Lama juga lah ana tak jengok kebun belakang rumah, sejak dua menjak ni hujan petang-petang. Rumput pun mula lah naik. Dah lama tak merumput. Selalu ana turun belakang rumah ni dalam pukul 6 petang , musim hujan-hujan ni apa lagi nyamuk banyak pula mengganggu konsentrasi berkebun, gituew. Jenuh juga libas-libas nak halau nyamuk, musim denggi ni cuak juga lah kan. Cuma ana pastikan, tak ada bekas bertakung air sekitar kebun. Longkang pun Alhamdulillah, ada sahaja rutin pembersihan longkang oleh kontarktor yang dilantik pihak berkuasa tempatan. Aliran longkang sentiasa lancar. 

Cuma ada beberapa semak samun di bahagian rumah jiran-jiran yang terbiar. Jadi kat situlah agaknya banyak nyamuk bila pokok-pokok yang tak di bersihkan. Nak buat macam mana, janji kita bersihkan bahagian ruang rumah kita sahaja lah kan. Ana dan suami memang tak boleh pandang semak-samun. Rumput naik pun dah mula tak sedap mata memandang. Kalau boleh nak nampak licin je keliling rumah tanpa semak samun. 




Petang tu sambil merumput , sambil di ganggu nyamuk siap berdesing-desing bunyi nyamuk bernyanyi . Mujur juga berkebun pakai tudung, tak lah risau nyamuk masuk telinga ye tak, hehe . Ana terpandang lah beberapa sarang telur kat luar rumah. Ana teringat mak saudara ana pernah share tips dia halau nyamuk kat kampung kalau cucu-cucunya bermain di laman. Haa... Wancu akan bakar sarang telur dan biarkan berasap. Bila ia berasap, nyamuk pun hilang. 

Cara halau nyamuk




Ana pun bakarlah sudut sarang telur tu, dah nyala dalam satu ruang telur, ana padamkan apinya. Berasaplah sarang telur tu. Letakkan berdekatan tempat yang nak kita buat kerja merumput. Alhamdulillah, hilang lesap nyamuk-nyamuk yang tadi bernyanyi-nyanyi kat telinga tadi. Lega ... Dapatlah berkebun dengan aman. Nyamuk dah pergi tempat lain lah tu, hehe. 




Jadi kalau korang nak halau nyamuk, boleh lah gunakan teknik ana ni. Jangan buang sarang telur ada juga gunanya kan. Ianya juga portable boleh angkat dan alihkan ke mana-mana. Tak nak guna padamkan sahaja , boleh guna lain kali. Tak perlu beli ubat nyamuk dah sebab ana pun tak tahan dengan bau ubat nyamuk, alah sungguh dengan bau ubat nyamuk. Selamat mencuba naa