Ketika negara sedang melalui ujian berat wabak Covid-19 ini , pasti akan memberikan kesan ekonomi dan kewangan kepada kita rakyat Malaysia dan pelbagai sektor yang terpaksa melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha untuk menghapuskan virus ini dari terus merebak. Sebagai salah satu langkah mengurangkan beban rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa ahli Kumpulan  Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ,  daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020. Pencarum dijangka menerima wang pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP melalui akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.




Melalui kemudahan pengeluaran i-Lestari ini, pencarum mendapat kemudahan untuk membuat pengeluaran dari akaun 2 KWSP akibat dari kesan penularan COVID-19. Pencarum KWSP yang berumur di bawah 55 tahun layak untuk membuat pendaftaran dan pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP sehingga RM500 sebulan. Pengeluaran i-Lestari akaun 2 KWSP adalah dihadkan untuk tempoh pengeluaran selama 12 bulan. Setiap pengeluaran i-Lestari akaun 2 akan dikreditkan terus ke akaun bank pencarum.

Ana pasti ramai di antara kita mempunyai pelbagai persoalan tentang Pengeluaran i-Lestari ini dan ana berikan di bawah ini soal jawab yang mungkin dapat merungkaikan persoalan yang timbul . 

SOALAN LAZIM ASAS PENGELUARAN i-LESTARI KWSP





1.  Bilakah tarikh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari?
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.


2.   Apakah konsep am Pengeluaran i-Lestari?

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

a) Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
b) Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
c) Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (b)

Ilustrasi:

a) Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
b) Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
c) Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.


3.   Apakah kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.

a. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
b. Berumur di bawah 55 tahun; dan
c. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2


4.   Bilakah tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

5.   Berapakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.


6.   Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.


7.   Bagaimanakah cara penghantaran borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:

a) Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
b) Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
c) Secara hantaran pos kepada alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan, 
46720 Petaling Jaya  
(UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat


Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.


Rujukan sumber dan butiran lebih lanjut sila layari ke https://www.kwsp.gov.my/ms/-/basic-faq-i-lestari-withdrawal

Semoga bermanfaat , In Shaa Allah..

9 Comments

  1. Nak kena mohon ni. Sebab nak bayar sewa rumah. Semoga ada rezeki untuk kita nanti

    ReplyDelete
  2. ala, kena tunggu tempoh PKP habis lah. Baru boleh ke kiosk mesin. Tak apalah.. asalkan boleh keluarkan akaun 2. Hihihi.. terima kasih info ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat permohonan secara online Ina lagi mudah

      Delete
  3. salah satu inisiatif kerajaan untuk kurangkan beban rakyat. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Wak takde akaun KWSP
    Ada KWSS aje (Kumpulan Wang Simpanan Sendiri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bagus juga tu Wak boleh jer guna tak payah apply2 dah :)

      Delete