Speechless ...adorable... itulah yang dapat di gambarkan ketika ana melangkah masuk ke OKAD Space Event lebih kurang jam 7 malam 14 Mac 2020 yang lalu. Menerima jemputan untuk majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai Mukhriz & Shieka. Pasangan pengantin baharu ini meraikan tetamu jemputan mereka dalam sebuah majlis romantik malam itu bertemakan 'Fairy Tales'.




Dan kami yang hadir bagaikan dalam sebuah taman bunga yang mewah di dalam dewan kerana setiap sudut dan ruang di hias indah dengan dekorasi bunga-bungaan putih di temani ribuan rama-rama yang berterbangan di sana sini. Inilah dia impian perkahwinan yang pasti di idam-idamkan oleh setiap pasangan yang menuju mahligai impian cinta abadi. 





OKAD Event Space , Bukit Jelutong,  Shah Alam 


OKAD itulah lokasi di mana berlangsung majlis resepsi perkahwinan Muhkriz dan Shieka yang ingin ana kongsikan dengan pembaca semua, khasnya bagi mereka yang sedang mencari venue untuk sebarang majlis yang bakal di raikan. Tak kiralah sama ada majlis pertunangan, akad nikah, resepsi perkahwinan, cukur jambul, aqiqah, corporate event, seminar atau apa sahaja inilah pilihan yang cukup sempurna. 



Kenapa OKAD adalah pilihan yang sesuai dan istimewa pada ana ialah kerana pastilah lokasinya. Mudah nak sampai ke sini, terletak hampir dengan susur keluar Bukit Jelutong, Shah Alam dari laluan lebuhraya Guthrie, Federal Highway atau NKVE. Tak perlu masuk bandaraya Shah Alam yang sesak tu, lokasi berhampiran Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, di kawasan yang cukup luas,tenang dan ruang parkir kereta yang banyak dan percuma. Itu lah sebab utama yang ana rasa menjadi keutamaan tuan punya majlis dan para tetamu yang bakal hadir. 




OKAD membawa maksud Oasis Kasih dan Damai, cukup sesuai di gambarkan bagaikan sebuah oasis yang penuh kasih sayang dan memberi kedamaian buat tuan rumah bersama tetamu yang bakal hadir meraikan majlis istimewa. Majlis malam itu sendiri telah memberikan sebuah kenangan yang cukup indah buat ana dan tetamu lain yang hadir. Tak tergambar dengan kata-kata, ianya amat cantik, elegan dan mewah. 



Walaupun sampai agak awal, masuk sahaja waktu Maghrib, ana ke surau yang berada di aras 1 bangunan. Alhamdulillah OKAD juga terdapat sebuah surau yang luas, bersih dan selesa untuk lelaki dan wanita. Jadi boleh lah kita menunaikan solat disini sementara menanti majlis bermula. 




Andai kata terdapat keluarga yang memerlukan penginapan untuk hadir ke majlis yang bakal berlangsung, di sekitar OKAD ini terdapatnya kemudahan homestay Airbnb . Dah tak perlu risau dah kan, homestay berhampiran dewan majlis yang bakal berlangsung. 




Kerana begitu terkasima dengan keindahan dekorasi ruang dalaman majlis malam itu, tak sedar banyak sungguh foto-foto yang ana ambil sepanjang majlis resepsi. Rugi kalau tak share dengan korang, jadi marilah kita sama-sama lihat sendiri betapa indahnya dekorasi majlis perkahwinan bertema Fairy Tales ni dari ruang luar dewan, laluan masuk, pelamin, meja makan beradap, meja tetamu hinggalah ke wedding souvenir sangat-sangat menepati tema bagaikan puteri khayalan fantasi kisah dongeng Fairy Tales story. So lovely...


dekorasi di luar OKAD event space

OKAD event space menawarkan beberapa tawaran pakej majlis perkahwinan terdiri daripada Wedding Package ( Buffet-Gold) - 500 & 1000 pax, ( Buffet silver ) 500 & 1000 pax, ( Buffet Bronze ) 500 & 1000 pax pada harga antara RM 23,900 - RM 34,900 . Harga yang sangat mampu dan berbaloi dengan majlis malahan pakej yang lengkap, In Shaa Allah. Dan terdapat tawaran harga promosi sehingga 30 Mac 2020. Jadi kalau dah berkenan tu, cepat-cepatlah hubungi: 

Untuk tempahan dewan dan pakej boleh hubungi

Az 012-686 4515

Hamidah 017-735 0117

Majidah 017-650 3436


Antara yang melengkapi pakej promosi yang di berikan adalah seperti : 

PAKEJ PROMOSI:

✅ Dewan berhawa dingin
✅ Bilik persiapan pengantin
✅ Catering
✅ Pramusaji beruniform
✅ Pelamin berhias
✅ Meja beradab berhias
✅ PA System
✅ Parking yang luas
✅ Perkhidmatan RELA
✅ Wedding coordinator
✅ Kad Kahwin
✅ Kek Tiga Tingkat
✅ Tempat Penginapan di hotel 5 bintang




📍OKAD EVENT SPACE.
LOKASI
No. 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor


Berikut adalah vendor yang terlibat dalam menyempurnakan majlis Raikan Cinta Mukhriz & Shieka malam itu , bukan calang-calang malahan adalah antara yang terbaik dan berpengalaman di dalam bidang masing-masing. 



Deco & Planner by Myj by Nabies

Instagram @myj_by_nabies









Dress by Myj By Nabies

Instagram : @myj_by_nabies



Make-up by Nurul Shukor

Instagram : @nurulshukor_official @queenxenddra_




Card Printing by GoodMAN PRINTING

Instagram : @th3goodman




Video & Photography by Kuppifilm

Instagram :@kuppifilm






Catering oleh zai seri gemilang

Instagram@zai.srigemilang












Selawat pengantin oleh

Instagram : @mh.hanafi




Live band oleh 
Instagram : @lerumbaofficial




Lighting oleh

Instagram : @warisanstudio_

Sekali lagi ana recommended pada mereka yang sedang merancang majlis keraian agar usyaa-usyaa lah ke Facebook dan Instagram OKAD Event Space di pautan dibawah : 

Facebook : OKAD Event Space

Instagram : OKAD Event Space

12 Comments