Lama juga lah ana tak jengok kebun belakang rumah, sejak dua menjak ni hujan petang-petang. Rumput pun mula lah naik. Dah lama tak merumput. Selalu ana turun belakang rumah ni dalam pukul 6 petang , musim hujan-hujan ni apa lagi nyamuk banyak pula mengganggu konsentrasi berkebun, gituew. Jenuh juga libas-libas nak halau nyamuk, musim denggi ni cuak juga lah kan. Cuma ana pastikan, tak ada bekas bertakung air sekitar kebun. Longkang pun Alhamdulillah, ada sahaja rutin pembersihan longkang oleh kontarktor yang dilantik pihak berkuasa tempatan. Aliran longkang sentiasa lancar. 

Cuma ada beberapa semak samun di bahagian rumah jiran-jiran yang terbiar. Jadi kat situlah agaknya banyak nyamuk bila pokok-pokok yang tak di bersihkan. Nak buat macam mana, janji kita bersihkan bahagian ruang rumah kita sahaja lah kan. Ana dan suami memang tak boleh pandang semak-samun. Rumput naik pun dah mula tak sedap mata memandang. Kalau boleh nak nampak licin je keliling rumah tanpa semak samun. 




Petang tu sambil merumput , sambil di ganggu nyamuk siap berdesing-desing bunyi nyamuk bernyanyi . Mujur juga berkebun pakai tudung, tak lah risau nyamuk masuk telinga ye tak, hehe . Ana terpandang lah beberapa sarang telur kat luar rumah. Ana teringat mak saudara ana pernah share tips dia halau nyamuk kat kampung kalau cucu-cucunya bermain di laman. Haa... Wancu akan bakar sarang telur dan biarkan berasap. Bila ia berasap, nyamuk pun hilang. 

Cara halau nyamuk




Ana pun bakarlah sudut sarang telur tu, dah nyala dalam satu ruang telur, ana padamkan apinya. Berasaplah sarang telur tu. Letakkan berdekatan tempat yang nak kita buat kerja merumput. Alhamdulillah, hilang lesap nyamuk-nyamuk yang tadi bernyanyi-nyanyi kat telinga tadi. Lega ... Dapatlah berkebun dengan aman. Nyamuk dah pergi tempat lain lah tu, hehe. 




Jadi kalau korang nak halau nyamuk, boleh lah gunakan teknik ana ni. Jangan buang sarang telur ada juga gunanya kan. Ianya juga portable boleh angkat dan alihkan ke mana-mana. Tak nak guna padamkan sahaja , boleh guna lain kali. Tak perlu beli ubat nyamuk dah sebab ana pun tak tahan dengan bau ubat nyamuk, alah sungguh dengan bau ubat nyamuk. Selamat mencuba naa 

19 Comments

  1. Banyak betul kegunaan bekas kotak telur ni ya, ada org share buat tanam biji benih, bawang. Ni buat halau nyamuk pulak.

    ReplyDelete
  2. Hehehehe ini memang benda yang kena bawa kalau suami pi mancing kolam midnight, buat ubat nyamuk dia hehehehehe..memang berkesan...

    ReplyDelete
  3. bekas telur ni ummi simpan.. sb nanti nak tnm pokok lapik tanah dengan bekas telur d dalam pasu. nt tanah xjatuh dekat lubang pasu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh idea yang bagus gak ni Nur, terima kasih kongsi naa :)

      Delete
  4. Sekarang pun banyaj kes denggi kan...seram juga biar kawasan sekeliling bersepah. Btw mcm mana nak follow blog akak ya? 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay baru nampak widget follower dah follow rupanya. 🤣😅

      Delete
  5. Owh, yeke...berguna jugaklah sarang telur ni yer, selalunya bunda buang je..lepas ni boleh lah cuba.

    ReplyDelete
  6. Selalunya buang je kak.. hehe.. Baru tahu rupanya boleh buat hakau nyamuk jugak.

    Dulu masa duduk Kuaters RISDA, selalu nampak budak2 bakar tandan kelapa sawit yang dah tak de buah tu. yang tu pun boleh halau nyamuk jugakdiaorang kata.

    Bila biji sawit tu luruh dari tandan, ada tindal yang panjang2 macam cerut tu.Yang tu la diaorang bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tandan sawit tu pun boleh D, cuma di bandar ni tak ada hehe, kak ana guna je sarang telur ni jadilah ye :)

      Delete
  7. Aah betul, selalu nampak oran bakar bekas telur ni kalau kat kebun, halau nyamuk rupanya tujuan utama ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ia berasap SR, nyamuk pun jauhkan diri hehe :)

      Delete
  8. Kat rumah m.i.l Mrs. A bahagian dapur luar rumah dia selalu guna cara bakar sarang telur ni K.Ana.

    Kalau rumah mak kat kampung pulak guna ubat nyamuk lingkaran tu stail dulu-dulu hehehee... sebab kat kampung sarang telur tak banyak stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok kan untuk halau nyamuk guna sarang telur ni mrs A :)

      Delete