Dalam menjalani norma kehidupan baharu pasca Covid19 ini pelbagai SOP di kaji dan dilaksanakan untuk mempastikan penyebaran wabak dapat di kurangkan malahan besar harapan kita semua untuk memutuskan terus rantaian wabak Covid19 ini, Aamiin. Salah satu yang sedang di implimentasi kan khasnya dalam pengesan pengunjung ke premis-premis perniagaan adalah merekodkan nama dan nombor telefon pelanggan. Dengan ini sekiranya terjadinya satu-satu penularan mudah untuk pihak berwajib menghubungi kita semula.

Ada beberapa lokasi premis masih menggunakan kaedah merekodkan data pengunjung secara manual dan kebanyakannya pula telah pun menggunakan pengimbas QR Code. Pada ana sendiri adalah lebih selamat dan mudah serta pantas dengan menggunakan imbasan QR Code Bar ni kerana akan mengurangkan risiko tercemarnya tangan. Bayangkan untuk merekodkan data di buku, pasti ramai yang telah pun menggunakan pen yang disediakan di premis, ada kebimbangan juga di situ. Macam ana sendiri, akan pastikan bawa pen sendiri di dalam beg sekiranya perlu menulis, ana akan gunakan pen sendiri dan bawa juga sanitizer sendiri. 




Apikasi Pengimbas QR Code Bar


Tetapi bila premis menggunakan imbasan QR Code adalah lebih cepat, contactless dan mudah. Seperti di Tesco dan juga Ikea yang ana kunjungi baru-baru ini, di tampalkan kertas cetakan QR Code Bar premis di sepanjang barisan pintu masuk. Jadi sambil berbaris kita terus scan dan sampai pintu masuk hanya perlu tunjukkan panel paparan data sahaja. Tak perlu menulis malahan proses juga lebih cepat. 

Bagi yang memiliki telefon pintar terkini dari pelbagai jenama, mudah sangat kerana pengimbas atau scanner QR Code telah sedia ada di telefon masing-masing. Untuk model yang tak berapa baharu pula korang jangan lah risau , pengimbas QR Code ini dah sedia ada di aplikasi Facebook dan juga Twitter. Haa! Mesti majoriti kita ada akuan FB atau Twitter kan, gunakan sahaja pengimbas QR Code dari FB atau Twitter. Bagi yang tak belum tahu, meh ana nak tunjukkan di mana letaknya dan cara menggunakan pengimbas QR Code di Facebook atau Twitter.


Pengimbas QR Code dengan Facebook 




Buka sahaja lah akaun Facebook korang, pada timeline tu, korang klik pada logo kanta atau tab ( search ). Sebelah atas kanan ruang search tu kan ada QR Code Scanner atau pengimbas QR Code Bar, klik sahaja pada icon tu adalah pengimbasnya keluar. Haa.. hala kan sahaja pada QR Code bar premis mana yang korang nak masuk, isi kan butiran kalau pertama kali nak masuk dan keluarlah paparan status aktif di skrin. Tunjuk kan sahaja pada pengawal atau pekerja yang bertugas, selesai. 

QR Code Scanner di Twitter 







Selain Facebook pengimbas QR Code juga ada pada aplikasi Twitter. Di bahagian profile lihat di bahagian paling bawah belah kanan seperti foto di atas, jumpa lah pengimbas QR Code yang boleh korang gunakan untuk merekod data untuk masuk ke mana-mana premis yang mempunyai QR Code bar sendiri. Sama lah kaedahnya dengan di FB.

Pengimbas QR Code Selangkah 




Untuk warga Selangor dan Lembah Kelang pula boleh juga menggunakan aplikasi Selangkah pengimbas QR Code. Muat turun atau download sahaja secara percuma di telefon pintar masing-masing dan gunakanlah seperti di atas. Sama sahaja caranya. Aplikasi ini percuma kerana korang perlu berhati-hati dalam memilih aplikasi pengimbas QR Code ni kerana ada juga beberapa aplikasi yang menggenakan bayaran, ada yang tempoh percubaan sahaja percuma lepas tu dah kena bayar. Yang tak best ada juga aplikasi QR Code Scanner yang keluar iklan setiap kali nak guna, kan leceh tu. Baca dulu tau sebelum download. Atau pun guna sahaja lah cara yang ana dah kongsikan di sini, In Shaa Allah selamat dan percuma sahaja. Semoga bermanfaat .