Rasem ni sejenis masakan tradisional kaum India. Ana pun makan rasem ni ketika berpantang semasa melahirkan kedua-dua orang anak. Mak yang masakkan rasem kata mak untuk panaskan badan ketika berpantang. Masa tu tu bukannya ada intenet macam sekarang ni, jadi apa sahaja pantang larang berpantang kami ikutkan sahaja lah. Nak-nak lagi yang jaga arwah opah ana, yang merupakan seorang bidan kampung. Merasa lah pengalaman berpantang dengan bertungku, bertangas, minum jamu , berbarut dan sebagainya. Makan pun menu yang di benarkan sahaja. Tapi Alhamdulillah, masih bertenaga, sihat dan slim lah sampai hari ini, hehe 😉😉





Mak selalu masakkan rasem ni sebagai kuah untuk makan dengan ikan bakar atau ikan goreng. Bahan rempah dan lada hitamnya untuk memanaskan badan bak kata mak lah kan. Dan sekarang pun mak rajin juga masak rasem ni sekali sekala tukar selera. Dan inilah pula kali pertama ana try masak rasem ni selepas adik sepupu Eja share kat group whatsapp kami. Terus teringin nak masak minta lah resepinya kat Eja, dia pun dapat dari internet juga katanya. Bila dah siap masak, yess!! Sama lah rasa macam mak masak tu,kira lulus lah kan. Jadi kalau korang nak cuba atau tercari-cari resepi rasem atau rasam, meh lah try cara yang ana masak ni. Mudah sangat rupanya..

Resepi dan cara masak rasem 




Bahan-bahan masak rasem 


Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam
Jintan manis
Cili kering -jika suka 
Daun kari
Tomato
Air asam jawa
Garam

Cara masak rasem 



Cara masak rasem ni korang boleh tengok kat youtube di atas tu. Mudah sangat. Tapi ana kongsikan juga lah langkah-langkah mudahnya di sini. 

1. Basuh dan tumbuk kan ladam hitam bersama jintan manis.

2. Tumbukkan juga bawang merah dan bawang putih. 

3. Campurkan kedua-dua bahan di atas ke dalam air asam jawa, gaul sebati

4. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari bersama cili kering ( jika suka ). Ana tak letak cili kering dalam masakan ni. 

5. Masukkan bahan yang di bancuh tadi bersama tomato yang di potong kecil. Kacau sehingga mendidih.

6. Rasakan dengan garam secukupnya, siap untuk hidangan.

Rasem ni rasa dia ada masam-masam pedas lada hitam dan kuat rasa jintan manisnya. Sedap juga sebagai hirupan. Selamat mencuba .