Alhamdulillah Adik Ika sempat berada di rumah sebelum penguatkuasaan PKP ini di laksanakan. Sesuatu hikmah yang dapat kita ambil dari musibah ini adalah seisi keluarga dapat meluangkan masa bersama di rumah. Kami mematuhi PKP dengan tinggal di dalam rumah dan hanya keluar untuk membeli bahan makanan sahaja itupun selang beberapa hari. 




Tiba-tiba viral pula lah pelbagai resepi di media sosial sebagai aktiviti mengisi masa lapang sekeluarga di rumah. Salah satunya Dalgona Coffee yang dikatakan sejenis minuman kopi dari Korea. Apa lagi kalau bab Korea ni, Adik Ika laju nak cuba buat sendiri. Dua kali dia cuba, satu cara dengan menggunakan whisk dan satu lagi guna mixer. Hat yang guna whisk tu hampir 20 minit juga lah nak pukul sampai kembang kopi tu, kali kedua Adik gunakan mixer. Cepatlah sikit kejadiannya. 

So kalau korang nak try buat sendiri dalgona coffee ni ana share kan di sini resepi dan cara buat Dalgona Coffee cara Adik Ika. 


Cara buat dalgona coffee

Bahan-bahan untuk 1 gelas dalgona coffee :

2 sudu instant coffee / nescafe 
2 sudu gula 
2 sudu air panas
susu segar
ais kiub

Cara buat dalgona coffee ni korang tengok sahaja di youtube video di bawah : 



Senang jerr kan. Jadi kalau nak cuba tu boleh lah . Nisbah kan 1:1:1 pada setiap bahan jika nak gandakan buat banyak-banyak. Contoh kalau 3 sudu coffee : 3 sudu gula : 3 sudu air panas. Selamat mencuba 😊😊