Tahun ni rasa macam dah hilang segala mood untuk merayakan Aidil Fitri dengan ujian yang sedang kita alami ini. Namun sebagai memenuhi tuntutanNya, hari raya tetap akan di rayakan cuma dalam suasana yang jauh berbeza. Untuk kami sekeluarga ni nampak gayanya, akan beraya berempat sahaja lah di rumah. Semoga akan tabah lah kita semua dalam menempuhi ujian ini. 

Dalam menjalani norma baharu kehidupan kita, banyak urusan terpaksa di lakukan secara dalam talian, termasuklah pembayaran zakat fitrah . Suami ana dua hari lepas, selesai membuat bayaran zakat secara online di Laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) . Boleh klik di --> https://fitrah.zakat.com.my/






Cara membayar zakat fitrah online 


Semua kiraan dan isi lah jumlah tanggunggan ada di serta di laman puatan di atas. Mudahkan ikut sahaja langkah demi langkah yang di berikan. Lain negeri mungkin lain cara dan sistemnya. Namun pasti ianya sama sahaja cuma perkiraan dan jumlah bayaran sahaja yang berbeza. Langkah-langkah mudah adalah seperti di bawah : 

1. Selepas masuk ke pautan di atas, isi kan butiran peribadi yang diperlukan termasuk lah bilangan tanggungan dan sebagainya. Untuk kami sekeluarga termasuk emak dan abah adalah sebanyak RM42 . 

2. Selepas Itu masuk ke lagkah kedua iaitu  Ruangan Kaedah Pembayaran samada Melalui FPX ( Perbankan Internet) Atau Kad Kredit / Debit Islamik . Buatlah pilihan pembayaran yang ingin di buat. Suami ana memilih Perbankan Internet .





3. Sampai step ini , jangan lupa bacakan AKAD ZAKAT yang terpapar di ruang yang tertera dan teruskan proses pembayaran melalui perbankan internet yang di pilih. 




4. Bila selesai kita menerima notifikasi dari bank dan bayaran zakat di telefon, boleh lah cetak resit rasmi dan simpan. Selesai lah urusan pembayaran zakat fitrah tahun ini yang suami lakukan secara online. Ana di fahamkan juga, masih terdapat pembukaan kaunter zakat di beberapa lokasi dan juga masjid, tetapi dalam pengamalan norma baharu kehidupan pasca Covid19 ni, ada beberapa prosedur yang perlu di patuhi. 

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak info bagi mereka yang sedang tercari-cari bagaimana ingin membayar zakat fitrah MAIWP khasnya secara online kerana ana yakin, ada antara kita yang pertama kali akan melakukan transaksi ini. 

7 Comments

  1. Replies
    1. untuk PKP ni mudah dah kan :) kalau kembali normal nanti lebih selesa kita ke kaunter amil kan :)

      Delete
  2. Lum bayar zakat lagi. Bayar online tampak lagi mudah :)

    ReplyDelete
  3. Norma baru, bayar zakat pun cara baru. Ayah saya bertugas sebagai amil pun hanya ke surau seminģgu sekali. Golongan warga emas masih pilih cara lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah SAL ada juga kaunter Amil di buka di sekitar Selangor KL ni mengikut SOP

      Delete