yang sesuai di dalam ruang teduh


pokok keladi dieffenbachia


Ini sejenis pokok keladi, kalau ikut nama nya pokok keladi dieffenbachia , tapi kalau kita selalu panggil pokok keladi jer lah kan. Daunnya besar-besar celorek hijau putih. Ada orang panggil pokok keladi askar hehe :) Pokok ni ada berbagai variasi corak juga, tapi di fahamkan pokok keladi ni sejenis yang beracun. Jadi kalau korang ada anak kecil tu seeloknya elakkanlah menanamnya. Mana lah tahu mudarat pada kanak-kanak kan. Kalau dulu pun mak ana tak bagi main dengan daun pokok-pokok keladi hiasan ni sebab kalau terkena getahnya, mak kata nanti gatal-gatal. Maknanya dulu lagi mak dah tahu pokok ni beracun kan. 




pokok calathea


Hat ni sepasu pemberian jiran ana, Kak Gee sebelum dia pindah hari tu. Sejenis pokok calathea . Bukan keladi tapi berdaun kecil-kecil, permukaan daun yang licin dan mudah membiak. Ada pelbagai juga versi pokok calathea ni , ada jenis yang daun lurus panjang dan yang ni ia bujur. Saiz seperti daun sirih tu. Ana letakkan di dalam pasu kecil dahulu, nanti dah biak bolehlah alihkan ke pasu kedua, In Shaa Allah. 


Paku Suplir 


Inilah pokok paku kesayangan ana, sebab mak yang bagi dan benihnya ana ambil dari kampung. Kami panggil paku angin sahaja sebab kalau di tiup angin memang cantik daun-daunnya beralun manja gituew. Bila ana cari di internet nama nya ialah pokok Paku Suplir (Adiantum capillus – veneris) . Jenuh nak sebut ye tak. Dari satu pasu, Alhamdulillah dah berjaya biak kan empat pasu dan satu dah bagi kat kawan blogger ana, Sue Kabdy.  Ana letakkannya di atas para sebaris 3 pasu supaya cantik di tiup angin bayu. 


pokok kipas - fountain palm tree


Pokok palma ni juga lama dah ana tanam cuma ia tak membesar sebab ana tanam dalam pasu . Kalau tanam atas tanah mau besar pokok kipas ni kan. Sejenis palma ni senang je nak jaga, tapi ia berduri di batangnya kena hati-hati. Daun pun tak cepat layu dan kering. Sesuai di letakkan di ruang sudut yang luas sebab daunnya bersaiz besar dan mengembang. Nama nya di internet ialah fountain palm tree kita senang panggil pokok kipas sahaja sebab bentuk daunnya macam kipas ye tak hehe :)


pokok daun semun , bird nest fern


Ini pula pokok parasit yang selalunya menumpang kat dahan-dahan pokok besar seperti pokok sawit. Ada yang panggil pokok langsuir , tapi namanya pokok daun semun ataupun bird nest fern juga sejenis paku pakis. Mudah sangat tanam dan dah membesar lebar dah pokok nya. Tak perlu siram selalu pun dia okay je, ye lah kan kalau duk atas pokok dalam hutan tu, macam mana nak dapatkan bekalan air . Ada juga yang takut dengan pokok ni duk dekat rumah, tapi ia cuma sekadar pokok ciptaan Tuhan, tak ada apa-apa pun dengan nya cuma sering dikaitkan dengan elemen seram , tu lah banyak sangat tonton cite seram kan hehe :0

Ada lah juga pokok palma lain di ruang parkir kami ni tak ambil gambarnya. Pokok-pokok ni kalau nak letak di ruang porch kita perlu alas lah pasu tu supaya bila jirus airnya tak lah keluar membasahkan lantai. Pilih juga dari jenis yang tak gugur daunnya kalau tak bersepahlah lantai kena sapu selalu. Hiasilah ruang mengikut citarasa dan minat masing-masing, cuma bagi ana memang suka dengan tanaman hiasan berdaun hijau ni di porch kerana memberikan satu pandangan yang menyejukkan dan kehijauan yang mendamaikan, Alhamdulillah.

Pokok pasu yang sesuai di ruang teduh Pokok pasu yang sesuai di ruang teduh Reviewed by Ana Jingga on February 11, 2020 Rating: 5

12 comments:

  1. Cantik..saya ada memelihara bunga jenis daun ini

    ReplyDelete
  2. tangan ko menjadi pokok ye kak..gemuk gemuk pokok

    ReplyDelete
  3. cantik semua pokok akak tanam kat ruang depan akak, dana suka pokok paku suplir tuh... susah nk jumpa kat nursery... pakkal jauh kalau dekat dana tanpa malu minta beli benihnya kt akak

    ReplyDelete
  4. Suka tengok pokok paku suplir tu kak Ana.

    ReplyDelete
  5. cantik kak ana.. Dilah skrg ni pun baru berjinak2 nak tanam pokok2 daun hijau ni.. baru beli beberapa jenis pokok.. rasa terapi bila tengok pokok2 ni kan..

    ReplyDelete
  6. Allahu. sangat cantik. sejuk mata memandang ^_^

    ReplyDelete
  7. Sejuk tangan kak ana tanam apa pun menjadi. Sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  8. Paku supir tu cantiklah Kak Ana 😍

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kak ana...bila la nak ada pokok bunga kat rumah SA ni...

    ReplyDelete
  10. mak saya sukala tanam2 ni tapi tak menurun kat anak dia..
    kalo kena siram pokok bunga tu adoi liat sngt rasa..

    ehehe.. tapi cantik je bila rumah penuh tumbuh-tuumbuhan..
    nak jaga je malas =P

    ReplyDelete
  11. melaka kemarau. pokok2 aida byk yg kering.
    dah le air di catu. nak siram pokok pun x dpt. sekali sehari jer, AJ.
    sgt suka bila laman kita menghijau, kan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.