Terpandang satu foto menunjukkan alat-alat masak yang di perbuat dari tanah liat di sebuah perkongsian Facebook sangat lah menggamit nostalgia silam. Kembali untuk throwback kisah zaman kanak-kanak kami di kampung dahulu. Masa kecil-kecil, ini lah dia antara permainan ana bersama sepupu dan mak-mak saudara. Main tanah liat . Mungkin pada sesetengah orang sekarang ni geli dan kotor tapi alhamdulillah kami main, elok sihat tak ada pula berkudis kulit atau sebagainya. Allah swt Maha Bijak dalam mengatur perjalanan kehidupan amat Ehsan pada hamba-hambaNya. 



Masa tu, kawasan belakang rumah kami ni ada tanah liat . Selalunya kalau abah atau bapa saudara gali tanah atau nak tanam pokok ke, dapatlah kami main tanah liat ni. Bukannya pandai korek sendiri, kecil lah lagi kan. Dapat selonggok tu, kami pun kerumun lah dan buat lah bentuk-bentuk macam kat gambar tu. Ada yang buat pasu, periuk siap bertutup tu, mangkuk, cawan, pinggan dan macam-macam lagi. Dah siap bentuk walaupun tak lah cantik mana, herot penyot jer, kami jemur kat panas bagi kering.

Dah kering boleh lah main masak-masak dengan periuk belanga yang kami buat tu. Saja lah nak tunjuk kreativiti konon, pada hal ada sahaja mainan masak-masak plastik yang mak abah belikan. Inilah dia anak kampung macam kami waktu itu, suka meneroka alam semulajadi di persekitaran. Mainan pun nak buat sendiri, gitu.

Ana main pun dengan sepupu dan mak saudara yang tak lah jauh sangat perbezaan usia. Mak saudara ni lah yang sifu nya ajar buat macam-macam mainan. Seronok sangat bila dikenang semula. Dah siap pinggan mangkuk tanah liat tu, pergi lah petik bunga-bunga di laman mak dan opah. Boleh lah masak. Bunga raya jadi ayam, daun bunga raya tu pula jadikan duit konon-konon nak membeli barang. Ikut saiz, daun besar tu RM10, sederhana RM5 dan kecil RM1. Daun pokok duit-duit tu kami petik jadi kan duit syiling pula. Allahu..




Ada sahaja kreativiti nak main. Segala pokok kami petik dan jadikan sayur. Teringat kat depan rumah arwah opah tu ada pokok bunga warna kuning kerinting-kerinting , haa  bunga tu kami jadikan mee segera. Hehe 😏😏 Inilah kisah anak kampung, semuanya dengan kreativiti dan alam semulajadi, yang penting dapat main. Tanah liat pun jadi bahan explorasi kami. Sekarang ni boleh juga anak-anak bermain tanah liat cuma kena lah beli plastersin atau play doh yang dah siap warna warni tu...Bagus sebenarnya main play doh atau plastersin ni, dapat merangsang kreativiti anak-anak secara fizikal tidak lah cuma imaginasi dengan gadget sahaja kan.. Biar dia orang berkreativiti dengan tangan dan idea, kan baik tu..

20 Comments

  1. Dulu puas PC main tanah liat asli ni kak Ana..lagi-lagi bila ada orang gali parit,lebarkan paritkan...ada tanah liatnya..wahhh nikmat.Babah ambilkan isi dalam baldi kecil..babah pergi kerja PC dengan mama duduk bawah poko manggis buatlah macam-macam..lesunglah..ubat nyamuklah..ularlah..hehehehe.Lepas tu barulah babah belikan yang warna warni tu..sampai satu masa entah macam mana main-main..PC tertidur,habis tanah liat warna warni tu lekat kat rambut..indahnya saat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah itulah kreativiti kita masa kecil kan PC bermain dengan alam

      Delete
  2. timm pun sempat merasa zaman ni, arwah ayah buat pondok atas pokok rambutan pulak, lagi seronok main masak-masak. kdg2 makan pun atas tu, pkat2 bawaklah makanan dari rumah mkn potluck..

    ReplyDelete
  3. zaman dulu main gini juga..la ni anak2 kalau balik kg un bagi je main tanah kat kg. di bandar, main tanah liat..feel tak sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau ada peluang kita beri lah pada anak-anak pula menikmatinya UN :)

      Delete
  4. anak2 dulu kreatif skali permainan mrk semua nk dibuat main heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PI bila buat sendiri tu habis hati dah seronok ya amat :)

      Delete
  5. Zaman nieyl dulu kita main tanah liat yg warna warni tu je..

    ReplyDelete
  6. anak fara pun suka main clay ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peredaran masa kan Fara, bagus sebenarnya biarkan anak2 kita berkreativiti secara fizikal macam permainan clay ni

      Delete
  7. skrg anak2 main komputer layan youtube je hari2.. mak kannns

    ReplyDelete
  8. Sekarang mainan alat2 masak ni pakai plastik aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah masa anak2 kecil pun depa main mainan plastik ni penuh berbakul beli kan macam2 kn :)

      Delete
  9. zaman dulu seronok keliling rumah sedara mara. anak merayau pn xkisah.. skrg aduh anak nak pergi kedai pn risau

    ReplyDelete
  10. mama dulu pun mcm tu gak la. tapi kat shah alam ni mcm susah je nak cari tanah liat

    ReplyDelete