Dua hari lepas ana tertanya-tanya apakah nama pokok bunga yang ana ambil gambarnya dari laman wancu di kampung Teluk Intan beberapa bulan lepas. Puas lah google dengan pelbagai keywords dan clue tak jumpa jawapannya sehingga terbitlah entri ini Apakah nama pokok bunga misteri ini ?  Namun selepas ana terbitkannya dan kongsikan pautan di Group Kelab Peminat Bunga di FB, terjawablah persoalan dari ahli-ahli kelab yang arif tentang bunga ni. 


Credit photo : By Alcasardasevil 


Rupa-rupanya, pokok bunga ni namanya ialah bunga mercun. Ermm..lojik lah kan. Bila kita tengok secara gambaran bagaikan percikan bunga api dan mercun pula merah-merah, halus-halus tu bunga apinya dan daun-daun tu bagaikan percikan mercun. Bijak sungguh orang kita dalam memberi nama gelaran pada pokok-pokok ni. Dan hasil carian di wikipedia bunga mercun ini namanya saintifiknya adalah Russelia equisetiformis . Dan dalam bahasa Inggeris juga namanya ada kaitan dengan mercun iaitu firecracker plant, atau ada juga yang memanggil sebagai coral plant, coral fountain, coralblow dan fountain plant. Tuuu diaa aiihh!! Macam-macam nama dia kan. 


credit photo By Meneerke bloem

Dan setakad ni hanya dua warna ni sahaja yang ana jumpa depan mata. Tak pastilah kalau ada warna-warna lain. Macam tu lah kalau kita ingin kan sesuatu jawapan carilah dari saluran yang betul, In Shaa Allah kita pasti akan dapat jawapan yang tepat dan benar. Terima kasih ahli Kelab Peminat Bunga dan sama-sama kita pelajari sesuatu yang baharu hari ini. 


10 Comments

  1. CANTIK BUNGA NI PERNAH TENGUK ADA JIRAN TANAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah banyak-banyak nampak cantik sangat kan PI :)

      Delete
  2. patutlah bunganya pun nampak macam mercun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Arz sebiji macm mercun bergantung time CNY tu hehe :)

      Delete
  3. Replies
    1. sama lah wak dapat dh jawapan yang di cari-cari sebelum ini :)

      Delete
  4. Baru hari ni tau. Thanks share. Orang kalau dah minat memang beria research ye kak ana. Hehe. Takpelah, janji happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sal, selagi tak dapat jawapan tak puas hati kak ana hehe :)

      Delete