Ana ni bab masak daging tu tak berapa mahir sangat walau pun dah tak berapa nak muda lagi dah nii.. Selalu failed bila masak tak berapa lembut daging nya. Tak pandai potong lah agaknya kan, sebab tu rumah ni jarang masak menu daging. Tapi kalau dapat daging segar, elok lah pula kejadiannya. Atau mungkin juga sebelum ni hat yang masak tak lembut tu sebab daging ais kut yer 😊😊 Haha !! Duk cari salah daging pulak kan, cakap je lah tak pandai masak kan senang. 

Walaupun kita ni suri rumah sepenuh masa, bukan semua bab kita terre naa.. Lain orang lain kelebihan yang Allah swt kurniakan, kerana kita hambaNya tidak akan pernah sempurna. Tapi minggu lepas, ana masak daging black pepper ni, elok je hasilnya. Daging empuk lembut dan rasa pun sedap. Alhamdulillah. Resepi ni inspirasi dari Khairulaming lah, bila suami layan video beliau, terus request suh masak. Sebagai isteri mithali , cewahh!! Ana pun beli 500 gram daging dan masak lah mengikut resepi Khairulaming tapi olah semula dengan cara kita sendiri. 



daging black pepper



Resepi daging black pepper mudah


Bahan-bahan :

Daging - dipotong nipis dan kecil
Sos black pepper 
Sos tiram 
Kicap manis
Sos seasoning 
Bawang merah - di tumbuk 
Bawang putih - ditumbuk 
Lada hitam - di tumbuk kasar
Bawang holland - hiris
Capsicum - hiris besar
Garam
Air bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis 

Cara masak daging black pepper 

- Perap hirisan daging bersama sos tiram, kicap manis, sos black pepper, seasoning dalam setengah jam. 
- Masukkan garam dan lada hitam yang di tumbuk kasar tadi.
- Panaskan minyak, masukkan perapan daging dan masak hingga kering air perapan dengan api perlahan. Masukkan baki air perapan tadi untuk melembutkan daging.
- Masukkan bahan tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kacau sebati. 
- Masukkan bawang holland dan capsicum . 
- Untuk kuah pekat, masukkan air bancuhan tepung jagung dan rasa lah garam secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk hidangan.

Untuk tutorial video , layan je di youtube bawah ni, jangan lupa subscribe untuk resepi masakan marhein naa 😉😉



26 Comments

  1. Nieyl pun suka masak daging mcm ni..sedap makan ngan nasi panas...

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik la kak Ana...cuma SA sekarang kena stop dulu makan daging sebab platelet darah tinggi skit...x tau la apa kaitan ngan daging merah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga kesihatan dulu SA,nanti boleh lah makan kay :

      Delete
  3. sy pon xreti masak.. lg la kalo sruh masak daging mmg lgsg xjd.. haha..
    sedapnya daging blackpepper..
    mkn ngn nasi panas2.. bertambah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba ezy lama-lama okay lah kan hehe :)

      Delete
  4. Memang handal memasak...syukur nikmat makanan

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa nampak kak Ana, okay next time boleh try buat :)

    ReplyDelete
  6. akak msak apa pun i makan tau...so sila bagi i makan sikit hahaha

    ReplyDelete
  7. Salahkan daging ya hehehee mentang-mentang daging tak boleh menjawab eh!
    Nampak menarik kejadian daging black pepper k.Ana tu.
    Itulah Mrs. A kalau masak daging risau tak empuk tu yang rebus dulu k.Ana.
    Teringat pulak lunch semalam baharu makan daging black pepper ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rebus hilang pula manisnya kan Mrs A :)

      Delete
  8. Sedapnya kak Ana.. kesukaan sha nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha suka makan daging black pepper rupanya :)

      Delete
  9. saya sukaaaa tapi prefer yang kering sket..
    ada kuah sikit2 ja.. tpi kat kg ni ramai x suka blackpepper..
    anak2 buah x suka sbb pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kak ana suka basah2 lembut sikit nak kunyah hehe :)

      Delete