Jom buat aiskrim goreng bersama anak-anak
Anak-anak masih di rumah sepanjang PKP ni kan, apa kata meh ajak depa buat aiskrim goreng sama-sama. Seronok juga kan tak payah masak-masak buat beku kan pastu goreng beberapa saat dah boleh di makan. Rasa dia ?? Rasa dia macam makan aiskrim di dalam roti garing di luar. Tapi sekali hadap selesailah ye..
Ni Kak Long yang buat aiskrim goreng ni, sebab dia dah boring . Aiskrim ada dalam fridge, roti pun ada terhasillah aiskrim goreng ni buat kudapan petang. Kalau nak try meh tengok resepinya di bawah ni. Ajak anak-anak buat pasti seronok.
Cara buat aiskrim goreng
Bahan-bahannya :
Roti - 1 set aiskrim perlukan 2 keping roti
Aiskrim - ikutlah nak aiskrim apa citarasa masing-masing
Minyak untuk menggoreng
Cara buat aiskrim goreng :
Boleh tengok sahaja di youtube kat atas tu cara nak buat aiskrim goreng ni ataupun ikut step-step di bawah ni :
- Letakkan satu scoop aiskrim di tengah-tengah sekeping roti.
- Tangkupkan sekeping roti lagi.
- Guna kan cawan atau gelas plastik, tekap rapat-rapat dan twistkan sehingga terpotong bulat.
- Isi dalam freezer dan bekukan sekurang-kurangnya 1 jam .
- Panaskan minyak dan goreng seketul demi seketul dalam minyak panas untuk beberapa saat sahaja.
- Toskan minyak dan sedia untuk di nikmati.
Ianya sedap panas garing di luar dan sejuk aiskrim di bahagian dalamnya. Selamat mencuba..
6 Comments
Kena pasti kan tak cari di dalam.
ReplyDeletecair eh NA, hehe sebab tu goreng beberapa saat je untuk garingkan kulit roti tu sahaja :)
DeleteSedap tu, boleh buat juadah buka puasa.
ReplyDeletejom buat sama2 anak2 NM :)
DeleteSelamat menjalani ibadah puasa ya
ReplyDeleteterima kasih etuza :)
Delete