Kebun PKP kami
Ana perhatikan kebelakangan ni makin ramai yang berjinak-jinak dengan berkebun dan bercucuk tanam. Tak kira di kawasan kediaman bertanah mahupun yang tinggal di rumah apartment atau kondo. Di kalangan rakan-rakan blogger sendiri berlumba-lumba ana lihat update di status IG mahupun whatsapp aktiviti edible garden masing-masing. Serius seronok sangat sesuatu yang baik dan bermanfaat sangat menghabiskan masa bersama keluarga di rumah sepanjang tempoh PKP yang dah 3 bulan lebih ini.
Ia lah kan,nak keluar pun masih ada kerisauan dengan wabak , jadi masa lebih banyak di habiskan di rumah sahaja. Untuk ana sendiri, kali ini suami pula yang terlebih teruja nak bertanam. Pelbagai tanaman dan benih yang di semai dan selepas 3 bulan ni dah mula boleh di tuai hasilnya. Tanaman sedia ada kami cuma baja dan jagai, cantas dahan-dahannya dan mula menampakkan hasil berbuah lebat. Alhamdulillah.. Jom lah ana tayang sikit beberapa hasil kebun PKP kami dari yang ditanah sekarang kami tanam juga di ruang laundry belakang rumah dalam pasu juga.
pokok sawi |
Berkebun ketika PKP
Pokok-pokok sawi tu kami beli benihnya dari kedai Eco sahaja. Suami tabur dalam pasu dan rajin-rajin siram. Dalam 3 hari dah mula bercambah , 2 minggu dah membesar dan rasanya dalam sebulan dah besar dan boleh di tuai daunnya. Nak tabur biji benih tu, jangan habiskan sepaket kalau gunakan pasu panjang macam yang ana guna ni. separuh pun dah cukup boleh tanam semula nanti. Pastu kalau ia tumbuh dekat-dekat, alih ketika masih kecil. Seronok sangat bila nak makan sawi masak meggi petik je dari belakang rumah. Haa! Ni selamat tanpa bahan kimia dan racun serangga.
pokok kesum |
Ni pula pokok kesum kami. Pokok kesum ni berkali dah kami tanam dan ia akan pupus dengan sendiri jika tak berapa sesuai. Nak nak lagi tanam dalam pasu kan. Lainlah kalau di kampung mertua, rumah abang ipar tu dah jadi semak samun dengan daun kesum. Ia memerlukan air juga untuk hidup subur. Selalunya kami beli pokok kesum dari nursery sahaja. Cara nak banyakkan daun kesum tu rajin-rajinlah potong dahan-dahan tu, pasti tumbuh pucuk baharu.
buah betik muda |
Ni kelakar, satu-satunya buah betik yang masih bertahan dipokoknya. Banyak kali berbunga tapi tak lekat kata orang tua-tua. Kadang-kadang dah berbuah pun boleh gugur. Ni nampaknya masih membesar dan mudah-mudahan dapatlah kami menikmatinya, In Shaa Allah.
pokok kacang kelisa |
Haa ni projek baharu kami, pokok kacang kelisa atau kacang botol. Benihnya pun suami beli di kedai Eco. Dalam satu pek tu ada 4 biji benih sahaja. Bila semai 3 pokok sahaja yang berjaya hidup nampaknya hingga ke hari ini. Pokok kacang kelisa ni jenis menjalar. Walaupun kami tanam dalam pasu, tapi sulur pautnya kami hala kan pada jaringan pagar hijau belakang rumah. Mudah-mudahan ia akan berjalar dan berbuah pada pagar belakang rumah, senang lah nak makan buat ulam nanti petik-petik sahaja, cewahh :)
Pokok bayam brazil |
Bayam brazil ni tak yah cerita lah, hasil pemberian benih dari blogger Sue Kabdy hari tu, sampai hari ini membiak-biak dengan jayanya. Dah tiga pasu ana semai dan dah berapa kali di tuai. Sepasu ana berikan pada jiran dan sekarang ni semaikan dua pasu untuk blogger Kolin. In Shaa Allah, nanti kalau berkesempatan ke Shah Alam , ana pass kat dia. Kalau korang nak tengok cara ana tanam bayam brazil boleh je layan youtube di bawah ni, jangan lupa subscribed naa..
pokok pudina |
Ni pula pokok kesayangan ana, pokok pudina. Pokok ni suami beli dari nursery sahaja sepokok berharga RM8 satu polybag. Sampai rumah ana ubah ke dalam pasu. Dapat tips dari blogger Cik Lily Putih yang menginspirasikan ana tanam pudina ni sebab pokok Cik Lily memang subur dan lama bertahan, Cik Lily ajar suruh siram selalu agar ia sentiasa lembab. Kalau kering boleh cepat mati nanti. Sedap ni petik sehelai dua buh dalam teh o panas, wallaaahhh !!
pokok daun sup |
Pokok daun sup ni kelakar juga kisahnya,pokok instant ana. Asalnya beli daun sup nak buat adunan masakan, rendam lah dalam balang kaca nak bagi tahan lama, hari demi hari tak juga di jadikan masakan, sudahnya berakar. Ana saja-saja tanam dalam pasu, sebelum ni pun pernah gak try beberapa kali tapi lepas semalaman di layu. Kali ini Alhamdulillah, dah dua minggu masih bertahan subur dan naik pucuk baharu. Kira menjadi lah experiment kami kali ini, aamiin In Shaa Allah. Senang dah nak masak sup petik je kan :) Lepas ni kita try tanam daun bawang pulak.
pokok rozel |
Pokok rozel ni pun projek kebun PKP kami. Suami ana ni ke pejabat juga sekali sekala uruskan staff nya. Beberapa minggu lepas, ada staff nya, bawakan benih pokok rozel ni, suami beli lah sepokok dan pesan nak lagi dua pokok. Tup tup rezeki , staff nya sedekah je 4 pokok pada kami. Alhamdulillah.. Ada lima pokok sudahnya. Dan sekarang ni dah berbunga dan berbuah. Nak simpan sampai tua bijinya buat benih kan. Nanti semai. Lebihnya boleh lah buat juz rozel sedap sangat rasa ribena.
Lain-lain tu semua pokok lama di kebun belakang rumah kami sebelum ni. Bunga kantan, lengkuas, serai, daun pandan, daun kari, belimbing buluh dan lain-lain. Kami baja dan cantas dahan-dahannya, Alhamdulillah kembali subur dan berbuah lebat. Sama juga pokok mulbery ni lepas cantas dahan-dahannya tumbuhlah buah-buah dengan lebat.
Seronok sebenarnya bila bercerita kisah kebun dan bercucuk tanam ni. Lagilah terinspirasi dengan perkongsian rakan-rakan dan jiran-jiran. Walaupun tak sehebat kebun dan tanaman sahabat blogger Wak dari Warisan Petani kita tu, namun terbitan-terbitan beliau banyak memberikan impak dan semangat untuk ana dan suami berkebun di kawasan yang terhad ni.
42 Comments
Menjadi tanam secara tak sengaja daun sup tu.
ReplyDeleteDi rumah mak yang rajin berkebun.
alhamdulillah rezeki NA :)
DeleteALHAMDULILLAH BANYAK TANAMAN MENJADI SUBUR SEMUA
ReplyDeletesyukur PI
Deletebanyak nya tanaman akak... dana ada tanam sikit-sikit je almaklum takde banyak kawasan bercucuk tanam... dana pun ada tanam pokok kelsum sikit kak... tapi tulah nak kene selalu biakkan kalau kt kampung merata dia hidup lagi-lagi musim hujan
ReplyDeletehaah Dana kesum ni antara yang agak payah nak biak dalam pasu :(
DeleteYa Allah kak, gerammnyaaa nengokkk...subur gemok tanamannya...kita tanam kesum susahnya nak hidup huhuhu
ReplyDeletekesum ni kadang-kadang tak menjadi juga SL, cepat kering kan kurus je :(
DeleteIni satu kepuasan dan keseronokkan bagi PC,bila tanam menjadi dan menampakkan hasil.Lagi gembira bila hasilnya boleh dikongsi-kongsikan.Alhamdulillah.Pemilihan tanah pun main peranan juga kan kak Ana.
ReplyDeleteAlhamdulillah ya PC tanah tak sesuai tak jadi juga
DeleteSeronoknya melihat hasil tanaman menjadi. Kami banyak kali tanam pokok kesum dan pudina, asyik mati jew....
ReplyDeletekesum ni payah sikit nak biak amie kan, pudina pun kalau silap haribulan boleh pupus gak hehe :0
Deletesubur2 nya tanaman dia. kami tanam alahai, tumbuh la sehelai dua. pandan tanam pun, jiran2 amik guna sampai mati pokok
ReplyDeletealamak kenapa lah jiran sapu sampai habis tak tinggal tuan rumah HH adoiyai :)
Deletesubur semua tanamannya, bila PKP banyak masa terluang kan, bagus bila kita isi masa dengan berkebun..
ReplyDeletehaah CM mengisi masa lapang
DeleteWah bestnya tanam2 menjadi dan subur kan, nnt bila nak makan senang petik2 je terus masak, inilah inspirasi namanya, hihi
ReplyDeleteyeay azimah pun boleh ni, jom kita bertanam jommss :)
Deletewahhh Ana, semuanya hidup subur...betul2 tangan hijau Ana ni :-)
ReplyDeletehehe Alhamdulillah Linda ada juga yang tak berapa menjadi sebelum ni :)
Deletecantiknyaaa. subur2 tanaman. sawi tu petik, basuh masuk terus dalam mee goreng hehe
ReplyDeletedah beberapa kali juga jadi menu dah SH :)
Deletebestnya pokok-pokok yg ditanam...
ReplyDeleteAlhamdulillah Nieyl :)
Deleteterbaik... berbudi dgn tanah byk pulangan kebaikan nya.
ReplyDeleteAlhamdulillah ewan rezeki kan
DeleteAlhamdulillah.. subur2 nye tanaman akak. Suka tengok
ReplyDeletealhamdulillah DP
Deleteseronoknya ada ruang berkebun
ReplyDeleteruang tak besar hans, selagi ada ruang selagi tu kak ana tanam hehe :)
DeleteBanyak hasil dalam kebun Puan Ana, segar-segar kelihatan.
ReplyDeletealhamdulillah TK sekadar suka-suka dan manfaatkan masa yang ada :)
Deletemama ni mmg tak pernah menjadi kalau tanam daun kesum huhuuu
ReplyDeletejangan putus asa mama, cuba lagi naa :)
DeleteMeriah dan menjadi pokok-pokok kakna. Bestnyaa
ReplyDeleteAlhamdulillah Sha kebun main2 :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeletemenjadi tanamannya
Salam bertani.
entri-entri wak banyak memberi inspirasi pada saya terima kasih wak
Deleteseronok tgk tanaman subur mcm ni... bestnyaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah fara
DeleteSubur nya kebun PKP Kak Ana. Teringin nak buat
ReplyDeleteJomm DP kita berkebun :)
Delete