Pokok bayam brazil pemberian sahabat blogger Sue Kabdy hari tu dah membiak dengan jayanya, Alhamdulillah. Hingga hari ini dah ada 3 pasu dah berjaya ana biak kan. Sebelum ni ana buat ulam sahaja, kemudian tuaian kedua ana tumis dengan sos tiram dan kali ketiga ni atas cadangan kawan sekolah ana, Suzana, ana try buat kerabu. Lepas carian di internet ada macam-macam resepi kerabu bayam brazil di kongsikan. Jadi untuk mengikut citarasa dan bahan yang ada di dapur ni, ana olahkan menjadi satu resepi kerabu bayam brazil yang sedap ya amat lah pada ana ni. 


Resepi kerabu bayam brazil




Resepi kerabu bayam brazil




Bahan-bahan kerabu bayam brazil 

Pucuk bayam brazil - petik sehelai-sehelai dan hiris kecil-kecil supaya mudah lah nak makan nanti. 
Kelapa parut
Bawang merah
Cili merah
Belacan - ana suka bakar terlebih dahulu
Telur masin - ikut suka tak buh pun tak apa boleh gantikan dengan udang kering 
Taugeh 
Garam
Gula
Hirisan limau nipis

Cara buat kerabu bayam brazil 



Boleh tengok cara di video di atas atau ikuti langkah-langkah di bawah ni.

- Tumbuk bawang merah dan cili merah. Masukkan belacan sedikit sahaja.

- Masukkan telur masin ke dalam lesung dan lenyet-lenyetkan sahaja. 

- Di dalam mangkuk besar, gaulkan bayam brazil, taugeh dan bahan tumbuk tadi bersama kepala parut. 

- Rasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk di hidang kan.

- Letakkan hirisan limau nipis bila nak makan bolehlah perahkan jus limau nipis. 

Sedap korang, makan dengan nasi dan ikan bakar.. Allahu. Nikmat yang di syukuri sangat dapat menikmati menu  makanan kampung macam ni. 

20 Comments

  1. Xpernah mkn lagi bayam brazil ni, ramai pulak share pakat2 makan bayam ni..hihi

    ReplyDelete
  2. biasa masak dalam sayur tak pernah lagi buat kerabu, menarik jugak untuk dicuba ni kak... ada juga memetik pucuk bayam brazil semangkuk semalam

    ReplyDelete
  3. NAMPAK SEDAP KERABU BAYAM

    ReplyDelete
  4. mak saya baru bagi saya satu pasu.harap dapat membiak dengan jayanya...wah mcm mcm boleh buat rupanya..haaa nnti nk cuba pula kerabu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa allah AD senang je nak membiak pokok bayam brazil ni :)

      Delete
  5. CH tak pernah makan Bayam Brazil ni Anna.. sedapnya CH tengok..

    ReplyDelete
  6. OMG bookmarked. nak buat niiiiii

    ReplyDelete
  7. Nampak macam sedapppp.
    Mak saya biasanya dia buat goreng ja.
    Boleh la suruh dia cuba lepasni hehe.

    ReplyDelete
  8. minta izin copy and buat ni, boleh?
    aida bym brazil 2 pasu. alhamdulillah.
    tak sempat up kan resepi / menu je kat blog, AJ.
    tak sempat!
    pantang member share resepi, cecepat buat.
    if tak dituai bayam brazil tu, nanti tua, tak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah aida betul tu kalau tak petik dia tua dan keras dah tak sedap kan :)

      Delete