Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di mana negara kita sedang di uji dengan wabak Covid-19 ini, satu nama yang cukup gah di mata rakyat Malaysia yang majoriti ternanti-nanti kemunculan nya di laman-laman sosial  setiap hari antara jam 5:00 - 5:30 petang adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia tak lain tak bukan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Tanya siapa sahaja di waktu ini pasti mengenali beliau yang saban hari menyampaikan laporan terkini kes jangkitan Covid-19 . Setiap hari bagaikan satu debaran menunggu apakah laporan terkini yang bakal di sampaikan, berapa banyak kes yang telah sembuh, berapa ramai pula kes pesakit yang positif baharu dan juga berapa pula mereka yang telah meninggal dunia pada hari ini ? 

Hari-hari yang di lalui, kita sendiri dapat melihat betapa penat dan letih wajah beliau selagi pendamic ini belum reda. Bukan satu galasan tanggung-jawab yang mudah untuk di pikul dalam mempastikan keberkesanan dan langkah-langkah pengawalan, penyembuhan dan seribu satu perkara berkait yang harus di tangani dan di hadapi oleh beliau bersama barisan hadapan KKM seluruhnya. Setiap hari harus menjawab pelbagai soalan dari media untuk di sampaikan kepada rakyat seluruhnya. Inilah dia 'hero' negara waktu ini yang mengetuai pasukan KKM dalam berjuang melawan dan merawat wabak Covid-19. 





Semalam 21hb April 2020 adalah hari ulang tahun kelahiran beliau, di mana majoriti rakyat Malaysia telah menyampai ucapan selamat hari lahir dalam pelbagai cara termasuk ucapan ketika sidang media di Live FB KKM jam 5:30 petang. Meriah sangat dan kami semua rakyat Malaysia amat berterima kasih kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah atas segala usaha yang di jalankan. Selamat hari lahir Datuk dan semoga sentiasa di dalam lindungan dan dikurniakan pahala yang berpanjangan buat Datuk dan seluruh pasukan KKM. Marilah kita kenali dengan lebih dekat serba sedikit biodata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang ana perolehi dari pelbagai sumber di internet. 

Biodata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah




Dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 21 April 1963, Dr Noor Hisham Abdullah mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988. Dr Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney Australia.

Beliau merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004. Selain itu, Dr. Noor Hisham juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.




Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Pada Ogos 2017, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) untuk lima tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.


Anugerah

Kesatria Mangku Negara (K.M.N) – 5 Jun 2004
Panglima Jasa Negara (P.J.N.) – 2 Jun 2007
Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) – 17 Mei 2010
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) – 17 Mei 2013
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.) – 26 Ogos 2013
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – 5 April 2014
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 – Hospital Kuala Lumpur  (HKL)
Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 -Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)


Kelulusan

Medical Doctor M.D (UKM) – 1988
Master of Surgery M.S (UKM) – 1994
Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997
Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998
Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) – 2004
Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008

Lantikan Khas

Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong – 2008
Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo – 2010
British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010
23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan – 2011
Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011
13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012
Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur – 2012
General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012
Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012
Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013




Begitulah hebat nya seorang insan di dalam bidang perubatan yang waktu ini merupakan kesayangan rakyat Malaysia. Penampilan beliau amat mencerminkan keperibadiannya yang nampak tenang dan setiap kali memulakan sidang media dengan lafaz Bismillah .. Terima kasih Datuk Dr Noor Hisham dan In Shaa Allah semoga usaha kita semua ini, doa dari hamba-hambaNya yang tak pernah putus akan membuahkan hasil kemenangan kita dalam melawan wabak Covid-19 ini , pergilah jauh-jauh dari bumi Allah swt agar kami dapat kembali kepada kehidupan yang normal dan berpeluang beribadat dan memohon keampunan dan keredhaanMu.. Aamiin Ya Rabb.

kredit sumber & rujukan : https://denaihati.com/biodata-dato-dr-noor-hisham-bin-abdullah

15 Comments

  1. Tinggi pengetahuan Datuk Dr Noor Hisham ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat pakar dalam bidang perubatan kan Atul

      Delete
  2. Saya jadi confius mula-mula tu, ingatakan doktor nie yg menteri kesihatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha setiap hari muncul kan NM melaporkan kes harian

      Delete
  3. SANAH HELWAH DATUK DR NOOR HISHAM MOGA SUKSES DUNIA AKHIRAT SIHAT SEJAHTERA SELALU

    ReplyDelete
  4. Mula mula ingat dr hisham nie menteri... Patut lantik beliau jadi menteri kesihatan.. Saya suka👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. beliau DG yang amat luas pengalamannya kan

      Delete
  5. Replies
    1. betul , besar tanggung jawab yang di galasnya

      Delete
  6. Replies
    1. hari-hari bertugas kan nampak penat di wajahnya

      Delete
  7. dah femes hero kita nan satu ni.. moga diberi kesihatan yang baik buat beliau..

    ReplyDelete