Ramadan tiba.. 🎶🎶Ramadan tiba..🎶🎶 Alhamdulillah masih diberikanNya kita menyambut kedatangan Ramadan kali ini dan dah pun masuk hari ke 7 hari ini. Walaupun masih dalam PKP dengan suasana yang amat berbeza, namun kemeriahan nya tetap kita raikan. Bila bercakap tentang Ramadan dan bakal menjelangnya Aidil Fitri, pastilah buah kurma menjadi keutamaan kita dalam apa sahaja sajian makanan. Khas buat kanak-kanak kali ini Jack & Jill NIPS menampilkan NIPS Kurma Edisi Khas untuk di nikmati sepanjang Ramadan dan menjelangnya Aidil Fitri nanti. Ana sendiri dah rasa, sedap semanis kurma inti NIPS edisi terhad ni. Korang pun boleh cuba dapatkannya di pasaran sekarang. 






Jack ‘n Jill NIPS memperkenalkan NIPS Kurma hebat sebagai edisi khas Hari Raya.





Jack ‘n Jill NIPS meraikan semangat perpaduan yang dikongsi bersama dengan perisa baharu edisi khas yang begitu sesuai bagi sambutan Hari Raya ini. Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan tahun ini dengan rasa coklat berperisa kurma lazat, disalut dengan kolongsong manis berwarna-warni. Alami kehebatan gabungan rasa karamel manis dan kurma bersama coklat yang kaya setiap kali anda menikmati kehebatan berbilang warna ini. 

Pastinya, sambutan Hari Raya anda kali ini penuh dengan sensasi hebat bersamanya. Keenakan rasa kurma menambah lagi kelazatan kekayaan coklat susu yang tentunya sukar dilupakan. Kemeriahan yang diberikannya umpama sebuah pesta – dengan lapisan rangupyang penuh dengan kelazatan coklat dan kehebatan rasa buah. 



Dengan versi kurma ini, kini terdapat lima variasi Jack ‘n Jill NIPS dengan empat perisa sebelumnya terdiri daripada pilihan kesukaan ramai: Kacang, Kismis, Kacang dan Kismis, serta Cookies & Crème. Kempen yang diberi nama We’re All In Eid Together #EidWithNIPS telah melancarkan edisi baharu Jack ‘n Jill NIPS ini. “Memang mustahil untuk tidak memberikan perhatian terhadap wabak penyakit yang kini melanda seluruh dunia. Kami berharap NIPS Kurma dapat sedikit sebanyak meredakan perasaan resah serta mewarnakan waktu yang suram ini. Kami sememangnya inginkan semua pelanggan-pelanggan kami terus meraikan saat-saat gembira bersama yang tersayang sambil bergabung tenaga menangani wabak penyakit ini,” ujar Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura.

“Dengan NIPS Kurma, kami ingin membawa kembali kemeriahan serta gelak ketawa kepada masyarakat, apa lagi menjelang Hari Raya ini. Hubungan mesra harus terus terjalin – tak kiralah jika hanya menerusi panggilan telefon atau melalui aktiviti yang boleh dikongsi bersama – sewaktu detik penjarakkan social ini. Kami harap kempen NIPS Kurma ini akan membawa kembali saat-saat indah yang sebelum ini dikongsi bersama bagi menguatkan lagi jalinan mesra yang akan membantu semua mengatasi segalanya,” kata Puno.

Coklat memang begitu sesuai dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga untuk menyambut Hari Raya dan juga sewaktu bulan Ramadhan. NIPS Kurma sesuai sekali dihidangkan sebagai penghujung manis setiap hidangan perayaan ataupun selepas berbuka puasa. Memang sesuai jika ianya dikongsi bersama dengan semua yang makan semeja.

“Kami sangat teruja kerana telah berjaya untuk menambah variasi NIPS serta mampu memberikan masyarakat Islam di Malaysia sesuatu yang unik untuk menyambut kemeriahan perayaan ini. Kami ingin memberikan perisa yang akan menambah lagi kelazatan coklat dan juga berkaitan kepada sambutan Hari Raya. Dengan ini, saya rasa kami telah berjaya mencari rasa buah yang secocok dengan perayaan yang akan menjelang, untuk digandingkan dengan coklat yang akan memberikan kepuasan kepada pelanggan kami.”

Perisa terbaharu ini kini berada di pasaran – untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Jack ‘n Jill NIPS. Di musim perayaan ini, tambahan lagi kemeriahan Hari Raya dengan Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu. Ceriakan hari anda dengan warna dan kegembiraan yang diberikannya. Nikmatilahsaat-saat mesra bersama mereka yang tersayang dengan kemanisan rasa Jack ‘n Jill NIPS


14 Comments

  1. Macam sedap ja flavour kurma ni. Tak pernah lagi nampak kat kedai. Kena pi cari ni nanti hehe.

    ReplyDelete
  2. Wow. Ada versi kurma. Menarik..

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah nanti kak ana join ejulz :)

      Delete
  3. Sedap ni , kita dah makan dah, biasa makan kacang, ini kali kurma, sedap lagi jenis kurma..

    ReplyDelete
  4. wow nips kurma mesti rasa mcm kismis

    ReplyDelete
  5. hah, nak cari jgk dekat pasaraya, tapi terlupa aih!

    ReplyDelete
  6. I really sweet foods like chocolates :)

    --- GoWellspring
    https://go-wellspring.com/

    ReplyDelete
  7. Penggemar coklat pasti cari ni..

    ReplyDelete