Terhasilnya biskut florentine ni bukanlah untuk juadah hari raya nanti. Anak-anak nak buat kudapan di rumah masa PKP ni haa. Mood Raya memang tahun ni tak hadir lagi nampaknya apatah lagi pengumuman terkini yang masih dalam PKPB dilanjutkan sebulan lagi. Makin hari hati makin risau memikirkan mak ayah di kampung. Hanya mampu berdoa sahaja agar mereka sentiasa di dalam lindungan Allah swt setiap waktu dan ketika. Bukan kami sahaja yang 'down', mak dan abah dah mula terasa kesedihannya. Mereka bukan sihat di tambah dengan tekanan emosi bakal beraya tanpa anak cucu pasti akan terkesan juga pastinya. Begitu lah jiwa ini bila berbicara pasal raya tahun ni. 1 Syawal bakal di sambut dalam situasi yang pasti sedih dan pilu, meraikan kemenangan berpuasa selama sebulan sebagai tuntutan agama, cukup itu sahaja lah Syawal 1441H bagi kami sekeluarga.

Kembali pada resepi biskut florentine ni, ana beli bahan-bahannya di bakeri beberapa minggu lepas dan hasil kerja anak-anak dapatlah dua kali tray bakar di oven. Senang ya amat pun nak buat biskut ni. Cuma gaul dan bakar selama 10 minit sahaja cuma perlukan bahan yang cukup. Dan untuk biskut florentine ni, bahan-bahannya tak murah ye, anak-anak. Modal ana beli bahan-bahan nya sahaja dalam RM35 . Tapi dapatlah dua kali buat sebab tepung Florenta ni berharga RM16.50 untuk 500g tapi adunan hanya menggunakan 100g, boleh lah simpan, nanti top up kekacang tu boleh buat lagi di lain kali, In Shaa Allah. 




Resepi dan Cara buat Biskut Florentine 


Bahan-Bahan Biskut Florentine (Crunchy Caramel Almond Cookies):

50gm Kuaci

50gm Kuaci Biji Labu

100gm Badam Keping

100gm Tepung Florenta

10gm Bijan Hitam





Cara-cara buat biskut florentine :


Ratakan kuaci, kuaci biji labu dan badam keping ke dalam loyang dan bakar selama 5 minit pada suhu 160°c.
.
Masukkan tepung florenta dan bijan hitam ke dalam loyang tadi. Gaul dan ratakan semula ke dalam loyang. Bakar selama 10 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 160°c.
.
Keluarkan daripada oven dan terus potong mengikut saiz yang dikehendaki semasa panas untuk mendapatkan potongan yang cantik.
.
Boleh tambah tepung florenta jika suka lebih manis.
.
Gunakan loyang yang besar (14 inci atau lebih) untuk dapatkan biskut yang nipis dan lebih rangup. Boleh juga bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian jika menggunakan loyang kecil.
.
Gunakan non-stick pan ataupun parchment paper atau baking paper untuk membakar supaya tidak melekat.
.
Renggangkan biskut daripada baking paper semasa memotong supaya kertas tidak melekat pada biskut apabila sudah sejuk.

Pastikan biskut dipotong semasa panas 

Korang boleh sahaja kenal jenis-jenis kekacang dan cara buat biskut florentine ni di video di bawah : 



14 Comments

  1. Memang senang, beli je bahan Florentine ni. Macam bahan sedia ada (instant mix)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan NA cuma nak bakar je tak payah adun2 dah :)

      Delete
  2. sedap ni... boleh lupa diri bila makan hehehe

    ReplyDelete
  3. Sedap biskut florentine ni. Bahan-bahannya rangup berlemak!

    ReplyDelete
  4. member kerja baru share dia buat biskut ni tadi
    sedapnya lah hai

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap biskut ni..mewah dengan kekacang..

    ReplyDelete
  6. sedap banyak kekacang rangup tu

    ReplyDelete
  7. sedap ni, AJ. kekacang tu sgt rangup. manis-manis nyer.
    aida x pernah buat. tapi tiap thn mesti beli 2 balang, member buat.
    hmmmm tak sempat hidang, AJ. selamat utk makan sendiri aje :)
    mahal sebab kekacang tu bukan murah, kan.
    tapi kalu buat sendiri, muai la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya aida ni pun kak ana dua kali buat nak sampai ke raya :)

      Delete